Pada mulanya Rasulullah s.a.w menjemput ahli-ahli rumah tangganya yang terdiri daripada Khadijah, ‘Ali ibn Ali Talib, Zaid ibn Harithah dan Ummu Aiman‘ untuk menganut Islam. Mereka tidak sedikit pun memberi tentangan terhadap seruan baginda dan terus beriman kepadanya. Orang pertama di luar rumahtangganya yang mula-mula sekali dijemput menganut Islam ialah Abu Bakr, iaitu teman rapat yang memang sudah lama dikenalinya. Jemputan Rasulullah s.a.w kepada Abu Bakr adalah kerana memang telah terbukti kesetiaan Abu Bakr kepada janji-janjinya.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Sebelum Rasulullah s.a.w menjemput orang-orang di atas menerima Islam, baginda terlebih dahulu meminta agar mereka tidak memberitahu perkara tersebut kepada orang lain. Tindakan ini dilakukan oleh Rasulullah s.a.w kerana setiap perjuangan memerlukan pembantu. Oleh itu RasululLah s.a.w memulakan usaha permulaannya untuk mendapatkan pembantu-pembantu dengan menjemput secara senyap-senyap orang-orang yang paling dipercayainya.