Pelabuaran ASB
Pelaburan atau simpanan aset adalah asas penting kepada kebebasan kewangan pada masa hadapan. Ianya adalah sebagai insuran kita di dalam menangani masalah kewangan dalam jangkamasa yang panjang. Tahukah anda, pelaburan seperti ASB contohnya merupakan cara yang baik untuk menyimpan aset wang bermula daripada sekarang & menerima keuntungan yang banyak dalam jangkamasa 10 ke 30 tahun? Ini adalah cara pelaburan yang bijak, walaupun kadar dividen adalah sedikit & ianya mengikut tahunan, tetapi apa yang anda perlu tahu adalah simpanan anda selamat dan terkawal, tambah-tambah lagi aset anda dilindungi oleh PIDM.
Mari kita pelajari sedikit tentang simpanan ASB yang ramai ambil remeh ataupun belum tahu akan kelebihannya. ASB atau nama penuhnya, Amanah Saham Bumiputra Berhad merupakan satu langkah kerajaan dalam mengekang aturan aset individu ataupun institusi agar terkawal dan selamat dilaburkan. Pelaburan ini adalah diamanahkan khas untuk kaum bumiputra. Ianya dilancarkan pada tahun 1990 dan ianya merupakan satu platform simpanan, pelaburan dan pinjaman untuk jangkamasa panjang. Selain itu, ASB juga menyediakan keuntungan tahunan yang sesuai dengan hasil, konsisten serta memberikan pulangan yang setimpal dengan kadar pelaburan semasa.
Pelaburan ASB mempunyai had kadar ekuiti yang mampu memberi hasil lumayan kepada pelaburannya dan paling penting, kebolehan ini hanya boleh didapati oleh kaum bumiputra. Bagaimana untuk melabur di dalam ASB? Terdapat dua cara sebenarnya, yang pertama adalah melalui simpanan sendiri dimana kita menyediakan dana daripada duit kita sendiri lalu membuka akaun pelaburan ASB dimana-mana bank bumiputra. Akaun pelaburan ini bakal menerima dividen tahunan. Dividen adalah keuntungan margin yang diperoleh mengikut tahunan seiring dengan kadar modal yang kita laburkan. Purata dividen terbaharu bagi ASB tahun lalu adalah berjumlah 5.5%. Ianya mencukupi dan setimpal dengan pelaburan kita dimana bila katanya melabur, maknanya ianya pulangan yang pasif, anda tak perlu bersusah payah untuk bekerja untuk dapatkan pulangan tersebut. Anda juga perlu faham yang kadar dividen ini adalah tidak tetap. Boleh jadi tahun ni 5.5%, tahun depan 6% dan tahun seterusnya pula 5%. Ianya berbeza-beza mengikut pertumbuhan semasa ekonomi negara.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Bagi pinjaman pula, ASB pinjaman adalah pinjaman yang dibuat oleh individu atau institusi untuk mendapatkan modal bagi membuat pelaburan ASB. Ianya adalah pinjaman yang perlu dibayar setiap bulan dan pada masa yang sama kita mempunyai dana pelaburan di dalam akaun pelaburan ASB. Mengikut perkiraan dan komitmen bulanan individu terutamanya yang bekerja tetap, pinjaman boleh dibuat untuk mendapatkan dana tetapi dana tersebut dilaburkan ke dalam ASB. Sama sahaja dengan dana ASB yang lain, Cuma bezanya peminjam diwajibkan untuk membayar kembali jumlah pinjaman tersebut dan apabila bayaran pinjaman telah selesai, unit pelaburan ASB tersebut adalah 200% milik pelabur. Setiap bank mempunyai kadar faedah yang berbeza namum mempunyai tahun maksima yang sama iaitu 30 tahun. Kadar faedah maybank adalah sebanyak 3.25%, RHB 4%, CIMB 4.05%, Affin Bank 4.05%, BSN 4.1%, dan Ambank sebanyak 4.35%.dan ianya berbeza mengikut tahun kita ambil pinjaman tersebut.
Mengikut kadar semasa, purata pinjaman ASB adalah bermula daripada RM10,000 sehingga RM200,000. Ianya adalah kadar pinjaman asas dengan faedah semasa. Kebiasaannya, peminjam perlu membuat pinjaman sehingga 20 tahun bagi mencukupi unit pelaburan sehingga 200,000 unit yang menyamai RM200,000. Ini kerana kadar unit ASB adalah dari RM1 per unit. Bergantung kepada anda semua, ada yang cakap buat pinjaman lagi berbaloi, ada yang cakap kalau ada modal labur terus sahaja RM200,000 & paling sedikit pun setahun dapat pulangan dalam 5%. Apapun yang paling penting, ketahui kemampuan anda dan perlu ada asas pelaburan sebelum membuat apa-apa tindakan dalam melabur. Nak melabur ni tak salah, tapi yang salah kalau kita tak ada ilmu dalam pelaburan dan membiat keputusan terburu-buru tanpa usul periksa.