perkara yang sama dengan menyatakan kecuaian tentera Talut menjaga rajanya. Talut menjadi semakin marah kerana merasakan Nabi Daud sedang mempermainkannya. Beliau mengarahkan tenteranya untuk lebih berhati-hati mengawal. Nabi Daud a.s. tidak berputus asa untuk menyedarkan Talut. Baginda meneruskan rancangannya dengan mengambil lembing Talut yang terletak di kepalanya. Apabila terjaga daripada tidur, Talut terperanjat kerana lembingnya tiada. Beliau berlari keluar dari khemahnya dan bertanyakan perihal lembingnya itu képada tenteranya. Mereka mengakui tidak mengambilnya dan tidak tahu bagaimana ia boleh hilang. Beliau memarahi tenteranya yang cuai dan tidak menjaga keselamatannya. Tiba-tiba, muncul seorang lelaki membawa lembing Talut yang hilang, lalu berkata bahawa diaiah utusan Nabi Daud. Dia datang untuk mengembalikan lembing Talut yang diambil oleh Nabi Daud a.s. Katanya: “Lembing ini diambil oleh Nabi Daud a.s. ketika kamu sedang nyenyak tidur. Baginda tidak mahu membunuh kamu, tetapi cuma mengambilnya dengan harapan kamu sedar akan tindakan kamu yang salah lalu insaf dengan kembalinya lembing ini. Jika benar Nabi Daud a.s. ingin membunuhmu, kamu telah pun dibunuh kerana baginda berjaya memasuki khemahmu tanpa diketahui oleh sesiapa pun melainkan Allah s.w.t.” Nabi Daud Raja Agung Kata-kata lelaki itu memberi impak yang besar kepada Talut. Hatinya yang penuh dengan api kemarahan tiba-tiba sejuk. Air matanya mengalir dan mulai sedar bahawa selama ini syaitan telah menguasai dirinya sehinggakan sanggup mengkhianati Nabi Daud yang telah banyak berjasa kepadanya. Talut menangis tersedu-sedu. Beliau berasa sangat bersalah dan insaf kerana telah banyak membunuh orang yang tidak bersalah. Talut dan tenteranya pulang. Beliau terus menghadap Allah s.w.t. untuk meminta ampun dan bertaubat. Beliau tidak mahu lagi tinggal di sana kerana rasa bersalah yang menyelubungi. Lalu beliau keluar berkelana dan melepaskan jawatan sebagai pemerintah bani Israel. Kaum bani Israel sebulat suara melantik Nabi Daud a.s. sebagai raja mereka menggantikan Talut. Nabi Daud ialah raja yang agung. Bani Israel menjadi maju dan hidup mewah bawah pemerintahan Nabi Daud a.s.
Nabi Daud Raja yang Agung