Ilmu Yang Pertama Untuk Dipelajari! Fitrah diciptanya makhluk itu, adalah bertujuan untuk mengenal Allah.
Ilmu pertama yang wajib dan yang dituntut Allah itu, adalah ilmu tauhid atau “ilmu mengenal Allah”.
Sebagaimana kalimah “Awalludin makrifattullah” (awal-awal beragama itu, mengenal Allah).Pertama mula beragama itu, bukan syahadah, sembahyang, puasa, zakat atau haji. Ilmu yang mula-mula itu, adalah mengenal Allah!. Sayangnya kita, tidak tahu untuk bagaimana mencari ilmu mengenal Allah!
Allah itu Terang, Yang Lebih Terang Dari Cahaya Matahari!Allah Taala itu, terang dan teramat jelas.
Terang dan jelasnya Allah Taala itu, terlebih terang dan terlebih jelas dari cahaya matahari itu sendiri?. Kenapa kita tidak nampak Allah?.
Sebab tidak terpandang, terlihat, tertilik dan ternampanya Allah itu, adalah kerana adanya sifat mata!.
Adanya sifat mata itulah, yang menyebabkan kita tidak dapat untuk menilik, melihat atau memandang Allah swt. Cuba kita buang atau hilangkan sifat mata dan sifat diri, disitu pastinya tuan-tuan dan puan-puan akan dapat melihat, menilik dan memandang Allah Taala. Mata dan sifat diri kita sendirilah sebenar-benar sifat yang menghijab, mendinding dan yang menutup dari terpandang Allah Taala!.
Setelah kita tidak ada mata, barulah Allah itu dapat ditahu, dilihat, dikenal dan diingat dengan nyata.
Bilamana kita berkata atau mengaku perkataan “ada aku”, itu akan membawa pengertian “tidak ada Allah”.
Adanya Allah itu, setelah tidak adanya diri kita!. Selagi adanya perkataan aku, maka timbullah dakwaan aku gagah, aku besar dan aku kaya”.
Jangan Adanya Istilah Atau Perkataan “Aku” Untuk menjadikan Allah itu benar-benar ada, jangan sekali-kali mengatakan perkataan “aku ada”, bilamana kita mengaku “aku ada” bererti Allah tidak ada. Bilamana kita mengaku “aku tidak ada”, barulah Allah itu, sebenar-benar bersifat dengan sifat ada .
Ingat Itu, Ertinya Belum Ingat!”Ingat itu sesungguhnya tidak ingat”. Tahu itu sesungguhnya tidak tahu”.
“Tidak ingat itulah sebenar-benar ingat dan tidak tahu itulah sebenar tahu”.
Contohnya dipercayai kita tidak ingat kepada tangan, samaada ada atau tidaknya tangan kita itu, kita sendiri sering tidak perasan!. Tahu-tahu tangan menyuap nasi kemulut tanpa perlu ingat atau tanpa perlu disuruh, itulah tanda sebenar-benar ingat. Tak perlu kita menyuruh tangan menyuap nasi kemulut, tahu-tahu nasi masuk kemulut!.Ingat kepada Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap tidak ingat!. Kita dikehendaki tidak ingat lagi kepada keberadaan diri kita.
Kita dikehendaki tidak perlu lagi ingat kepada adanya diri. Sekiranya kita masih dalam keadaan berkira-kira untuk membuang diri, berkira-kira untuk menfanakan diri dan masih berkira-kira untuk mebinasakan diri, itu tandanya kita itu belum sempurna mengenal diri dan teramat jauh dari ingat kepada Allah Taala.
Itu pada tahap atau peringkat masih dalam perkiraan, masih dalam keadaan berkira-kira nak ingat. Nak ingat itu, ertinya belum ingat. Nak ingat itu, ertinya baru nak ingat, baru nak ingat itu, bermakna belum ingat.
Ingat kepada Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap, tidak ada apa-apa lagi yang harus diingat. Ingat kepada Allah itu, jangan sampai adanya dalil. Ingat kepada Allah itu, jangan sampai ada dikeranakan dengan suatu kerana. Untuk ingat kepada Allah itu, jangan sampai disandarkan kepada suatu peyandar. Ingat kepada Allah itu, tidak ada sebab dengan suatu sebab.Allah itu, adalah Allah, Allah itu, adalah Allah dan
Allah itu, adalah Allah……Allah…. Allah…. Allah… Allah …!
Mengenal Allah Itu, Sehingga Tidak Lagi Perlu Adanya Dalil! Mengenal Allah itu, hendaklah sampai kepada tahap tidak perlu lagi kepada dalil!, tidak perlu kepada saksi atau peyaksian. Kiranya masih perlu kepada dalil atau saksi, bererti kita belum benar-benar mengenal Allah. Untuk mengenal atau untuk ingat kepada kedua Ibu dan ayah kita, apakah perlu lagi kepada saksi atau dalil?. Begitu juga dengan ilmu mengenal Allah. Orang yang benar-benar mengenal Allah itu, adalah orang yang tidak lagi perlu kepada dalil!. Allah itu, adalah Allah.
