php hit counter

Ukhuwah dan Sensitiviti Cerminan Keizzahan

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Ukhuwah dan Sensitiviti Cerminan Keizzahan

KEIZZAHAN

Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: Barang siapa yang menghendaki kemuliaan maka bagi Allahlah kemuliaan itu.

Kalam Allah yang mulia ini menjelaskan kepada kita bahawa tidak ada kemuliaan (keizzahan) melainkan kesemuanya adalah kepunyaan Allah. lni bermakna segala yang didatangkan oleh Allah untuk hamba-hambanya adalah semata-mata untuk menjaga keizzahan itu. Jika kita merenung dengan sedalam- dalamnya, benarlah bahawa syariat yang diturunkan oleh Allah s.w.t. melalui perantaraan RasulNya kepada manusla ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menjaga kemuliaan kita sebagai manusia. Apatah lagi kita sebagai umat Islam punya penfaklifan yang lebih jelas untuk mendukung juga melaksana segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Hal ini keseluruhannya adalah untuk memartabatkan umat Islam sendiri.

Benarlah kata-kata Saidina Umar ketika membuka Baitul Maqdis setelah dijajah oleh kafir laknatullah:

Namun, hari ini kita menyaksikan seolah-olah kemuliaan itu telah lenyap dari diri umat Islam, buktinya kita melihat berapa ramai umat Islam hari ini yang ditindas di negara sendiri, pembunuhan bermaharajalela, hidup melarat tanpa pembelaan dan yang seumpama dengannya.

Perbezaan ideologl adalah punca utama kepada perpecahan umat Islam di samping pembahagian negara-negara mengikut sempadan. Meskipun kita menyedari bahawa inilah perancangan jahat musuh-musuh Islam, namun umat Islam terus leka dan alpa dengan mainan jahat mereka. Akhirnya tinggallah Islam hanya pada nama, natijah daripada keengganan kita meletakkan Islam sebagai matlamat dan cara hidup.

Bagaimana pula realiti masyarakat Azhari dan Azhariyah pada hari ini selaku mereka yang menuntut ilmu agama, bukan di sebarang tempat, tetapi tempat inilah yang dikenal sebagai gedung ilmu yang telah melahirkan puluhan malah ratusan ulama yang amat digeruni oleh musuh-musuh Allah.

Kehadiran mereka ke bumi anbia ini pasti mempunyai hasrat yang tersendiri demi untuk memenuhkan ilmu di dada juga memperbaiki diri ke arah yang lebih baik, apa yang paling utama di sini ialah sentiasa mempersiapkan diri bagi menghadapi segala cabaran jua onak dan duri yang bakal merintangi agar tidak kecundang di pertengahan jalan. Apabila kaki telah dijejakkan ke bumi Mesir ini, segala hasrat mahupun keikhlasan akan teruji.

Ketika inilah kita dapat melihat dan menilai sejauh mana keikhlasan kita, ada yang membawa haluannya sendiri, ada yang mampu mengimbangi diri, tidak kurang juga ada yang tidak dapat melaksanakan apa yang telah direncanakan. Realitinya inilah rentak Azhari dan Azhariah hari ini.

UKHUWAH

Pembinaan ukhuwah adalah yang paling utama, terutama bila berjauhan dengan keluarga tercinta, bantu-membantu jua persefahaman perlu dipupuk di kalangan komuniti Azhari dan Azhariah sendiri demi mencapai matlamat yang diimpi. Jalinan erat sesama negeri mahupun berlainan negeri mampu mengatasi sikap keakuan atau ketaasuban yang kian berleluasa. Sebagai inisiatif terbaik PMRAM sendiri telah menganjurkan BKAN taakhi sebagai satu langkah mewujudkan sikap ambil peduli sesama masyarakat kampus yang bernaung di bawahnya. Bertepatan dengan hadis Rasul s.a.w yang berbunyi:

Ukhuwah yang terbina sedikit sebanyak mendorong kebersamaan dalam apa jua keadaan, contohnya keias-kelas tafaqquh atau program-program yang diadakan tidak tertumpu kepada kelompok negerinya sendiri. Bahkan kita akan dijemput untuk sama-sama menjayakannya. Secara umumnya ikatan ini mampu memberi infak yang besar kepada kekuatan Islam sekali gus menggerunkan musuh-musuh Islam itu sendiri.

