Menurut Kamus Dewan edisi- 4, buli didefinisikan sebagai perbuatan mendera, mempermainkan seseorang. Secara umumnya, buli turut di definisikan sebagi perbuatan negetif oleh seseorang yang lebih kuat kepada mereka yang lemah.
Perbuatan ini dilakukan secara berulang kali keatas mangsa dengan tujuan memdatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Pembulian menjadi semakin sinonim di kalangan masyarakat tempatan. Terutamanya di kalangan kanak-kanak. Kes pembulian ini berlaku ditadika , sekolah dan juga di rumah. Tanpa mengira masa, statistik kes pembulian yang dilaporkan kini mencecah 1000 kes setiap hari. Jumlah itu tidak termasuk jumlah kes yang tidak dilaporkan.
Terdapat juga kes bunuh diri yang disebabkan oleh pembulian. Pembulian pada asasnya menyebabkan seseorang itu hilang minat untuk berseronok dalam hidup selain mencetuskan sifat kemurungan dalam diri.
Antara tanda-tanda berubahan tingkah laku yang boleh diperhatika dalam diri mereka :-
1. Kehilangan duit belanja
2. Enggan ke sekolah
3. Pencapaian akedemik yang lemah
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
4. Sering mendapat mimpi ngeri
5. Sering mendiamkan diri
6. Hilang selera makan
7. Hilang minat/kegairahan untuk melakukan sesuatu hobi
8. Membuli adik kecil atau budak-budak yang lebih lemah
Antara cara untuk mengatasi masalah ini pula adalah dengan :-
1. Cuba menjadi akrab atau rapat dengan mereka.
2. Tanya tentang apa-apa yang terjadi di sekolah menggunakan pendekatan yang perlahan dan penuh kasih sayang, agar mereka tidak takut untuk tampil jujur tentang apa-apa peristiwa yang mungkin berlaku.
3. Membuat temujanji dengan kauselor agar mereka dapat menolong anak anda melalui sesi kaunseling.
4. Berbincang dengan guru sekolah/tadika agar mereka lebih berwaspada dengan persekitaran anak anda.
5. Ambil hati mereka dengan melancong atau meluangkan masa bersama-sama rakan karib mereka.
6. Cari alternatif agar anak anda dapat didedahkan pada dunia yang berkaitan dengan minat mereka seperti Kidzania, pusat-pusat tuition yang berkaitan minat mereka dan sebagainya.
7. Sekiranya masalah masih berlanjutan, maka tukarkan sekolah mereka agar dapat melalui persekitaran yang lebih harmoni.
Anda pernah di buli ? kongikan kepada kami.
thaks..
I all the time used too read paragraph in news papers but
now as I am a user of net thus from now I am using net for
posts, thanks to web.