php hit counter

Mural Potret Terbesar di Malaysia berada di Muar Bandar Johor

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

The Loving Sisters

 

Potret adalah sebuah lukisan, foto, patung, atau perlambangan, gambaran seni dari seseorang, yang mana wajah atau ekspresinya adalah hal yang utama. Dimaksudkan untuk menampilkan, model personaliti faktor dan juga kadang perasaan seseorang. Untuk alasan ini, fotografi potret pada umumnya bukanlah foto spontan (snapshot), namun susunan seseorang dalam keadaan tidak bergerak dan dipersiapkan. Sebuah potret seringkali menampilkan seseorang yang melihat langsung ke pelukis atau jurugambar dengan tujuan yang berkaitan antara subjek dengan yang melihat potret tersebut.

Sejarah Potret

Beberapa lukisan potret yang awal ditemukan bukanlah potret raja atau maharaja, di antaranya potret pemakaman yang selamat kerana iklim kering Mesir di daerah Fayum(merupakan kota yang terletak di sebelah tengah Mesir). Kemungkinan hanya ini lukisan-lukisan yang selamat dari dunia klasik, selain dari karya terbaru, dan banyaknya patung yang terselamatkan juga potret pada syiling.

Mural berukuran 11.89 meter tinggi dan 9.75 meter yang tertera di dinding ini telah dilukis oleh Julia Volchkova, 28, seorang pelukis mural dari Rusia. Terletak di Jalan Arab, Bandar Maharani Bandar Diraja, Muar, Johor, lukisan mural ini telah disiapkan dalam tempoh 10 hari pada 17 Julai 2016.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

“The Loving Sisters” atau “Adikku Sayang” dalam versi Melayu, diilhamkan dari wajah-wajah Nur Najwa Aliesya, 7 tahun dan adiknya Nur Najiyah Amani, 3 tahun dari Muar. Julia yang terserempak dengan dua beradik ini di Tanjung Emas di sini telah sempat merakamkan potret gadis-gadis cilik tersebut dan diabadikan dalam mural ini dengan ekspresi raut wajah yang menarik terutamanya pada sepasang mata yang memukau.

Kasih sayang yang ditunjukkan oleh dua beradik ini mencerminkan eratnya permuafakatan dan rasa cinta warga Muar terhadap Bandar Diraja ini, yang dizahirkan dengan cara dan gaya yang unik dan tersendiri : “Orang Muo, Gaya Muo”.

Lukisan mural ini telah diiktiraf dan dicatatkan dalam “Malaysia Book Of Records” sebagai mural potret yang terbesar di Malaysia pada 18 Julai 2016.

Projek ini telah diterajui Pegawai Daerah Muar, Haji Ramlee Bin Haji A.Rahman, merupakan satu-satunya projek seumpama ini di Negeri Johor Darul Ta’zim. Beliau telah menggalakkan kolaborasi bestari dalam kalangan warga Muar untuk berganding bahu dengan Pihak Berkuasa Tempatan dalam usaha menyemarakkan budaya tempatan dan memperkasakan perpaduan kaum melalui seni.

Mural Potret Terbesar

Wajah sebenar adik beradik The Loving Sisters
Nur Najwa Aliesya (7 tahun) dan adiknya Nur Najiyah Amani (3 tahun)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.