Namun, fenomena sebaliknya mula bercambah biak. Dengan pertambahan bilangan mahasiswa yang semakin ramai di bumi anbiya’ ini, maka seakan-akan melahirkan pula ketaasuban mengikut institusi STAM dan sebagainya. Masing-masing membawa haluan dan tujuannya sendiri. Benarlah kehadiran ke bumi anbia untuk menuntut ilmu tapi jangan dilupai bahawa kita perlu hidup bermasyarakat bukannya bersendirian. Oleh itu, pastinya setiap yang hadir ke sini akan menyandang title Azhari dan Azhariah bukan Iagi disebut dengan institusi lama mereka, seperti budak KISDAR, budak STAM, dan seumpama dengannya. Janaan kesatuan ini amat penting bagi meneruskan survival dakwah di kalangan umat Islam.

Umum mungkin tidak menyedari hakikat ini, tetapi sekiranya disoroti secara mendalam kita akan mendapati lompong-lompong ukhuwah di kalangan Azhari dan Azhariah sendiri. Sensitiviti di kalangan masyarakat pelajar terhadap apa yang menimpa sahabat- sahabat di kalangan pelajar sendiri agak mengecewakan. lnilah suatu yang merugikan kerana cuba membuka ruang juga peluang kepada musuh-musuh yang sentiasa berusaha untuk menyelinap di celah kita.

Kita mendapati ketika ini, ada di kalangan sahabat-sahabat kita berada di dalam kesusahan, bergelumang dengan tekanan-tekanan yang cukup menyesakkan hati dan perasaan. Justeru inilah waktunya untuk memainkan peranan sebagai umat Islam yang bersaudara. Setinggi-tinggi tahap ukhuwah adalah ‘ithar’ iaitu mendahulukan orang lain, manakala serendah-rendah ukhuwah pula adalah ‘saIamafussadn‘ iaitu berlapang dada. Meskipun bantuan yang dihulur bukan berbentuk material, sokongan moral pun sudah memadai untuk memberi kekuatan kepada mereka. Bak kata pepatah ‘berat sama dipikul ringan sama dijinjing’.

Begitulah uniknya ukhuwah sesama manusia. Secara tidak langsung akan melahirkan masyarakat yang bersatu untuk menzahirkan izzah umat Islam. Apalagi yang kita inginkan jika segalanya di bawah naungan reda Allah. Secara kesimpulannya rasa ingin ber’ukhuwah’ sememangnya sudah ada dalam setiap jiwa, terpulanglah kepada setiap individu untuk memupuknya.

SENSITIVITI

Mutakhir ini umat Islam di hujani dengan pelbagai musibah atau peristiwa-peristiwa yang menggemparkan. Antaranya fenomena Ameena Wadud yang mengimami solat Jumaat, fatwa Dr. Mashitah, Ayah Pin, dan siri-siri pengeboman.

Juga tidak ketinggalan peristiwa pembantaian umat Islam di Ambon, Tsunami, jerebu, dan peristiwa Tak Bai yang berlaku di sekitar negara kita. Jika diteliti satu persatu, segala yang berlaku memerlukan pembelaan malah ada kalanya menimbulkan tanda tanya dan kesamaran isi dunia, yang pastinya memenukan kepada penjelasan.

Namun tanpa di sedari arus kem0denan yang berlaku tanpa batasan, telah mengalih pandangan seluruhnya agar lupa kepada isu-isu dan kekejaman kuffar terhadap umat Islam. Sedang umat Islam bermandi darah, peluru-peluru menjadi santapan harian, jeritan jua tangisan menjadi halwa telinga mereka. Lihat sahaja di Palestin, Chechnya dan sebagainya. Oleh itu, sejauh manakah sensitiviti sita terhadap apa yang berlaku? Apakah jawapan-jawapan yang bakal diutarakan bagi menjawab persoalan tersebut di akhirat kelak? Atau ada di kalangan kita yang tidak merasa apa-apa. Mungkin kah menanti tusukan peluru baru tersentak? Di manakah sensitiviti kita sebagai umat Islam yang bersaudara?

Hadis Rasul s.a.w yang bermaksud:

“Barang siapa yang tidur dan tidak mengambil berat urusan orang-orang Islam maka beliau bukan dari golongan mereka.“

Kita tidak na?kan rata-rata manusia hari ini lebih mementingkan diri sendiri dan menjaga periuk nasi mereka. Persoalannya, adakah fenomena seperti ini harus berlaku di kalangan Azhari dan Azhariah di sini? Andai ia benar berlaku, mampu kah kita membuat persediaan untuk berhadapan dengan si kuffar durjana yang tiada sifat perikemanusiaannya?

“Cubit Paha Kanan Paha Kiri Terasa”, satu ungkapan pepatah Melayu yang sering di perkatakaan sejak zaman nenek moyang kita yang terdahulu. Sejauh manakah ia terealisasi?

