php hit counter

Cara Islam Mengatasi Krisis Ekonomi di Malaysia

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

cara-islam-mengatasi-krisis-ekonomi

Setiap negara pastinya mempunyai jenis permasalahan yang tak sama. Begitu juga dengan negara yang sudah berkembang. Dimana pada negara yang sedang dalam masa pertumbuhan sekaligus perkembangan untuk dikategorikan maju ini mempunyai bentuk-bentuk halangan tersendiri.Tak jauh berbeza dari keadaan ekonomi yang berkategori tertentu, secara umumnya rakyat Malaysia menjadikan isu-isu kenaikkan harga hingga masih ada yang lebih menonjol iaitu kenaikkan nilai kewangan negara.Disetiap negara ketidakstabilan ekonomi kerap terjadi, namun ketidakstabilan ini harus segera bertindak dengan adanya usaha-usaha untuk memperbaikinya. Usaha-usaha tersebut adalah :

1. Terikat dan menurut ajaran Islam.

Iman bukan sekadar cita-cita. Iman adalah suatu yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan melalui amal perbuatan. Allah SWT sering mengaitkan iman dengan amalan.

Firman Allah SWT: maksudnya;

“…orang-orang yang beriman dan beramal soleh …” (Al-’Ashr: 3)

Dalam hubungan ini Allah SWT mengingatkan janganlah kita mengajak manusia lain berbuat baik sedangkan kita melupai diri kita sendiri.Firman Allah SWT:

“Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca Al Kitab, tidakkah kamu berfikir?”. (Al-Baqarah : 44)

2. Mengutamakan kepentingan Islam.

Sabda Rasulullah SAW: mafhumnya;

“Berkisarlah untuk kepentingan Islam di mana kepentingannya berkisar.”

Baginda mengingatkan lagi dengan sabda yang bermaksud;

“Sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat hal ehwal orang Islam yang lain maka ia bukanlah dari golongan mereka (Islam).”

Rasulullah SAW menjelaskan secara langsung dengan sabda yang bermaksud;

“Engkau memegang pos-pos penting daripada pos-pos Islam, maka (awas) jangan sampai musuh dapat lolos daripada penjagaanmu.”

3. Berasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah SWT.

Berasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah SWT adalah antara sifat-sifat orang-orang beriman. Allah mengingatkan dalam al-Quran di dalam firman-Nya yang bermaksud;

“Janganlah kamu berasa hina (lemah) dan jangan kamu berasa duka cita dan kamu adalah lebih tinggi (mulia) jika kamu (benar-benar) beriman.” (Ali Imran: 139)

Ketika para sahabat Rasulullah SAW berada dalam perlindungan kerajaan Habsyah dan menemui rajanya, Najasyi, paderi dan pendita yang ada di Istana Najasyi meminta mereka sujud untuk menghormati Raja Najasyi. Tetapi Ja’far bin Abi Thalib r.a yang menjadi ketua rombongan itu menjawab: “Kami tidak sujud melainkan untuk Allah SWT.”

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

4. Bekerja untuk Islam dan bekerjasama dengan pekerja-pekerja Islam.

Apabila kita mengaku Muslim, kita harus bekerja untuk Islam. Kita patut bekerja secara berjama’ah, bekerjasama dengan para pendakwah lain yang menyeru kepada Allah SWT, menyuruh melakukan kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran. Kita harus bekerja keras untuk mewujudkan individu muslim, rumah tangga muslim, masyarakat muslim dan negara yang melaksanakan Islam dalam pemerintahan. Firman Allah SWT: maksudnya;

“Kami akan perkuatkan tenagamu dengan saudaramu.” (Al-Qashash: 35)

Firman Allah SWT lagi: bermaksud;

“Bertolong-menolonglah kamu dalam urusan kebaikan dan jangan kamu bertolong-menolong dalam dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah: 2)

Sabda Rasulullah SAW: maksudnya;

“Seorang muslim dengan seorang muslim yang lain adalah seperti binaan yang tersusun. Sebahagiannya meneguhkan sebahagian yang lain.”

“Tangan (pertolongan) Allah di atas (bersama) jamaah.”

“Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpencil (daripada kumpulannya).”

5. Menjaga Solat

Segala amalan dan perbuatan kegiatan kita setiap hari, samada baik atau sebaliknya bergantung kepada bagaimana erti solat kita kepada Allah Ta’ala. Ini bergantung kepada kesempurnaan solat kita. Jika kualiti solat kita baik dan sempurna, maka seluruh perbuatan kita juga akan baik, kerana solat yang kita lakukan setiap hari sebanyak lima waktu itu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak akan mencegah kita dari perbuatan mungkar disetiap masa masa.

6. Membaca dan Mengamalkan Al-Quran

Al-Quran bukan sekadar sebuah kitab panduan. Ia juga merupakan kitab petunjuk, kitab peringatan, kitab kemuliaan, kitab kerahmatan, kitab kebenaran, kitab kemenangan, kitab penyembuhan, malah kitab kesatuan. AlQuran bukan seperti mana-mana buku yang ditulis oleh manusia bahkan ia terlalu agung untuk disamakan dengan mana-mana karya manusia, betapa hebat manapun manusia itu.

– Membaca Surah Yasin (Yaasiin)

Mengikut sebuah hadis, Surah Yassin dinamakan Mub’mah (pemberi berita baik) di dalam kitab Taurat kerana ia mengandungi manafa’at kepada pembacanya dikehidupan dunia juga akhirat, seperti menghindari penderitaan dunia akhirat dan juga menjauhkan kedahsyatan kehidupan akhirat.

– Membaca Surah Al-Waqiah

Al-Waqiyah merupakan salah satu surah dalam Al-Qur’an yang memiliki keutamaan sebagai pembuka pintu rezeki. Surat ke-56 ini berisi kandungan iman dan tauhid, bukti kekuasaan Allah s.w.t serta adanya hari kebangkitan. Rasulullah s.a.we pernah bersabda, bahwa siapa yang rutin membaca surat ini, akan terhindar dari kefakiran selama-lamanya.

Dan juga surah-surah yang lain dalam Al-quran.

-SELAMAT BERAMAL, INSYAALAH REZEKI ADA DIMANA SAJA-

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.