Dalam mengharungi dunia ini Allah akan menguji manusia dengan, kekayaan, kemewahan, kepapaan, kekuasaan, kedudukan dan wanita cantik.
Ini semua tidak dapat kita nafikan, tujuan adalah untuk melihat siapa yang berjaya dan siapa yang gagal dikalangan insan. Kerana bukannya senang untuk kita memasuki syurga Allah dan juga bukannya susah. Ini semua terpulang kepada individu yang beriman.
Sekiranya kita diberi kekayaan ingatlah bahawa ia bukan kepunyaan kita, tetapi adalah Allah. Hanya Allah memberinya untuk melihat sejauhmana kita dapat menguruskan kekayaan itu sebaik-baiknya demi untuk jalan Allah.
Layari kisah silam Qarun dan juga Abdul Rahman Auf. Dua insaf, satu gagal dan satunya berjaya, malah telah dijanjikan Allah diantara sahabat yang akan masuk syurga. Itulah tujuan hidup kita.
Kepapaan yang kita perolehi juga sebagai satu cubaan dari Allah untuk melihat kesabaran kita sebagai manusia. Diantara dua ini pilih yang mana baik untuk kita.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Tetapi sebagai umat Islam kita lebih digalakkan untuk mencari kejayaan, tetapi janganlah kekayaan itu melalaikan kita, dan bukanlah kekayaaan itu boleh mempengaruhi kita. Kita yang perlu menentukannya sebagai manusia.
Kekuasaan, kedudukan – ini adalah cita-cita setiap insan. Kerana insan memang sukakan gah. Insan yang terlalu dipengaruhi oleh gah hanya akan berjaya di dunia, tetapi gagal diakhirat.
Sebagai Muslim kita patut berjaya di dunia dan di akhirat. Contohilah Abu Bakar As-Siddiq, Umar yang melaksanakan tugas dan tangungjawab mereka yang baik.
Selalunya bila memperkatakan tentang kedudukan orang akan kaitkan dengan pangkat yang disandang. Tetapi Allah tidak melihat pada pangkat. Allah melihat kepada ketaqwaan dan keimanan kita.
Janganlah kita sanggup menjual prinsip-prinsip Islam semata-mata untuk mendapatkan pujian daripada insan. REDHA ALLAH yang patut kita cari. Kerana yang akan mengiringi kita ketika bertemu dengan Allah hanyalah tiga perkara:
1. ILMU
2. SEDEKAH
3. ANAK YANG SOLEH