Perihal Dua Soalan

Perihal Dua Soalan

WAHAI saudaraku, ingin aku khabarkan pada kalian beberapa perkara. Bacalah!

Akan datang suatu zaman, munculnya pemimpin yang memberi fatwa tanpa usul periksa. Mereka bukan sahaja sesat malah menyesatkan. Mereka jahil, tetapi kejahilan mereka tidcrk disedari mungkin ramai. Lantaran umat ketika itu sangat buta terhadap agama. Akan datang juga suatu zaman, wujudnya golongan pengikut yang menurut secara membuta tuli pemimpin mereka. Walaupun musing-masing punya akal dan fikiran, tetapi mereka malas menggunakannya. Mereka menurut segala yang disuruh, diberi apa yang diminta dan menerima apa yang diberitahu oleh ketua. Dan zaman itu telah tiba dan kita sedang melaluinya sekarang.

Ini saudaraku, ingin aku nyatakan pada kalian. Hati-hatilah!

Ini zaman fitnah, suatu zaman yang penuh dengan kekeliruan. Yang hak bercampur dengan yang batil. Yang buruk bercampur dengan yang baik. Hitam menyerupai putih dan hampir-hampir yang putih tidak kelihatan lagi. Saat ini, manusia telah meringan-ringankan soal agama. Hilangnya waspada, bimbang dan warak di dalam diri. Halal dan haram diabaikan. Dosa dan pahala tidak diendahkan. Arak, zina, judi dan maksiat berleluasa. Bukan sahaja rakyatnya yang merestui kemaksiatan itu, malah pemimpinnya juga turut menyumbang sekali.

Wahai saudaraku, aku ingin berpesan sungguh-sungguh! Kalian harus kembali kepada agama. Memeriksa setiap ha! dun waspada sentiasa. Moga kalian tidak termasuk di kalangan tukang fatwa yang sesat serta pak turut yang disesatkcm. Carilah ilmu dan maklumat untuk memerdekakan minda kalian!

DUA perkara telah menghenyak cepu minda sebulan lalu. Dua perkara tersebut berkait rapat dengan status kemandirian bangsa Melayu dan kredibiliti kepemimpinan’ negara. Hampir hampir dua perkara itu buat hati saya ketawa berdekah-dekah sambil mengungkap perkataan ‘Dungukah orang itu?‘. Namun. rasa lucu itu pantas saja ditelan aroma bimbang. Saat ?kiran saya mula menaakul sebuah wawasan, kebimbangan kian berkocak di kolong jiwa. Kenapa?

Ya, kerana dua perkara tersebut.

“Melacur dibolehkan jika darurat?”

“Kondom diberi percuma untuk kurang kadar jangkitan HIV?”

Saya tidak pasti adakah anda menyedari atau tidak dua perkara tersebut. Saya juga tidak pasti sejauh mana sensitiviti anda terhadap keduanya. Ia berkait rapat dengan persoalan zina dan seks bebas. Atau dengan sebutan Iain, ia berkait Dengan pelacuran dan HIV. Selaku rakyat Malaysia, saya menyedari bahawa zina dan seks bebas sangat berleluasa di negara kina. Bagi seorang Muslim, wajar baginya untuk merasa khuatir dengan kenyataan sebegini. Lantaran zina dan pelacuran adaiah elemen besar yang mengundang bala. Bahkan zina dan pelacuran adalah krisis besar yang menyumbang ke arah keruntuhan jati diri serta sikap mandiri sesebuah bangsa.

Dua isu ini membuatkan reputasi serta integriti saya terhadap sesetengah teraju kepimpinan
negara luntur bagaikan debu yang disimbah air. Benar, tiada manusia yang sempurna, namun seorang pemimpin seharusnya memiliki karisma diri yang tinggi. Khususnya dari sudut ilmu dan maklumat. Apatah lagi apabila dia mengeluarkan pandangan yang bakal dijadikan kata pemutus bagi orang ramai. Wajar baginya bertindak setelah merujuk, mengkaji, menilai, menimbang dan berdoa. Agar opininya itu bukan sahaja selamat, malah tidak sesat.

Saya bukan pengkaji tetapi sentiasa menjadi pemerhati. Dan berdasarkan penilaian peribadi, keberadaan beberapa teraju pimpinan kerajaan yang ada sekarang agak rnembingungkan orang ramai. Tindakan mereka menambahkan lagi kebobrokan dan kekeliruan di dalam masyarakat. Sedikit demi sedikit kian menampakkan sikap ketidak intelektualan, kurangnya usul periksa. Banyak pendapat yang dikeluarkan tidak berasas. Malah, keputusan dan pendapat pemirnpin itu jika dinilai kembali dari kaca mata agama. jelas sekali ia kenampakkan kedangkalan dan kecetekan ilmu agama.