Sekiranya masih ada saksi, bersaksi dan masih ada yang meyaksi, itu adalah peringkat mereka yang masih berkira-kira untuk ingat. Berkira-kira untuk ingat kepada Allah itu, adalah tanda tidak ingat dan belum ingat!. Masih dalam perkiraan nak ingat. Perkataan nak ingat itu, adalah tandanya belum ingat dan tandanya tidak ingat.Sebenar-benar ingat kepada Allah itu, setelah tidak lagi ingat kepada makhluk. Ingat kepada Allah itu, setelah tidak lagi ingat kepada perkiraan, tidak lagi ingat kepada sangka-sangka dan setelah tidak ingat lagi kepada dalil itu dan dalil ini.
Selagi kita masih mengaku “adanya diri”, selagi itulah sifat “adanya Allah itu” tidak akan dapat kita
lihat. Bilamana kita mengadakan sifat adanya diri, bererti kita telah menafikan sifat adanya Allah. Kita tidak boleh untuk mengadakan (menwujudkan) atau menggabungkan serentak antara kedua-dua sifat makhluk dengan sifat Allah!. Sifat ada atau sifat wujud itu, adalah sifat hanya bagi Allah. Sifat bagi makhluk itu, adalah tidak ada (tidak wujud). Sila rujuk sifat dua puluh.
Sekiranya kita itu bersifat ada atau kita itu bersifat wujud, bererti kita telah mengadakan dua sifat
wujud (dua sifat ada).
Bererti kita telah menduakan sifat Allah, iaitu satunya wujud bagi Allah dan satu lagi itu wujud bagi
diri makhluk, bermakna disini, kita telah mengadakan dua sifat wujud. Sedangkan sifat wujud itu, hanya hak bagi Allah dan bukannya hak bagi makhluk.
Bagi yang menduakan sifat Allah, hukumnya adalah syirik. Syirik itu, adalah dosa besar yang tidak boleh diampun Allah. Untuk itu, jangan adakan dua sifat wujud (dua sifat ada). yang wujud dan yang bersifat ada itu, adalah hanya bagi Allah,
Jangan Gandingkan “Ada Allah Dengan Adanya Diri “Permasalahan yang timbul kepada kebanyakkan kita sekarang itu, adalah permasalahan dimana kita tidak boleh untuk membuang adanya kita!.
kita sekarang payah untuk membuang sifat keakuan dan ramai yang masih lagi kuat berpegang kepada perkiraan yang sifat diri sebagai makhluk itu masih ada dan masih wujud.
Kiranya Allah bersifat ada dan diri kitapun juga bersifat ada, bermakna kita telah mengadakan dua sifat wujud (mengadakan dua sifat ada).
Barang siapa yang mewujudkan dua wujud atau barang siapa yang mengadakan dua sifat ada, bermakna kita telah syirik dengan Allah, kerana telah mengadakan dua sifat Allah. Bilamana kita bersifat ada dan Allah juga bersifat ada, yang mana satukah yang benar-benar bersifat ada?.
Ada itu sifat kita kah atau sifat Allah kah?. Setahu kita, yang bersifat ada dan yang bersifat wujud itu,
adalah hanya Allah. Sifat kita sebagai makhluk itu, adalah sifat yang berlawanan daripada sifat Allah.
Bilamana Allah bersifat ada, kita adalah bersifat tidak ada. Bilamana tidak adanya sifat kita, barulah
Allah itu benar-benar dapat diingat. Kalau kita ada dan Allahpun ada, itulah yang menjadikan kita lupa untuk ingat kepada Allah.
Apabila lupa kepada Allah, tentunya yang kita ingat itu adalah adanya keberadaan diri, bilamana kita ingat kepada diri dan tidak ingat kepada adanya Allah, itulah yang dikatakan syirik (menduakan sifat Allah bererti, kita telah menduakan Allah), itulah yang dikatakan syirik.
Pada hakikatnya ciptaan itu tidak wujud,yang wujud hanyalah ZatDia yang sedikit yang menjadi ciptaan.ZatNya yang sedikit inilah yang menjadikan seluruh yang ada termasuklah Loh Mahfuz.Kita berada di dalam Loh Mahfuz..dan Allah bukanlah di dalam Loh Mahfuz.sebab “Tirai-Nya adalah nur yang seandainya terangkat pasti keagungan Dzat-Nya akan membakar makhluk yang terpandang oleh-Nya. Terjemahan Sahih Muslim Bk.1, 228 (1994).