php hit counter

Kisah Lelaki Buruk Beristerikan Perempuan Cantik

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Kisah Lelaki Buruk Beristerikan Perempuan Cantik

Telah diceritakan oleh Al-Imam al-Asma’ie rahimahullah. Aku masuk ke kampung Badwi, lalu aku bertemu dengan seorang wanita yang cantik bersuamikan seorang lelaki yang buruk. Lalu aku bertanya kepada wanita itu :

“Adakah kamu redha bersuamikan lelaki seumpama ini.”

Jawab wanita itu :

“ DIAM!!. Sesungguhnya kamu telah berkata sesuatu yang buruk. Kemungkinan pada suatu ketika dahulu suamiku pernah melakukan ketaatan kepada Allah. Lalu Allah membalas kebaikannya dengan menjadikan aku sebagai isterinya atau aku yang pernah melakukan maksiat kepada Allah, lalu Allah membalas keburukanku dengan menjadikan dia sebagai suamiku. Maka adakah aku tidak redha terhadap apa yang Allah redha buatku?”

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Lalu kata Imam al-Asma’ie rahimahullah :

“Wanita tersebut telah mendiamkan aku.”

Sumber : Kitab As-Siasah Bayna Az-Zaujain fi Al-Islam (Syaikh Muhammad Zakiyuddin Ibrahim Rahimahullah)

Wallahualam

PENGAJARAN :

1. Wajah bukanlah segalanya-galanya.

Pilihlah kerana agamanya.

Rasulullah Sollallahu’alaihiwasallam bersabda : Seseorang wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah yang beragama, pasti kamu beruntung. (Riwayat Muslim)

2. Jodoh dan ajal merupakan ketetapan tuhan.

Usai dipertikaikan.

3. Bersangka baiklah dengan ketentuan Allah.

“Barangkali kamu membenci membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 216.)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.