Solat Subuh adalah satu daripada lima solat fardu yang diwajibkan ke atas umat Islam. Solat fardu wajib ditunaikan seorang Islam yang masih waras dan hidup. Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.
Salah satu daripada solat fardu adalah solat Subuh. Solat Subuh terdiri daripada 2 rakaat. Bagi mazhab Syafie, solat subuh dilakukan beserta dengan doa qunut.
Waktu untuk menunaikan solat subuh atau solat fajar adalah bermula daripada fajar menyinsing hinggalah terbit matahari. Masa yang tersedia dianggarkan kira-kira 2 jam.
Sebelum solat subuh, seseorang itu digalakkan bagi mengerjakan dua rakaat solat Sunat Rawatib.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Solat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekusyukkannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wuduk secara sempurna. Orang Islam percaya bahawa solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat bersendirian di rumah.
Mereka yang menunaikan solat subuh lewat sejurus waktu subuh, lazimnya digelar oleh masyarakat Melayu sebagai “subuh gajah”.
Pelan Tindakan
Alhamdulillah, setelah membaca dan menghadam segala input berkaitan solat Subuh, berpindahlah kepada peringkat seterusnya iaitu proses mengamalkannya pula. Cukup mudah. Laksanakan saranan Rasulullah s.a.w. seperti berikut:
Lelaki: Solat Subuh berjemaah di masjid.
Wanita: Lebih afdal solat di rumah pada awal waktu, tetapi tidak ditegah jika ingin berjemaah di masjid.
Bagi memastikan kita semua dapat mengaplikasikannya secara istiqamah, jadual semak di bawah boleh membantu.
Check-List Sebulan Subuhku…