Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda, “Ada dua buah kalimah yang ringan di lisan namun berat di dalam timbangan, dan keduanya dicintai oleh ar-Rahman, iaitu ‘Subhanallahi wabihamdihi, subhanallahil ‘azhim’.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
“Barangsiapa yang mengucapkan Subhanallahi wabihamdih (Maha suci Allah dan dengan segala pujian hanya untuknya) sehari 100 (seratus) kali, maka kesalahan-kesalahannya akan diampuni (Allah) walaupun sebanyak buih di lautan.” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a ia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Barang siapa yang ketika pagi dan membaca Subhanallahi wabihamdih (Maha suci Allah dan dengan segala pujian hanya untuknya) sebanyak 100 (seratus) kali, maka pada hari kiamat tidak ada seorang pun yang akan mendatangkan amalan yang lebih utama daripada apa yang dia datangkan. Kecuali orang yang juga mengucapkan bacaan seperti itu atau lebih dari itu.” (Hadis RiwayatMuslim)