php hit counter

Resepi Merdeka

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

makanan

SURPRISE !Tentu kalian terkejut tiba-tiba muncul ruangan resepi ini kan? Biasa la… kalau dekat luar sana ada BAZAR PMHK, kat majalah ni pun teringin la jugak hendak berkongsi citarasa resepi Kak Siti. Okeylah, Kak Siti pun tak nak cakap panjang, kita terus ajelah cerita bah-bab resepi yang nak Kak Siti beritahu dekat kalian semua. Resepi Kali ni memang Kak Siti reka sendiri, jom kita pakat-pakat tengok macam mana asasnya nak buat…
 
Bahan-bahannya:
 
1. 3 ekor ayam yang sederhana besarnya, dibelah perut atau dipotong sesuka hati
 
2. Kelapa parut diambil santan pekat,sebanyak 3 cawan
 
3. Seinci halia
 
4. Seinci kunyit hidup
 
5. 10 ulas bawang merah sederhana besarnya
 
6. 10 biji bunga cengkih
 
7. 3 keping asam keping
 
8. 5 heiai daun limau parut
 
9. Sehelai daun kunyit
 
10. Garam secukup rasa
 
Cara memasaknya:
 
1. Ayam dibelah dua, halia dan kunyit ditumbuk sampai lumat, tumbuk bawang putih dan bawang merah.
 
2. Kemudian disapukan kepada ayam sesudah dibersihkan.
 
3. Panaskan kuali, masukan santan dan daun kunyit, daun limau, cengkih, kayu manis, asam keping dan garam.
 
4. Kacau santan sampai rata sehingga agak panas.
 
5. Masukkan ayam, masak dengan api yang sederhana.
 
6. Setelah kering santan, barulah diangkit.
 
7. Kalau mahu disedapkan lagi, bakar seketika dalam ketuhar.
 
8. Susun dan hias dengan taburan bawang goreng, potongan lobak merah dan tomato
 
Haa…macam mana? Mudah kan? Buat adik-adik kakak dikalangan akhawat, kalian kena cuba resepi ni tau. Tapi bila dah masak tu, janganlah buat-buat lupa kat jiran atau kawan-kawan. Ajak depa menjamu selera sekali, mudahan kita dimurahkan rezeki dan mendapat berkat….
 
Sabda Rasulullah S.A.W: Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Okey…selamat mencuba dan jumpa lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.