HAL pertama. Adakah pekerjaan di Malaysia sudah darurat lalu melacur dibolehkan?

Satu jabatan buruh telah membuat kajian tentang peluang pekerjaan di Malaysia. Mengikut maklumat, kerja suri rumah kekosongan sebanyak 80 ribu tempat. Tidak termasuk kerja mencuci pinggan di kantin dan restoran. Memandangkan rakyat Malaysia tidak berminat dengan kerja bergaji rendah serta tiada standard. Maka pihak kerajaan terpaksa mengimport pekerja dari Pakistan dan Burma.

Jadi bagaimana? Sedarkah kita bahawa peluang pekerjaan yang ‘halal’ melambak? Adakah kita mengutamakan gaii yang lumayan serta mengabaikan soal haram dan keberkatan? Malaysia adalah negara yang mewah, adakah kita tidak sedar?

Malangnya, ramai yang tidak jelas dengan keadaan negara sendiri. Ia persis bunyi pepatzah ‘Kuman di seberang lagikan terpandang, sedangkan gajah di depan mata tidak kelihatan’. Kita sering memperkatakan hal negeri orang, sedangkan hal negeri sendiri masih banyak yang majhuf. Akibat kedangkalan sendiri, lahirlah kenyataan yang membalehkan perempuan melacur jika ‘darurat’. Astaghfirullah!

Saudaraku, pilihlah kerja yang halal. Kerana setiap daging yang tumbuh dari rezeki yang haram akan dibakar oleh api neraka. Saudaraku, pilihlah rezeki yang berkat Kerana setiap yang berkat itu akan memberikan ketenangan walaupun jumlahnya kecil.

HAL kedua. Bagaimana pula dengan kondom yang diberi secara percuma untuk elak HIV?

Saat kenyataan itu dikeluarkan oleh media, tuan mufti dari Perak, johor dan Pulau Pinang membuat pertemuan. Pantas mereka melahirkan kebimbangan yang amat dan meminta agar kerajaan mengkaji kembali perkara tersebut. Tambahan pula, jika kondom diberi secara percuma oleh kerajaan, bererti seks bebas telah ‘direstui’ oleh pemimpin. Walaupun dengan alasan mengelakkan kadar jangkitan HIV, bagi saya itu adalah satu tindakan yang sangat dungu. Kenapa?

Saya ada membaca Kompas, sebuah akhbar berprestij terbitan Republik Indonesia. Kompas bagi saya menyamai status Berita Harlan atau Utusan Malaysia. Penulis Kompas menyebut bahawa kondom adalah cantuman hidrokarbon dan polimer. Ia mempunyai lubang-lubang haius (pinhole) yang hanya boleh dilihat menerusi mikroskop mikron. Dalam keadaan mengendur, keluasan lubang-luban pada kondom adalah 1/60 mikron. Seandainya ia menegang atau digunakan, keluasan akan bertambah sehingga sepuluh kali ganda. Manakala saiz kuman HIV pula adalah 1/250 mikron. Bererti kuman ini lebih kecil sebanyak 4 kaii ganda daripada lubang-lubang yang ada pada kondom dan mampu menembusinya. Dengan kata lain, pemakaian kondom adalah sia-sia sahaja. Penulis Kompas iuga menyatakan bahawa penggunaan kondom hanya boleh mengurangkan kadar jangkitan sebanyak 30 peratus sahaja. Bukan 100 peratus atau S0 peratus, tetapi 30 peratus sahaja!

Malah saya juga terbaca suatu ertikel daripada pengkaji kesihatan di Perancis. Mereka mengatakan dengan berkhitan’ atau ‘bersunat’ akan dapat‘ mengurangkan kadar jangkitan HIV sebanyak 65 peratus. Lalu mereka mengesyorkan supaya orang ramai berkhitan untuk mengelakkan jangkitan HIV. Subhanallah! Bagaimana orang non-Muslim boleh berfikir begitu sedangkan orang Islam sendiri memilih cara yang salah untuk mencegah HIV? Tidak dungukah orang itu? Adakah mereka tidak mengkaji terlebih dahulu tindakan dan pelaksanaan yang ingin dibuat? Atau mereka memang sengaja mahu merosakkan bangsa Melayu?

Bagi saya, dua kenyataan tersebut adalah wabak yang berbahaya. Ia akan membuka jalan kepada perzinaan seluas-luasnya. Bagi saya, pemimpin yang mengeluarkan kenyataan berkaitan dua perkara itu telah membuktikan kedangkalan pemikiran dan cetek ilmunya. Kerana kenyataan itu akan mengakibatkan zina berleluasa dan maksiat bermaharajalela. Jika tidak dicegah, saya bimbang akan turun bala dari langit. Paling membimbangkan, andai tsunami yang melanda Aceh akan merempuh Malaysia pula Nauzubillah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *