Kata-Kata Hikmah Imam As-Syafie Rahimahullah

Kata-Kata Hikmah Imam As-Syafie rahimahullah

• “Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya, cinta dunia sekaligus cinta Allah, maka dia telah berdusta.”

• “Jika ada seorang yang ingin menjual dunia ini kepadaku dengan nilai harga sekeping roti, nescaya aku tidak akan membelinya.”

•  “Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan.”

• Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kapannya sedang ditenun.

• Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang.

• Aku tidak pernah berdialog dengan seseorang dengan tujuan aku lebih senang jika dia berpendapat salah.

• Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah. Kalau dia boleh meninggalkan Allah, apalagi meninggalkan kamu.

• Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khotimah, hendaklah ia selalu bersangka baik sesama manusia.

• “Pentingnya menyebarkan ilmu agama.

• Ilmu itu seperti air. Jika ia tidak bergerak, Menjadi mati lalu membusuk.”

• “Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran.”

• “Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.” 

• Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.

• Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”

• Seorang sufi tidak menjadi sufi jika ada pada dirinya 4 perkara: malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan.

• Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu”

4 perkara menguatkan badan

1. Makan daging

2. Memakai haruman

3. Kerap mandi

4. Berpakaian dari kapas

4 perkara menajamkan mata

1. Duduk mengadap kiblat

2.Bercelak sebelum tidur

3. Memandang yang hijau

4. Berpakaian bersih

• “Dosa-dosaku kelihatan terlalu besar buatku, tapi setelah kubandingkan dengan keampunanMu Ya Allah… ternyata keampunanMu jauh lebih besar.”

• “Bumi Allah amatlah luas namun suatu saat apabila takdir sudah datang, angkasa pun menjadi sempit”

• Letakkan akhirat di hatimu, dunia di genggaman tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu.

• Sebesar-besar aib (keburukan) pada diri sesaorang adalah orang yang asyik mencari dan mengata keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirinya sendiri.

• Aku mampu berhujah dengan 10 orang berilmu, tapi aku akan kalah pada seorang yg jahil kerana dia tak tahu akan landasan ilmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *