Semenjak tertegaknya Darul Islam di Madinah, pemimpin-pemimpin musyrikin Quraisy semakin bertambah berang. Permusuhan bermula sejak awal lagi selepas peristiwa pembunuhan ‘Amr ibn al-Hadrami di sempadan jalan dagangan Syam-Madinah. Kaum Quraish menghasut ‘Abdullah ibn Ubayy di Madinah‘ agar membunuh Rasulullah s.a.w. Mereka juga menyemarakkan perasaan qabilah-qabilah di sekitar Madinah untuk melakukan kekacauan terhadap Negara Islam’. Namun demikian, dalam keadaan hubungan yang sangat tegang ini sekali pun, kaum muslimin belum diizinkan oleh Allah untuk mengangkat senjata.
Allah memerintahkan mereka agar menahan tangan-tangan mereka daripada mengangkat senjata, tetapi sebaliknya hendaklah mereka tetap mendirikan salat. Dengan perintah ini, kaum muslimin tetap taat, bersabar dan dapat mengendalikan perasaan marah mereka. Pada peringkat ini mereka hanya diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk mengawal sempadan-sempadan Darul Islam.
Akhirnya kemuncak kepada pergolakan-pergolakan yang sedang bergejolak tersebut, tercetuslah Ghazwatul Badar pada 12 haribulan Ramadan, tahun kedua Hijrah. Pada waktu memuncaknya permusuhan di antara kaum muslimin dengan kaum musyrikin Makkah, dan sebelum tercetus Ghazwatul Badar, ALlah telah pun mengizinkan kaum muslimin mengangkat senjata.
Firman Allah:
“Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhn ya mereka lelah dianiayai. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu. ”
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
(Al-Haj j: 39)
Walaupun demikian, ayat di atas hanyalah memberi izin kepada kaum muslimin untuk berperang, tetapi bukan mewajibkan mereka melakukan peperangan.
Selepas Peperangan Badar kaum musyrikin Quraisy meneruskan serangan mereka terhadap Madinah dalam Ghazwatul Uhud dan Ghazwatul Ahzab. Semua peperangan yang berlaku di peringkat ini berbentuk serangan-serangan dan tindakan-tindakan yang dimulakan oleh pihak musuh terhadap Darul Islam. Kaum muslimin pula hanya mengangkat senjata untuk mempertahankan diri. Dalam peringkat ini, kaum muslimin sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga, bertahan dan sentiasa cemas terhadap setiap gerak geri musuh-musuh mereka. Dengan pertolongan Allah kerana keteguhan iman dan kesabaran kaum muslimin, semua serangan tersebut dapatditangkis. Bahkan, setiap kali kaum musyrikin datang menyerang Madinah, setiap kali itu juga mereka kembali semula ke Makkah dengan membawa kekalahan yang teruk dan rasa malu yang tidak sudah-sudah. Selepas itu, apabila dari satu tahun ke satu tahun mereka gagal keluar untuk menyerang Madinah lagi, maka mereka akan memberi alasan bahawa pada tahun tersebut mereka belum bersedia dengan persiapan tentera yang cukup besar. Tetapi sebenarnya mereka merasa berat untuk keluar disebabkan rasa gentar yang telah Allah semaikan ke dalam hati-hati mereka terhadap kekuatan kaum muslimin.
Kaum musyrikin menyembunyikan perasaan gentar mereka terhadap kaum muslimin melalui satu perjanjian gencatan senjata. Namun demikian mereka tetap bersikap sombong dan bongkak. Mereka enggan menerima hakikat bahawa sebenarnya mereka telah dilemahkan oleh kaum muslimin. Dalam Sulhul Hudaibiyah, untuk menunjukkan bahawa mereka itu masih perkasa, mereka telah memaksakan syarat-syarat yang ketat terhadap kaum muslimin. Bagi kaum muslimin, perjanjian damai ini merupakan satu peringkat dalam perjuangan di Madinah di mana mereka diberi peluang yang secukupnya oleh musuh utama mereka untuk mengukuhkan diri.