Rokok tanpa asap yang dikeluarkan oleh Japan Tobacco Inc. merupakan teknologi baru yang memberi idea baru kepada perokok tegar. Bagi mereka merokok boleh mencuba Zerostyle ini, namun sayangnya rokok ini belum menumbusi pasaran dunia dan hanya dalam pasaran jepun kerana beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan. Pelancaran Zerostyle ini diumumkan pada tahun 2010.
Zerostyle Mint ini adalah gaya tembakau baru. Produk ini tidak memerlukan api dan tanpa asap. Pengguna boleh menggunakannya dimana sahaja tanpa risau orang disekeliling kerana rokok ini tidak mengeluarkan asap seperti rokok biasa.
Komponen Produk
Sebagai produk tembakau yang konvensional adalah agak baru kepada pengguna Jepun, reka bentuk Zerostyle ini telah dibangunkan menggunakan kartrij yang boleh diganti. Katrij tersebut mengandungi daun tembakau. Produk ini dilengkapi dengan sebuah penerbitan tirus dan topi tanggal serta pengguna boleh menggunakan produk ini selama kira-kira setengah hingga satu hari untuk satu katrij.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Perisa
Zerostyle merupakan teknologi yang boleh mengawal lairan udara melalui produk tersebut serta daun tembakau dan gabungan perisa. Produk ini menggabungkan bau pudina yang segar dan manis dengan aroma dan rasa tembakau yang boleh digunakan tanpa menggunakan api.
Zerostyle inbi juga mempunyai dua implikasi termasuk konsep tanpa asap dan gaya yang baru. imej prosuk ini menunjukkan bentuk yang lebih inovatif dan kepenggunaan dengan idea yang baru. Untuk memenuhi keperluan pengguna, Japan Tobacco Inc. komited untuk terus memperkukuhkan portfolio produknya, termasuk pembangunan produk tembakau baru serta peningkatan rasa produk.
Japan Tobacco merupakan syarikat produk tembakau antarabangsa terkemuka. Ia memasarkan jenama rokok diiktiraf di peringkat antarabangsa termasuk Winston, Camel, Mild Seven dan Benson & Hedges. Dengan operasi pelbagai, syarikat ini juga aktif di dalma ubat-ubatan dan makanan.