php hit counter

Simbol Freemasonry Dalam Wang Malaysia??

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Salam semua..  entri kali ni saya nak share satu perkara yang agak menarik dengan anda semua..

Ada simbol illuminati pada not kertas ringgit Malaysia? MasyaAllah..betul kah? sebenarnya saya pun baru tahu juga perkara ini dari seorang sahabat, disebabkan perkara ini memang menarik perhatian maka saya mengambil keputusan untuk menyiasatnya dengan lebih lanjut.

Pertama sekali, jom kita check simbol ini pada ringgit kita,

Apa yang saya tandakan dengan dakwat merah itu adalah gambar seekor kijang. Tetapi betulkah itu seekor kijang?

Sebenarnya, lebih tepat lagi, simbol ini adalah sebenarnya milik Bank Negara Malaysia

Ok, apa yang peliknya tentang lambang kijang ini kan? Cuba anda perhatikan, adakah ia benar – benar melambangkan kijang?

Perkara yang aneh disini adalah kerana ciri fizikal Kijang adalah berekor PENDEK!, manakala simbol  haiwan diatas adalah berekor panjang..

Sebenarnya haiwan diatas adalah simbol seekor anjing..!

 

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Dalam logo tersebut itu pula terdapat simbol matahari dan bulan.

Untuk makluman semua,bulan dan matahari merupakan sembahan masyarakat pada zaman dahulu, ataupun lebih dikenali masyarakat yang menganut agama pagan(menyembah alam).  Masyarakat Mesir Purba telah dicatatkan menyembah matahari sebagai tuhan yang dikenali sebagai Amon-Re (Tuhan Matahari bermata satu). Catatan ini sering ditemui melalui ukiran pada makam Firaun dan Pyramid

Manakala anjing itu pula kelihatan sperti PharaohDog/Pharaoh Hound yang merupakan lambang kepada Mesir Kuno. Lambang anjing pada masyarakat mesir kuno juga melambangkan Dewa Anubis. Lambang ini sememangnya salah satu simbol identiti bagi pergerakan Freemason.

Adakah satu kebetulan atau sesuatu yang memang telah ditetapkan?

Saya periksa laman web BNM. Bank Negara tertubuh di bawah Ordinan Bank Negara Malaya 1958. Saya pun rasa Bank Negara bawah Kerajaan. Dia tulis situ, Bank Negara Malaysia ialah sebuah bank pusat/induk untuk Malaysia. Tapi dekat laman web BNM tak ada pulak tunjukkan Carta Organisasi. Tak ada pun tunjuk bawah Kerajaan ke Kementerian mana ke. Jadi siapa sebenarnya pemilik Bank Negara?

Bank Negara ni GLC ke? Syarikat berkaitan kerajaan ke? Antara tugas Bank Negara dinyatakan di situ, menasihat Kerajaan dan mempengaruhi suasana kredit negara. Mengapa dia yang menasihat Kerajaan? Mesti handal orangnya.

discover punya discover, saya telah terbaca satu artikel

Pada tahun 1958, siapa cerdik pandai Malaysia yang layak menasihat Kerajaan dalam suasana baru Merdeka? Jadi saya pun periksa siapa Gabenor pertama Bank Negara? Ok, Tan Sri W H Wilcock.

Saya tak hairan lah tentang ini, memang ramai bekas Penjajah kita yang masih membantu kita semasa kita baru lepas merdeka.

Cumanya persoalan saya, Bank Negara Malaysia ini di bawah siapa? Masih belum terjawab dari Laman Web Bank Negara sendiri. Bank Negara Malaysia punya 2 pejabat di luar negara, 1 di US dan 1 lagi di UK. Saya juga pernah terbaca tentang satu artikel tentang kaitan satu pergerakan dengan bank negara malaysia

Saya risau maklumat yang saya dapat ini satu fitnah jahat terhadap Bank Negara kita. mohon diperbetulkan.

Sumber

5 thoughts on “Simbol Freemasonry Dalam Wang Malaysia??”

  1. ini la melayu takde kerja, bodoh menjadi-jadi. Lain kali suruh bank negara cetak lambang kepala kau baru la tak freemason

  2. slm,

    Hanya org yang tak prihatin je yang akan kata mcm amon-ra bongok tu.silap sikit dia pon salah seorg freemason sekutu dajjal al celaka ….sy tertarik dengan artikel ini.saya juga telah menjalankan beberapa kajian tentang pergerakan ini…dan ia memang wujud di malaysia…jom sama2 kita musnahkan sekutu dajjal al celaka ini dri muka bumi ini…teruskan share fakta2 yang anda dpt kpd masyarakat…wallahu a’lam bissawab

  3. letak kepala kau okay jugak rasanya amon ra.. kau pun lebih kurang ngn geng2 freemason. biar dia la nak share apa yang dia tahu. tetiba nak marah kutuk bagai apehal.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.