Ini kerana, umumnya kebanyakan manusia hari ini mampu berbuat atau bersikap sedemikian di kalangan kelompok mereka sendiri sahaja satu akidah, satu bangsa, satu negara malah ada ikatanya lebih dari itu dengan membezakan keturunan, warna kulit dan paras rupa.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Bukankah Allah telah berfirman di dalam kitab suciNya yang bermaksud:

“Hal manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari laki-laki dan perempuan (bapa dan ibu), dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa (bermacam-macam umat) dan bersuku-suku, supaya kamu berkenal-kenalan. Orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwa. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui.”(Surah al-Hujuraat: 13)

Dan sabda Rasul S.A.W yang bermaksud:

“Kekuatan Allah bersama-sama dengan jemaah, sesungguhnya serigala itu hanya akan datang memakan kambing-kambing yang terpisah dari kumpuIannya.” Di sini jelas bahawa kehidupan

manusia di muka bumi ini saling memerlukan antara satu sama lain demmelunaskan sistem give and take yang sempurna. Menyorot rentak dunia pula, sejak dulu kini dan selamanya, musuh-musuh Islam tidak pernah lena atau kekeringan idea untuk terus merancang dan melancar serangan serangan terhadap umat Islam dari segenap sudut. Mereka bukan sahaja sanggup berkorban dan bertungkus lumus membelanjakan harta juga tenaga mereka, malah sanggup bergadai nyawa demi menuju satu matlamat agar agama Islam sifar di muka bumi. Gerakan mereka bukan lagi menjadi satu rahsia, bahkan telah terakam kemas di dalam kitab Allah yang bermaksud:

“Dan kami menyatakan kepada Bani Israel dalam kitab itu: sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong dan melampau”.(Surah al-lsra: 4)

Hari ini sahaja ada di kalangan umat Islam yang cuba membongkar pergerakan jua perancangan kuffar satu demi satu.

Bahkan ada di kalangan Azhariyun sendiri yang cuba mengkaji dan mendedahkan kepada kita betapa sistematiknya perancangan dan strategi mereka melalui penulisan-penulisan di baawah terbitan PMRAM. Antaranya yang bertajuk ‘Zionis’ oleh Ustaz Mohd Hanif Ismail dan ‘Gerakan Freemasonry, ‘Orientalis dan Kristianisasi’ oleh Ust. Hj Nik Azran Muhammad dan Ust. Hj Mohd Mahadi. Pendedahan ini antara lainnya adalah untuk meniup semangat juang dan menghidupkan roh sensitiviti umat Islam khususnya Azhari dan Azhariyah agar sentiasa bersiap sedia dalam memperkasa kekuatan rohani dan jasmani. Sesungguhnya kemampuan manusia itu berbeza, maka tindakan yang bakal terlunas pastinya berbeza mengikut kemampuan individu masing-masing. Ini bertepatan dengan sabda Rasul s.a.w yang bermaksud:

“Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah merubah dengan tangannya, barang siapa yang tidak mampu, hendaklah merubah dengan lidahnya, barang siapa yang tidak mampu, hendaklah merubah dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman. “

Tidak dapat dina?kan keberadaan Azhari dan Azhariyah di sini adalah untuk menimba ilmu sebanyak yang mungkin. Ada kalanya teori-teori yang terkandung di dalam timbunan buku-buku yang memenuhi beg juga rak-rak di sudut rumah tidak memadai andai tidak disertai oleh usaha atau inisiatif untuk melakar serta mengukirnya. Tidak kurang juga ada yang berpendapat memadai hanya dengan menghadamkan kitab-kitab kuliah dari kulit ke kulit. Persoalannya, benarkah kita telah menghadamkannya atau setakat mengikut muqarrar (sukatan) sahaja. Sebagai mahasiswa atau mahasiswi yang bergelar Azhari dan Azhariyah perlu kita sedar bahawa masyarakat memandang tinggi terhadap kita. Oleh itu, marilah kita mengislah (reformasi) diri ke arah yang lebih baik dan terbaik agar tidak menjadi bahan fitnah dan tohmahan masyarakat.

Firman Allah yang bermaksud:

“Supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata kerana Allah” (surah at-Anfal : 39 )

Usahlah mengikut resam katak di bawah tempurung yang ‘pi mai pi mai tang tu’. Tidak cuba untuk mencari atau mengenal dunia luar, takut-takut nanti bertukar menjadi katak di bawah piramid pula. Bayangkan si katak yang kecil terperosok di bawah piramid. Pasti hidupnya gelap-gelita dan suram tanpa cahaya.

