Kebaikan Susu C2Joy
Selamat sejahtera semua, kalau anda berada di artikel ini, bermakna anda sudah tentu mempunyai masalah-masalah tersebut antaranya ialah loktose intolerance (mempunyai alahan kepada produk tenusu), sering sakit sendi, kencing atau buang air besar tidak lawas, kurang selera makan, hormon tidak teratur seperti penuaan, kulit kusam, rambut gugur dan seumpamanya ataupun anda sebenarnya sedang mencari jawapan kepada persoalan diet tambahan yang sihat dan selamat. Sekiranya benar, maka anda berada di tempat yang betul.
Hari ini, kami perkenalkan satu produk tenusu berbentuk organik yang bagus untuk diamalkan oleh seisi keluarga, iaitu susu C2JOY. Anda pernah baca atau dengar tak pasal C2JOY ni? Ha, kalau biasa ke klinik terutamanya mereka yang mengalami gastrik, biasanya klinik akan bekalkan susu C2JOY ini lah kepada semua. Yang sebenarnya susu ini mempunyai lebih daripada 1 fungsi, bukan sekadar untuk kurangkan keradangan disebabkan oleh gastrik sahaja, malah ianya juga turut membantu dalam melancarkan salur pencernaan, meningkat imunisasi, mengurangkan keradangan perut dan salur pencernaan dan banyak lagi yang bakal kami ceritakan satu demi satu khas untuk anda semua.
Mari kita berkenalan dahulu dengan produk susu C2JOY ini. Apakah susu C2JOY? Susu C2JOY adalah susu berasaskan kolostrum lembu yang diesktrak secara semulajadi tanpa bahan pengawet untuk diamalkan oleh semua peringkat umur dalam menangani pelbagai masalah kesihatan baik luaran mahupun dalaman. Benarkah 1 produk tenusu dapat meningkatkan kualiti kesihatan kita? Betul, susu C2JOY adalah diperoleh daripada kolostrum lembu yang berkualiti dari New Zealand, mendapat kelulusan daripada pakar pemakanan di Amerika dan lagi hebat, ianya dihasilkan di Malaysia dan kini dieksport keluar negara. Susu C2JOY mengandungi bahan-bahan susu serbuk, kolostrum daripada lembu, Trucal D7 (Kalsium berprotein tingg), immunoglobin dan juga vitamin yang tinggi dan kaya dengan antioksida. Ianya dikategorikan sebagai minuman sebagai diet tambahan. Apabila ianya kategori minuman, jadi kita sedia maklum yang ini bukan ubat mahupun suplemen, ini minuman yang sihat, produk makanan tanpa bahan pengawet.
Ramuan utama yang dibekalkan iaitu kolostrum adalah bahan asli yang tidak dicampur pewarna, pengawet mahupun bahan kimia ataupun ubatan yang merbahaya kerana zat nya adalah daripada zat asli, jadi kenapa nak bazirkan wang dan masa anda melabur dengan produk bahan kimia yang belum tentu sesuai dengan sistem pencernaan anda? Kenapa tidak yakin dengan produk organik yang sihat lagi selamat ini? Tepuk dada tanya diri sendiri, mungkin ramai yang tak ambil peduli, tetapi susu C2JOY ini adalah diiktiraf oleh pengamal perubatan malah ada pakar kesihatan yang menyarankan pengamalan susu C2JOY dalam diet harian.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Kalsium yang dibekalkan oleh kolostrum susu C2JOY ini mengandungi komposisi kalsium yang tinggi sebanyak 99.5% dimana ianya menyamai komposisi kalsium tulang manusia, sekaligus meningkatkan potensinya untuk membekalkan kesihatan yang baik kepada pengamalnya dengan jaminan kelancaran sistem pencernaan, menstabilkan hormon dan juga sistem sirkulas ibadan termasuklah fungsi jantung, limpa dan juga buah pinggang. Selain itu, ianya juga adalah selamat diamalkan oleh mereka yang mempunyai alahan terhadap produk tenusu. Kadang-kala alahan yang berlaku mungkin disebabkan anda alahan dengan bahan kimia, bagi pengamal susu C2JOY, kini anda tidak adalah lagi dengan produk tenusu kerana susu C2JOY adalah bersifat semulajadi. Kandungan kolostrum yang tinggi di dalam susu C2JOY adalah sangat berkesan untuk merawat, mencegah dan mengurangkan simptom kesakitan sendi, keradangan luar dan jug dalaman, menguatkan pembentukan tulang serta meningkatkan tahap imunisasi dengan membekalkan vitamin A, B6, B12, C dan juga E yang tinggi dengan antioksida berperanan membekalkan tenaga yang berpanjangan dissamping mengurangkan risiko kanser dan penyakit kardiovaskular termasuklah juga penyakit jantung yang merupakan musuh nombor 1 rakyat Malaysia.
Bagi mengekalkan kesihatan yang optimum, anda digalakkan untuk mengamalkan sekurang-kurangnya 1 hingga 2 sachet sehari. Ya, betul! Susu C2JOY adalah didatangi dalam bentuk sachet yang mana anda boleh bantu dan minum mengikut kehendak anda samada dalam keadaan sejuk mahupun panas. Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan, jangan risau lagi, susu C2Joy juga boleh diamalkan disamping anda menjalani aktiviti harian yang sihat seperti beriadah untuk mengurangkan berat badan, fungsinya adalah untuk membekalkan tenaga dan juga membantu melancarkan sistem peredaran darah di dalam badan untuk membakar lemak dengan lebih sempurna dan sekata. Cukup dengan mengamalkan 1 sachet sebelum makan pada waktu pagi ataupun sebelum tidur malam.
Lihatlah betapa pentingnya fungsi kalsium dan protein dalam menjamin kesihatan yang berpanjangan. Tanpa kalsium yang cukup, bukan sahaja otot dan tulang akan lemah malah seluruh sistem sirkulasi badan akan lemah. Oleh itu, susu C2JOY adalah pilihan yang bijak dan terbaik untuk semua peringkat umur. Betul, bukan sahaja wanita malah lelaki baik muda mahupun yang tua adalah sangat sesuai untuk mengamalkan susu C2JOY. Selain kalsium dan protein, kolostrum juga mempunyai faktor imunisasi yang tinggi dalam menjaga keseimbangan sistem imunisasi badan. Apabila usia kian meningkat, hormon bakal kurang aktif dan ianya menyebabkan tubuh badan mudah mendapat jangkitan penyakit, dengan pengamalan susu C2JOY, tidak lagi kerana inya dapat membantu meningkatkan imunisasi dan memberi keseimbangan kepada rembesan hormon agar dapat membantu menstabilkan tahap imunisasi kepada tubuh badan. Jangan ragu-ragu lagi, bukan sahaja terbukti berkesan malah produk susu C2JOY juga adalah dikenali ramai sebagai produk berasaskan bahan organik yang selamat dan sihat.