php hit counter

Menjadi Tokoh Terbaik

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

a

Tokoh ulama yang akan saya perkenalkan kali ini sungguh luar biasa. Semua sifat mulia terdapat dalam dirinya. Beliau terkenal sebagai seorang yang sangat alim, warak dan tekunberibadah. Selain itu, beliau iuga sangat kaya dan pemurah.
 
Ulama tersebut ialah Imam al-Laith bin Sa‘ad al-Fahmi (w.175H). Beliau sangat disegani di Mesir pada masanya. Al-Hafiz al-Zahabi dalam Tazkirah al-Hufiaz menyatakan: “Beliau seorang pembesar kota Mesir dan tokoh alim yang paling handal. Bahkan gabenor dan kadi Mesir tunduk kepada perintahnya.”
 
Al-Laith terkenal sebagai seorang yang sangat alim. Bahkan, Imam al-Syafi‘i menyesal kerana tidak berkesempatan belajar daripadanya. Beliau datang ke Mesir setelah al-Laith meninggal dunia. Al-Syafi‘i berkata: “Aku tidak pernah menyesal sepertimana penyesalanku (kerana tidak berjumpa) dengan al-Laith bin Sa‘ad dan Ibn Abi Zi’b.”
 
Kebesaran nama dan ketinggian pangkat seiring dengan amanat dan tanggungjawab. Oleh sebab itu, sebagai tokoh terhormat, al-Laith bin Sa’ad selalu menjaga sikapnya. Beliau melakukan itu atas nasihat gurunya; Yahya bin Sa‘id al-Ansari sebagaimana dalam kisah berikut.
 
Al-Laith bin Sa‘ad berkata: “Pada suatu ketika, aku berada di Madinah bersama-sama para jemaah haji. Kebetulan pada waktu itu jalan-jalan yang terdapat di kota Madinah dipenuhi dengan najis haiwan. Aku berjalan dengan memakai sepasang khuf.”
 
Beliau meneruskan kata-katanya: “Setibanya di masjid, aku membuka salah satu khurku. Lalu, aku masuk ke dalam masjid dengan hanya memakai satu khuf.”
 
Tiba-tiba Yahya bin Sa‘id menegurku: “Janganlah engkau melakukan perbuatan ini. Engkau seorang imam dan semua orang memerhatikan perbuatanmu.” (Al-Hafiz al-Zahabi, Siyar A‘Iam aI-Nubala’)
 
Amanat Berat
 
Seorang tokoh menanggung amanah yang cukup berat sama ada tokoh politik, agama, mahupun selebriti kerana akhlak masyarakat berada di tangan mereka.
 
Seorang tokoh ialah seorang trend-setter. Apa-apa yang diucapkan selalu didengar dan apa-apa yang dilakukan sering menjadi ikutan. Semakin terkenal tokoh tersebut, semakin berat amanah yang ditanggungnya. Oleh sebab itu, seorang tokoh mesti menyedari tugasan besar ini. Dia wajib menggunakan kelebihan yang dimiliki untuk membimbing umat, bukan untuk menyesatkan mereka. Dia juga mesti menggunakan populariti yang Allah anugerahkan kepadanya untuk tujuan yang diredai Allah. Salah satu caranya adalah dengan menunjukkan teladan yang baik. Kata-kata dan perbuatannya juga mesti mencerminkan ajaran Islam.
 
Bahkan, seorang tokoh mesti selalu berada dalam kesempurnaan. Dia dituntut untuk selalu melakukan perkara sunnah seolah-olah ia wajib. Manakala perlu meninggalkan perkara makruh seolah-olah ia haram. Itulah yang cuba diingatkan oleh Yahya bin Sa‘id kepada al-Laith bin Sa‘ad.
 
Perbuatan berjalan dengan sebelah kasut tidak haram, bahkan hanya makruh. Namun bagi seorang tokoh ikutan seperti al-
 
Laith bin Sa‘ad, makruh mesti dijauhi agar tidak mengelirukan masyarakat awam.
 
Bukan hanya yang ha|am dan makruh, seorang tokoh itu ada kalanya perlu meninggalkan perkara mubah jika ia boleh membawa kekeliruan kepada masyarakat.
 
