php hit counter

Tak Perlu Bakat Pun

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Tak Perlu Bakat Pun

Bakat sahaja tidak memadai. Berapa ramai orang yang berbakat tetapi tidak pandai menguruskan bakatnya. Berapa ramai juga orang yang penat dan lelah mengasah dan mengembangkan bakat yang tidak penting. Malah ramai juga manusia yang menyanjung tinggi bakat yang dimiliki insan lain yang sebenarnya tidak mengandungi apa-apa erti pada nilaian Allah.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Tetapi sedarkah kita, terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan tanpa bakat? Islam sebagai cara hidup mengajar kita banyak perkara positif yang perlu diserapkan dalam kehidupan harian kita. Antara perkara yang tidak memerlukan bakat bagi melakukannya seperti menuruti segala perintah Allah dan begitu juga meninggalkan segala laranganNya. Semua ini tidak perlu dipersoalkan sama ada kita mempunyai bakat atau tidak. Apa yang diperlukan hanya ilmu dan mahu.

Jadi untuk menjadi manusia yang hebat, memadai berilmu dan mahu mengamalkan ilmu tersebut.

Tidak perlu difokuskan perhatian dan tumpuan kepada mencari bakat yang lain daripada yang lain dan bersusah payah mengasahnya pula.

Begitu juga solat Subuh. Perlukah bakat untuk mampu bangun? Jawapannya tidak! Jika jiwa masih belum mampu mematahkan segala halangan untuk bangun solat Subuh, galilah fadilat bangun awal dan solat Subuh, seterusnya gunakan kuasa mahu untuk merealisasikannya. Semoga keberkatan awal pagi mengiringi jam-jam berikutnya dalam diari seorang Mukmin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.