Pelakon Bolywood, Kajol tidak mempercayai teknik pembedahan plastik untuk kecantikan diri malah,beliau mengamalkan diet pemakanan yang seimbang serta senaman sebagai rutin harian.
Akibatnya, Kajol berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18kg dalam masa beberapa bulan sahaja.Isteri kepada Ajay Devgan dan ibu kepada dua anak ini juga tidak suka akan makanan yang direbus.
“Saya tidak percaya dengan pendapat makan makanan rebus akan mencantikkan badan kita.Apa yang cantiknya sekiranya semua vitamin sudah tiada.Saya percaya pengambilan sukatan jumlah makanan dan vitamin yang seimbang dan cukup untuk keperluan tubuh badan adalah yang terbaik”,kata Kajol.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Pelakon dalam filem Kuch Kuch Hota Hai ini juga mengambil khidmat seorang jurulatih selebriti,Shereveer Vakil .
Vakil memuji Kajol yang sangat disiplin dari segi pemakannan dan senaman.
“Kajol bersenam selama 90 minit setiap hari tanpa jemu dengan pengambilan daging putih dan salad yang yang digaul dengan minyak zaiton”
“Saya mesti minum air dan bersenam sebaik saja bangun.Saya juga tidak pernah tinggalkan sarapan pagi.Cuma saya makan sedikit sahaja,kebiasaaannya buah betik.Saya sentiasa mengelak makanan berminyak dan mengamalkan makankacang almond untuk sentiasa kenyang.Tambahnya lagi, buat apa kurus tapi badan tidak sihat,tiada stamina dan tidak fituntuk melakukan aktiviti harian?Selain bersenam saya juga menari.Saya banyak menyertai kelas tarian barat kerana dapat mengeluarkan peluh dengan cepat”, kata Kajol lagi.