Imam al-Syafi‘i berkata: “Andai aku tahu bahawa meminum air sejuk dapat merosakkan maruahku, aku tidak akan meminumnya (Riwayat al-Baihaqi dalam Manaqib al-Syafi‘i:)
 
Kesan Seorang Tokoh
 
Jika kita renungi, kebaikan ataupun keburukan yang dilakukan oleh seorang tokoh di hadapan khalayak umum bukan hanya untuk dirinya seorang. Akan tetapi, kesalahan itu akan tersebar kepada lingkungan yang lebih luas dan tidak mustahil ia boleh menjadi suatu fenomena dalam masyarakat.
 
Saya pernah menegur seseorang agar tidak merokok. Saya menjelaskan bahawa perbuatan merokok itu haram dengan menyatakan banyak dalil yang berkaitan. Namun, orang tersebut dengan mudah berkata: “Tidak mungkin rokok haram, sebab ada ustaz yang merokok.”
 
Saya juga pernah mengingatkan seorang sahabat untuk meninggalkan suatu perbuatan bidaah kerana ia buruk menurut kesepakatan ulama. Namun, dia enggan menerima ucapan saya dan menjawab: “Perbuatan ini dilakukan oleh ustaz polan.”
 
Lailahaillallah. Lihatlah, bagaimana seorang tokoh meninggalkan kesan mendalam di hati para pengikutnya. Perbuatan mereka menjadi rujukan halal dan haram, walaupun keliru.
 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memulai satu perbuatan yang baik (sunnah hasanah), maka dia akan mendapat pahalanya dan pahala orang yang meniru perbuatan tersebut selepasnya tanpa berkuaang sedikit pun. Dan sesiapa yang memulai satu perbuatan yang buruk (sunnah sayyi’ah), maka dia akan mendapatkan dosanya, dan dosa orang yang meniru perbuatan tersebut tanpa berkurang sedikit pun.” (Riwayat Muslim)
 
Salaf Meniaga Mata Awam
 
Menyedari bebanan besar ini, para ulama salaf kita tidak pernah menginginkan populariti. Mereka tidak berminat menjadi
tokoh masyarakat, malah mereka lari daripada menjadi ikutan orang ramai.
 
Bishr al-Hafi berkata: “Setiap orang yang aku ketahui ingin terkenal, maka hilang agamanya dan terhina.” Semua ulama salaf yang terkenal ialah orang yang membenci populariti. Namun kerana kejujuran mereka, Allah meninggikan nama mereka dan menjadikannya masyhur dalam kalangan manusia. Antara tujuannya agar orang awam boleh menimba ilmu daripada mereka dan meniru akhlak mereka.
 
Itulah sebabnya para ulama salaf kita sangat menjaga mata awam. Mereka selalu berhati-hati sebelum mengucapkan atau melakukan sesuatu. Bahkan mereka tetap menjaga diri dalam bergurau sekalipun.
 
Imam Abdul Rahman bin ‘Amru al-Awza‘i (w.157H) berkata: “Dahulu, kami boleh tertawa dan bermain-main. Namun selepas menjadi tokoh ikutan, kami mesti berjaga-jaga.” (Al-Hafiz Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah)
 
Kita Ialah Tokoh
 
Demikian amanat besar yang ditanggung oleh seorang tokoh. Penjelasan di atas bukan hanya untuk tokoh-tokoh umat, malah ia bertepatan untuk setiap orang termasuk kita. Kita ialah tokoh dan pemimpin sama ada di mmah, sekolah ataupun tempat kerja. Sedar atau tidak, perbuatan kita selalu diperhatikan oleh orang lain.
 
Bahkan seorang anak kecil yang berusia satu tahun selalu memerhatikan kebiasaan yang dilakukan oleh ibu dan bapanya.
Seorang anak yang ayahnya merokok, berkemungkinan besar menjadi seorang perokok. Seorang anak yang ibu dan bapanya tidak menunaikan solat juga sangat sukar atau berat untuk melakukan solat.
 
Menjadi kewajipan seorang pemimpin untuk menjaga dirinya dan orang bawahannya. Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya: “Setiap daripada kamu ialah pemimpin. Dan setiap pemimpin akan disoal mengenai orang yang dipimpinnya.”(Riwayat Ahmad)
 
Semoga Allah memberikan kita petunjuk agar dapat menjaga hukum-hukum Allah dalam seluruh aspek kehidupan kita. Amin ya Rab al-‘alamin.
 
Kebaikan ataupun keburukan yang dilakukan oleh seorang tokah di hadapan khalayak umum bukan hanya untuk dirinya seorang. Akan tetapi, kesalahan itu akan tersebar kepada lingkungan yang lebih luas dan tidak mustahil ia boleh menjadi suatu fenomena dalam masyarakat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.