Adab Bercakap Mengikut Sunnah

Petua Rasulullah Mengenai Adab Bercakap

Rasulullah S.A.W bersabda, “Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah“.

 

1. Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar.

2. Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.

3. Jika seoarang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.

4. Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.

5. Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.

6. Jangan sesekali meniru gaya percakapan  orang yang jahil dalam agama

7. Jangan bercakap secara berkumam mulut.

8. Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang.

9. Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya pangillah dengan nama yang memuliakan mereka.

10. Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya.

11. Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

3 thoughts on “Adab Bercakap Mengikut Sunnah”

  1. Pingback: Adab Bercakap Mengikut Sunnah «

  2. Pingback: HikMah : Adab Bercakap Mengikut Sunnah

  3. Pingback: Adab Bercakap Mengikut Sunnah « Aulia Mei Azizi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.