Khasiat Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa dara merupkan anugerah atau kurniaan Allah yang digelar sebagai “Minyak Ajaib” sejak turun temurun nenek moyang kita. Minyak ini merangkumi segala aspek termasuklah dari segi kesihatan, kecantikan, perubatan, dan juga sebagai makanan tambahan yang semulajadi. Disebabkan itulah ia merupakan satu anugerah yang akan terus kekal bersama kita untuk kita amalkan.
Minyak kelapa dara merupakan minyak yang diproses atau diekstrak daripada buah kelapa yang segar (tanpa copra) dengan cara mekanikal dan semulajadi. Bagi melindungi dan mengekalkan khasiat penting dalam minyak kelapa dara, proses untuk menghasilkan minyak kelapa dara langsung tidak melibatkan sebarang bahan kimia, juga peluntur atau proses menghilangkan bau. Dengan ini, kita akan mendapat hasil yang mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang sangat tinggi sekaligus adalah amat sesuai untuk diminum, dimakan dan disapu dan ia bukanlah sekadar minyak biasa-biasa seperti yang difahami oleh masyarakat.
Minyak kelapa dara telah dikategorikan sebagai makanan dan telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang dapat memberi pelbagai kesan yang positif kepada kesihatan penggunanya.
Anti-Penuaan Dan Perlindungan Dari Penyakit Kronik
Fakta Minyak Kelapa Dara
- Minyak kelapa dara ialah minyak yang paling berkhasiat dalam dunia. Ia juga digelar sebagai “minyak ajaib”.
- Minyak kelapa dara dikategorikan sebagai produk makanan kesihatan yang memberi banyak kesan positif kepada kesihatan.
- Menurut statistik, minyak kelapa dara adalah antara produk yang paling dikaji oleh universiti-universiti di seluruh dunia.
- Komponen ‘magik’ minyak kelapa dara ialah asid laurik dan Vitamin E.
- Kandungan lemak dalam minyak kelapa dara adalah unik kerana struktur molekular asid lemak tersebut. Asid lemak yang terkandung dalam minyak kelapa dara adalah MCFA (asid Lemak Rangkaian Sederhana), di mana ia langsung tidak memberi kesan negatif terutamanya terhadap kolestrol malah ia membantu untuk mencegah penyakit jantung.
- Kelebihan asid laurik dalam minyak kelapa dara adalah 50% daripada lemak yang terkandung dalam minyak kelapa dara terdiri daripada asid laurik yang merupakan asid lemak yang sememangnya membantu meningkatkan tahap kesihatan. Menurut kajian, asid laurik terbukti sebagai antimikrobial, antivirus dan meningkatkan sistem imun dalam tubuh kita. Asid laurik merupakan komponen dalam susu ibu yang membekalkan daya ketahanan atau daya imunisasi kepada bayi baru lahir untuk menentang penyakit
Kandungan Minyak Kelapa Dara
Karakter fizikal minyak kelapa dara adalah tidak berwarna dan mempunyai rasa dan bau yang enak. Minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi haruslah sejernih Kristal.
Berikut adalah kandungan minyak kelapa dara:
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
- Saturated fatty acid (asid lemak tepu) – Kebanyakkan adalah MCT (Triglycerides Rangkaian Sederhana) yang akan melalui proses penghadaman dengan baik. Asid laurik adalah penyumbang utama dengan lebih 40% dan selebihnya adalah Asid Kaprik, Asid Kaprik, Asid Myristik dan Palmitik
- Asid Lemak Poli Tidak Tepu : Asid Linoleic – Asid lemak yang penting ini kesemuanya adalah Omega-3, Omega-6, Omega-9 dan asid lemak methylene-interrupted.
- Asid Lemak Mono Tidak Tepu : Asid Oleic – Ini dapat membantu mengurangkan kadar kolestrol di dalam darah dan secara langsung dapat mencegah daripada penyakit jantung dan strok. Ia juga membekalkan nutrien yang membantu untuk mengekalkan dan merangsang sel dalam tubuh.
- Poly-phenols : Asid Galik iaitu Asid phenolik – Poly-phenols adalah kandungan yang menghasilkan aroma dan rasa minyak kelapa dara
- Vitamin E, Vitamin K dan mineral seperti zat besi – Vitamin E amat penting untuk sel dan kulit kita kerana:
- Mengandungi antioksidan
- Membantu untuk menjana fungsi vitamin A
- Merawat kebanyakan penyakit kulit
- Mengekalkan kesimbangan kulit
- Merupakan elemen anti-penuaan dengan membekalkan kelembapan kepada sel dan kulit
Kebaikan Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa dara mempunyai banyak kebaikan, antaranya adalah:
- Anti-penuaan
- Menyiembangkan badan sekaligus mendapat berat badan yang ideal
- Meningkatkan kadar metabolisme pada seluruh badan
- Membunuh organisma perosak seperti virus, bacteria, kulat dan protozoa(cacing)
- Mengurangkan keadaan mudah lapar
- Mengurangkan kandungan lemak badan
- Melindungi tubuh daripada serangan kanser
- Menghasilkan tenaga segera
- Memperbaiki hubungan suami isteri dan juga sebagai pelincir
- Mengurangkan risiko serangan jantung dan darah tinggi
- Mempercepatkan penggantian sel-sel mati dengan yang baru
- Melembut dan mengurangkankan kekeringan dan kekenduran kulit
- Mengatasi masalah monopaus
- Meningkatkan kesuburan
- Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil
- Melegakan pernafasan
- Melembapkan dan menggebukan kulit
Cara Pemakanan & Pengambilan
Berikut adalah cara pengambilan produk ini:
- Boleh digunakan untuk dalaman dan luaran
- Titiskan 10 – 15 titis untuk sesiapa yang tidak menghidap penyakit di bawah lidah, kumuhkan dan telan, 2 kali sehari
- Titiskan 15 – 20 titis untuk sesiapa yang menghidap penyakit di bawah lidah, kumuhkan dan telan, 3 kali sehari
- Untuk kanak-kanak atau bayi, titiskan 3 – 5 titis atau masukkan ke dalam susu mereka
- Banyak minum air selapas mengambil produk ini
- Jangan simpan di dalam peti ais.
Berminat Boleh Tempah Sekarang !!
Anda boleh menempah atau memborong untuk meniaga produk Minyak Kelapa Dara secara online, dan kami akan menghantar produk tersebut kepada anda melalui pos dalam 2-3 hari bekerja.
Anda boleh menempah seberapa banyak kuantiti yang di perlukan. Isi borang pesanan dan buat bayaran melalui online atau CDM dan kami akan menghantar kepada anda secepat mungkin.
En. Tarmizi : 010-5116990