php hit counter

Tempat Menarik di Kuching Sarawak

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

tempat menarik di kuching, sarawak,

Kuching Sarawak, Bumi Kenyalang. Salah satu negeri dalam Malaysia yang terletak di wilayah Borneo yang kaya dengan ekosistem nya yang menarik serta sejarah nya yang unik terutamanya bandar Kuching yang merupakan ibu negeri Sarawak.

 

Berikut adalah beberapa destinasi pelancongan yang menarik untuk dilawati di Kuching, Sarawak :

Pertama – Sarawak Feri Cruise

Sekiranya anda pertama kali melawat Kuching, Sarawak. Sangat dicadangkan untuk menaiki Sarawak Feri Cruise di pelabuhan utama sungai Sarawak. Melalui perjalanan feri ini, anda berkesempatan untuk melihat pemandangan bandar Kuching serta budaya masyarakat tempatan seperti rumah diatas air, Kuil Tua Tok Peng, dermaga Kuching dan banyak lagi.

PANDUAN HOTEL – NAK SAYA “KONGSIKAN” KISAH SAYA BERMALAM DI BILIK HOTEL INI PADA HARGA RM2.00 UNTUK 2 HARI?

Kedua – Bazaar Utama Pasar Satok

Tarikan unik yang terdapat di Kuching adalah bazaar membeli belah. Bazaar Utama yang terletak berdekatan Jalang Tukang Kayu yang juga merupakan kawasan penginapan berkos murah. Bazaar utama menjadi tarikan utama pelancong untuk membeli barangan kraftangan sebagai cenderamata untuk dibawa pulang. Sekiranya anda bercuti pada hujung minggu di Kuching, sangat dicadangkan untuk berkunjung ke Pasar Satok yang merupakan Medan Niaga Utama pada hujung minggu.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Disini anda bakal disajikan dengan buah-buahan yang segar yang dibawa oleh penduduk pendalaman untuk dijual. Tak lupa pula  disini anda juga berpeluang untuk mencuba ulat sagu yang mana ianya merupakan makanan unik orang Sarawak.

Ketiga – Gunung Gading

 

Sekiranya anda peminat alam flora, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Gunung Gading. Gunung Gading merupakan kawasan rekreasi di Sarawak dimana anda boleh melihat satu-satunya tumbuhan Reflesia yang terbesar di Asia. Sekiranya anda bernasib baik bunga Reflesia ini akan berkembang sebesar 1 meter panjang terutamanya pada hari hujan. Selain itu, ada juga

Keempat – Taman Negara Kubah

Taman Negara Kubah bagi penggemar bunga Orkid. Disini anda boleh melihat pelbagai bunga Orkid yang mekar secara semulajadi di kawasan hutan. Di Taman Negara ini juga anda boleh melihat pelbagai jenis hidupan liar termasuklah orang utan dan juga burung Kenyalang yang merupakan burung kebanggan negeri Sarawak.

 

Kelima – Bandar Kuching

Lain pula ceritanya jika anda suka suasana bandar. Terdapat banyak bangunan dan kawasan yang menarik untuk dilawati di bandar Kuching seperti Pavilion yang merupakan bangunan tekstil Sarawak, muzium Sarawak yang mana kos masuk adalah percuma yang sangat sesuai bagi mereka yang ingin mempelajari sejarah dan juga budaya orang Sarawak, Fort Margherita yang menjadi bangunan kebanggaan zaman pemerintahan British yang dinamakan sempena nama isteri Charles Brooke dan banyak lagi tempat-tempat menarik untuk dilawati.

Begitulah beberapa tempat menarik yang boleh dilawati sekiranya anda bercuti ke Kuching, Sarawak. Ianya adalah salah satu destinasi percutian yang menarik untuk dilawati dimana anda berpeluang untuk bercuti di dalam ataupun diluar bandar pada 1 masa yang sama. Masih banyak lagi untuk diteroka oleh pengunjung. Sarawak merupakan destinasi percutian yang unik dan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dilawati

1 thought on “Tempat Menarik di Kuching Sarawak”

  1. Pingback: Tempat Menarik Di Kuching – Cahaya Purnama

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.