Anda mesti meletakkan dalam minda bahawa pembaca hanya akan terus membaca artikel yang menarik. Artikel yang membosankan sering “dibakulsampahkan” oleh penerbit. Antara tip menghasilkan artikel yang menarik ialah:
• Judul yang relevan dan berkait dengan isi.
• Ringkas, singkat dan provokatif supaya mengundang rasa ingin tahu.
• Terbitnya bertepatan dengan masa.
• Ada lead atau intro atau entry point untuk masuk dalam tulisan dan memancing rasa ingin tahu pembaca. Lead boleh berbentuk petikan lagu, pantun, ayat al-Quran, hadis, ucapan tokoh atau berita.
• Data atau statistik yang tepat, bukan anggaran atau agakan.
• Buat kajian (R dan D) sendiri sama ada daripada data primer atau sekunder.
• Ada solusi atau penyelesaian dan tidak tergantung (suspend).
• Mengutarakan sudut pandangan yang berbeza atau unik (anti-suggestion) seperti menonggak arus.
Bagaimana Menerbitkan Tulisan Anda?
Penulis sering memberitahu, “Menyimpan karya yang baik seperti menyimpan masakan yang enak.” Apabila sejuk, nikmat rasanya akan hilang. Jadi, bagaimana menerbitkan tulisan anda?
• Hantar kepada penerbit buletin, majalah, tabloid, akhbar, stesen radio, televisyen dan sebagainya.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
• Hantar kepada penerbit buku. Mengisi blog, laman web, Facebook dan sebagainya.
• Menerbitkan dan mengedarkan sendiri secara kecil-kecilan.
• Menubuhkan syarikat penerbitan sendiri.
• Berganding dengan penulis ternama.
• Menyertai pertandingan penulisan.
• Mohon menjadi kolumnis dalam majalah.
Tip Menerbitkan Tulisan Anda
• Hantar rencana yang terbaik untuk menaikkan moral anda.
• Sesuaikan dengan tema kolum yang anda pilih.
• Sesuaikan dengan ruang yang ada (bilangan perkataan atau karakter).
• Edit tulisan anda 3-4 kali. Rencana ini saya edit tiga kali sebelum saya hantar kepada editor majalah Solusi.
• Sanggup bersifat “kejam” dengan memotong tulisan yang tidak sesuai atau tidak perlu (kill your darling).
• Hantar dalam naskhah yang sempurna.
• Softcopy: CD, e-mel, pen drive.
• Hardcopy: Font, spacing, kertas yang bersih, cover letter dan pengeposan.
• Hantar biodata anda yang menarik termasuk gambar foto, kelulusan anda dan kejayaan (track record) anda dalam bidang penulisan.
• Tuliskan nama, alamat, nombor telefon rumah atau pejabat, nombor telefon bimbit dan e-mel dengan sempurna.
• Kirim lebih daripada satu rencana.
• Jangan sekali-kali kecewa menghantar rencana.