Sejak aku kenal siapa diri ini, aku bangga Allah jadikan aku seorang wanita Wanita memang fitrahnya lembut tetapi bukan lemah. Jika wanita dianggap lemah kenapa dititipkan nyawa di dalam perutnya? Seandainya wanita dianggap rapuh, mengapa diberikan azab yang maha dahsyat demi sebuah kehidupan? Sering menari-nari ditelinga kita ungkapan pepatah, ‘di belakang seorang lelaki yang berjaya adalah wanita” dan “tangan yang menghayun buaian bisa menggegar duniai Diperkemaskan lagi dengan hadith nabi yang menyebut keutamaan seorang ibu berbanding bapa sebagaimana dinukilkan daripada hadith junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W:
“Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A katanya: Seorang Ielaki datang kepada Rasululklah, Iafu bertanya: “Siapakah yang paling berhak untuk aku berbakti?” Jawab Rasulullah: “Ibumu!” Tanya lelaki itu: “Kemudian siapa?” Jawab Baginda: “Ibumu!” Tanya lelaki itu: “Kemudian siapa?” Jawab Baginda: “Kemudian ibumu!” Tanya lelaki itu: “Kemudian siapa?” Jawab Baginda: “Kemudian itu,
bapamu!“ (HR. Bukhari)
Tetapi. sejak aku terbaca sepotong hadith yang rnengatakan bahawa penduduk majoriti di neraka adalah wanita. aku jadi kaget. Adakah aku akan tersenarai di kalangan mereka ini? Ya Allah, memang aku tidak layak untuk ke syurgaMu, namun aku juga tidak gagah untuk menahan siksaan api nerakamu. Hakikatnya, syurga dan neraka adalah dua makhluk ciptaan Allah. Syurga merupakan mahligai abadi bagi kaum mukminin yang soleh dan neraka glamor sebagai lembah hina bagi kaum musyrikin dan pelaku dosa. Setiap muslimin yang menghirup realiti ini pastinya menyimpan selangit harapan agar menghuni syurga dan ternafi dari neraka. Inilah fitrah. Tentang hal ini, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.” (HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya)
Tetapi mengapa? Bukankah seandainya dibuat culaan pastinya jaguh penjara atau pusat-pusat serenti adalah lelaki. Pembunuh, perogol, pemabuk, pencuri, perompak dan penjenayah begitu sinonim dengan mereka. Adakah hukuman Allah tak adil? Diskriminasikah undang-undang dunia? Tepat sekaii sepertimana yang ditegaskan oleh ulama’:
Ia bermaksud: “Kita menghukum secara zahir, tetapi Allah menghakimi perkara yang tersembunyi”.
Ditegaskan lagi dengan hadith nabi yang berbunyi : Daripada Abu Hurairah R.A berkata: bersabda Rasulullah S.A.W :
Yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan solatsehari semalam lima waktu dan berpuasa pada setiap bulan 1 Ramadhan dan memelihara farajnya dari fitnah danmentaati suaminya, nescaya dikatakan baginya di akhirat kelak: masuklah kamu ke dalam syurga dari mana-mana pintu syurga
yang kamu kehendaki”.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Lihatlah, betapa mudahnya seorang wanita memasuki syurga Allah berbanding lelaki, walhal mereka inilah golongan minoriti di syurga kelak. Syurga atau neraka, itu sudah pasti. Semua ini akan pasti berlaku. Janji Allah itu benar. Dari Irnran bin Husain dia berkata, Nabi S.A.W bersabda : “Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita. ” (HR. Muslim dan Ahmad)
Menjadi kewajipan bagu kita untuk mengenal siapakah yang bakal menghuni neraka dan apakah ciri-ciri mereka supaya virus pemusnah ini tidak tercalit dalam diri kita. Berusahalah untuk menyuntik vaksin al-Quran dan as-Sunnah agar dapat menyedut nyamannya kasih Allah. Masa belum terlewat lagi, peluang masih ada untuk memperbaiki diri selagi nyawa belum sampai di kerongkong. Keraplah mentadabbur ayat-ayatAHah mengenai neraka dan azab yang tersedia di dalamnya.
“Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selaiu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (at-Tahrim : 6)
Dalam hadith lainnya, Rasulullah S.A.W menegaskan tentang sintom-sintom wanita penginap neraka. Baginda bersabda: ”… dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggok-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling darf ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bonggol unta. Mereka tidak masuk
syurga dan tidak mendapatkan wanginya syurga padaha! wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian. ”
Saudariku Muslimah, hindarilah sintom-sintom ini. Semoga Allah menyelarnatkan kita dari neraka. Jangan gusar menjadi wanita. Adunkan diri kita dengan hiasan wanita soiehah yang digambarkan oleh baginda junjungan : “Dunia ini adalah perhiasan yang mempersonakan, dan sebaik-baik perhiasann ya adalah wanita solehah”
Ketahuilah wahai Muslirnah, jalan menuju syurga tidak dihiasi dengan kuntuman bunga. sebaliknya ditaburi dengan ranjau duri yang dahsyat untuk diselami oleh manusia kecuali mereka yang diberi ketegaran iman oleh Allah. Ingatlah, di hujung ranjau ini ada kemanisan syurga yang lazatnya hanya dikecapi oleh hamba pilihannya. Sebaliknya, lorong ke neraka memang indah, penuh dengan syahwat dan kesenangan dunia yang memukau. Sedarlah neraka sedang menanti golongan yang tersesatjalan dan tidak mahu berpaling darinya dengan habuan azab yang cukup lumayan. Rasulullah S.A.W pernah mengingatkan satu amalan yang dapat menyelamatkan kaum wanita dari azab neraka. Ketika baginda selesai khutbah hari raya yang terkandung di dalamnya perintah untuk bertakwa kepada Allah S.W.T dan anjuran untuk rnentaatiNya. Baginda pun bangkit mendalangi kaum wanita, lantas menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda:yang tersesat jalan dan tidak mahu berpaling darinya dengan habuan azab yang cukup lumayan. Rasulullah S.A.W pernah mengingatkan satu amalan yang dapat menyelamatkan kaum wanita dari azab neraka. Ketika baginda selesai khutbahhari raya yang terkandung di dalamnya perintah untuk bertakwa kepada Allah S.W.T dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendalangi kaum wanita, lantas menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda:
“Bersedekah!ah kalian! Kerana kebanyakan kalian adalah kayu bakar Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, iapun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab : “Kerana kalian banyak mengeluh dan kalian kufur terhadap suami!“(HR. Bukhari)