php hit counter

Peringkat Mengembangkan Dakwah dan Menghancurkan Kemungkaran dengan Kekuatan

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Peringkat Mengembangkan Dakwah

Di peringkat ini keutuhan Islam scbagai satu identiti umat dan daulah telah benar-benar teguh. Darul Islam di Madinah telah menarik perhatian umat-umat di dunia ketika itu. Quraisy yang gagah dan ditakuti oleh seluruh qabilah-qabilah di merata Semenanjung ‘Arab ketika itu, telah mula kelihatan kerdil kerana terperangkap dengan Sulhul Hudaibiyah yang mereka cipta sendiri dengan tangan mereka. Kejatuhan Quraisy hanya menunggu saat

dan ketikanya sahaja lagi. Keadaan ini ditunggu-tunggu oleh qabilah-qabilah ‘Arab yang besar seperti Bani Thaqif dan Bani Hawazin. Tambahan pula ketika itu identiti Madinah sebagai negara yang bertaraf antarabangsa telah mula menarik perhatian kuasa-kuasa dunia. Surat-surat yang diutuskan oleh Rasulullah s.a.w kepada raja-raja dunia pada masa itu serta perutusan-perutusan yang datang ke Madinah tidak henti-henti daripada merata pelusuk Semenanjung ‘Arab, yang selama ini berada di bawah pengaruh kerajaan-kerajaan Romawi dan Parsi, telah menjadikan Kaisar dan Kisra terasa terancam. Apabila Kaisar memutuskan untuk menyerang Madinah, belum pun sempat tentera Romawi menjejak ke bumi ‘Arab, Rasulullah s.a.w telah terlebih dahulu berangkat dan menunggu di Tabuk.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Di peringkat ini juga Rasulullah s.a.w. tidak lagi memberi maaf kepada qabilah-qabilah yang curang dan mengkhianati piagam Madinah. Rasulullah s.a.w. memerangi qabilah-qabilah ‘Arab musyrikin yang melanggar perjanjian tersebut secara habis-habisan. Rasulullah s.a.w. juga melancarkan serangan kepada benteng-benteng Yahudi di Khaibar sebelum mereka dapat melipatgandakan lagi kemungkaran mereka. Jika sebelum ini, berulang kali mereka telah dimaafkan oleh Rasulullah s.a.w, maka kini bcrakhir sudah pendirian Darul Islam yang berlembut hati kepada manusia yang ingkar dan khianat ini.

Terhadap musyrikin Quraisy yang mula mencari jalan untuk membatalkan Sulhul Hudaibiyyah, Rasulullah s.a.w. memberi amaran awal kepada mcreka. Apabila mereka bertindak melanggar perjanjian yang mereka lakukan dengan Darul Islam, maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat dengan tenteranya seramai 10,000 untuk menawan Makkah. Peringkat al-Madani akhir ini menyaksikan tahap kegagahan Islam sebagai kuasa dunia. Kaum muslimin tidak lagi terpaksa bertahan daripada serangan bertubi-tubi pihak musuh. Mereka juga tidak lagi terasa terancam malam dan siang. Sebaliknya mereka kini adalah satu identiti kenegaraan dan gerakan dakwah yang mempunyai kuasa mendesak, kuasa menuntut dan kuasa untuk mengarahkan kepemimpinan umat manusia sejagat.

Di peringkat ini kaum muslimin tidak lagi hanya mengangkat senjata kerana tujuan mempertahankan diri, tetapi mereka mengangkat senjata sebagai jalan akhir untuk menegakkan makruf dan menghancurkan kemungkaran setelah kuasa mendesak, nasihat dan amaran mereka tidak dihiraukan oleh musuh-musuh Islam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.