Penegasan dalam perkara ini perlu dititik beratkan kerana kita tidak mahu berlaku di kalangan Azhari dan Azhariyah hari ini yang salah mentafsir dalam melaksanakan tugas mereka sebagai khalifah Allah menyalahi fiqh aulawiyat(fiqh keutamaan) yang sepatutnya. Suatu yang realiti, manusia sering tergelincir dan lemas di dalam dunia mereka. Ini berpunca dari kegagalan mereka dalam mengimbangi tuntutan-tuntutan duniawi yang sedikit sebanyak menjejaskan perlaksanaan tuntutan ukhrawi yang lebih utama. Lantaran itu, segala tindak tanduk mereka yang terzahir sering menjadi kayu ukur kepada keizzahan mereka dalam mendaulatkan agama Allah yang qudus ini.

Kesibukan Azhari dan Azhariyah hari ini sering kali menjadi punca kepada kealpaan, bahkan tanpa disedari memberi sokongan atau infak yang besar kepada perancangan kuffar, khususnya dalam pemboikotan barangan Yahudi yang turut di canangkan oleh PMRAM sendiri. Secara tidak Iangsung kita telah menyumbang kepada peningkatan ekonomi musuh-musuh Islam. Di Mesir sendiri khususnya terlalu banyak alternatif-alternatif yang telah disediakan, contohnya ‘Mo‘men‘, ‘Wasoya’ dan ‘Ba by‘ antara pengeluar ‘Fast Food” yang popular, ia amat sesuai untuk menggantikan Mc Donald dan KFC yang menjadi kebiasaan semua lapisan masyarakat.

Sebagai saranan, waspada dalam pengambilan makanan harian amat perlu, kerana makanan adalah sumber panting yang diperlukan dalam proses tumbesaran tubuh badan. Sesetengah pendapat mengatakan pemakanan daripada bahan-bahan boikot atau syubhah adalah punca utama kepada kemalasan, kelesuan tubuh badan dan boleh menghulangkan ketajaman pemikiran. Inilah diayah kuffar yang kurang disedari bersama. Tidak hairanlah jika ramai yang mengatakan azhari dan Azhariyah pada hari ini lesu. Pada logiknya suatu yang telah menjadi darah daging memang sukar untuk disingkir dari tubuh badan. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya kami akan benar-benar menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan buruk baik hal ehwalmu.”(Surah Muhammad: 31 )

Jelas di sini, bahawa setiap kehidupan itu pasti ada ranjau berduri yang merintangi perjalanan untuk sampai ke destinasi terakhir. Setakat manakah ujian yang menimpa kita berbanding umat Islam yang lain, hidup serta makan minum mereka tidak menentu, tidur baring mereka juga tidak berwaktu.

Dari aspek yang lain pula, kita melihat kecanggihan sistem perhubungan dunia pada hari ini dengan sistem ICT yang mampu menghubungkan antara benua ke benua yang lain dengan begitu pantas. Walaupun ia memberi pelbagai kemudahan, tanpa di sedari ia telah digunakan untuk melaksanakan propaganda Barat yang cuba untuk menghancurkan Islam secara halus. Siapa lagi yang akan memartabatkan Islam kalau bukan tangan-tangan kita sendiri. Oleh itu, kitalah yang sepatutnya mencengkam dan menguasai medan ini. Tidak molek rasanya andai individu yang bergelar Azhari dan Azhariyah ini yang menyalahgunakannya lantas mencemari title tersebut. Tepuk dada tanyalah iman. Sabda Rasul s.a.w yang bermaksud:

“Kamu berada di suatu penjuru dan penjuru-penjuru Islam, oleh itu janganlah kamu biarkan Islam diserang dari penjurumu. “

Dengan ini seharusnya kita merasa bangga dengan kebenaran Islam dan kepercayaan kepada Allah. lnilah salah satu sifat orang-orang mukmin.

KESIMPULAN

Konklusinya, dapatlah dilihat bahawa sikap ambil peduli atau sensitiviti itu tidak akan lahir andai tidak disertai dengan keazaman, keinsafan juga rasa keizzahan sebagai penganut agam Islam. Firman Allah yang bermaksud:

“Dan keagungan itu hanyalah bagi Allah, Rasulnya dan bagi orang-orang mukmin. “(Surah al-Munafiqun: 8)

Ada kalanya mereka sedar akan situasi dunia yang berlaku, tetapi apakan daya ia di kawal seperti lembu yang di cucuk hidung. Pastinya individu yang turut merasai kesakitan dan keperitan dunia hari ini tidakkan mampu untuk memejamkan mata, bahkan turut merasakan seolah-olah ia sedang bergolak di dalam setiap kemelut yang berlaku. Andai ia benar dirasai, kini jelas ‘cubit paha kanan paha kiri terasa’ sudah terealisasi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.