php hit counter

Tertib Cara Solat Aneh di Madinah

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Tertib Cara Solat Aneh di Madinah

Sebuah tertib cara solat yang baru dan aneh ditemukan di Madinah, baru-baru ini. tertib cara solat aneh yang diamalkan warga asing itu segera menjadi popular di media sosial setelah seorang warga Arab Saudi mendokumentasikannya dan muat naiknya di Youtube.

Dalam video tempoh yang 2 menit 42 detik itu nampak sejumlah warga asing sedang menunaikan solat Zuhur di sebuah masjid di Madinah Al Muanawarah. Namun, tertib cara solatnya berbeza dengan tertib cara solat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Mereka hanya berdiri lalu bersujud tanpa ada ruku’ dan tasyahud. Solat itu juga tidak diakhiri dengan salam. Dan meskipun ada sujud, ternyata sujudnya hanya sekali dalam setiap rakaat.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

“Seumur hidup baru kali ini saya melihat amalan solat (umat Islam) seperti ini,” kata perakam video tersebut.

Video tersebut dimuat naik pada Jumaat (24/4/2015) lalu. Hingga berita ini dimuat, video yang dimuat naik oleh Al Walid itu telah ditonton lebih dari setengah juta kali. Jika biasanya video Youtube yang popular mendapatkan banyak klik kesukaan, video ini hanya mendapatkan 478 klik i like this. Tidak sebanding dengan 1.902 dislike yang didapatkannya.

Banyak yang terkejut setelah menonton video tersebut. Sebahagian pengguna Youtube meminta ulama untuk lihat negara mana yang amalan ibadah solat seperti itu dan mendorong ada daie yang dikirim ke wilayah tersebut agar mereka oleh memahami Islam dengan baik serta dapat menjalankan ibadah sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

1 thought on “Tertib Cara Solat Aneh di Madinah”

  1. Jawapan Solat apa itu, hanya berdiri dan sujud?

    daripada Syeikh di Madinah.

    هؤﻻء اﻷفا ضل مجموعة من الأتراك ويجمعون السجدات التي في المصحف الشريف ويتلونها سوية بدون صﻻة ويسجدون لله تعالى حسب السجدات لها { ١٧ } سجدة في الآيات القرآنية المباركة .

    Mereka ini adalah kumpulan orang Turkey. Menghimpunkan semua Ayat2 Sujud Sajdah yg ada dlm Quran tanpa mendirikan Solat. Dan mereka Sujud sebanyak 17 Sujud Sajdah pd ayat2nya.

    وهذا العمل فيه موافقة أقوال عند اﻷئمة الكرام وعند اﻷحناف ﻻبأس بجمع السجدات وعلى شكل قراءة جماعية بصلاة سجودية دون ركوع أو شروط الصلاة المفروضة .

    Amalan ini menepati pendapat para Imam pemimpin mereka. Menurut mazhab Hanafi, tidak mengapa menghimpunkan semua ayat Sajdah dgn cara membacanya beramai2 dan melakukan Sujud tanpa ruku’ atau syarat2 solat fardhu yg lain.

    والسعوديين مع الأسف ومن أنكر عليهم لايعرفون من الدين الا القشور فقط والسطحيات التي من الأصول

    Malangnya, orang2 Saudi dan mereka yg menentangnya tidak mengenal agama ini melainkan sedikit shj.

    Wallahu a’alam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.