‘Subhanallah al-azim wa bihamdih, maka akan ditanamkan baginya pokok kurma di syurga.” Begitu juga riwayat Ibn Majah daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca
‘Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar‘), akan ditanamkan baginya sebatang pokok di syurga.” Menurut ramai ulama, makna zikir di sini bukanlah terbatas pada aktiviti lisan sahaja. Namun ia meliputi pelbagai ibadahyang dilakukan manusia termasuk aktiviti menuntut ilmu. Berkata Said bin Jubair, seorang pakar tafsir dalam kalangan tabiin di Makkah: “Zikir adalah dengan mentaati segala perintah Allah. Sesiapa yang tidak taat kepada Allah, maka ia tidak dikira berzikir meskipun ia memperbanyak tasbih, tahlil dan bacaan al-Quran.” Tokoh tabiin yang lain, bemama ‘Ata’ bin Abi Rabah berkata: “Majlis zikir ialah majlis halal dan haram, bagaimana berjual beli, solat, puasa, kahwin, cerai, haji dan yang seumpamanya.” Wangian daripada Pelbagai Minyak Wangi Abu Hazim Salah bin Dinar berkata: “Barang-barang akhirat pada saat ini sedang murah. Pada suatu hari nanti, barang-barang ini akan menjadi sangat mahal dan tidak mampu dibeli.” Benar ucapan beliau. Selama mana nyawa masih dikandung badan, sungguh mudah membangunkan rumah idaman anda di syurga. Ia tidak memenukan pembiayaan yang banyak. Dengan hanya mengucap tasbih dan tahlil, kita telah menanam pokok di taman-taman syurga abad. Oleh sebab itu, orang yang berakal tidak akan melepaskan kesempatan yang sangat besar ini. Mereka akan berusaha untuk membangunkan kediaman mereka di syurga dengan seindah- indahnya. Yakni, dengan memperbanyak melakukan ibadah sunnah dan zikir setiap masa. Salah seorang tokoh tabiin yang memiliki kisah yang sangat indah dengan zikir ialah Abdullah bin Ghalib di Kufah. Imam Ahmad meriwayatkan dalam kitab al-Zuhd bahawa Abdullah tidak pernah berhenti menyebut nama Allah s.w.t. dalam setiap keadaan. Walaupun sedang dalam perbincangan dengan seseorang, beliau tetap tidak menghentikan zikirnya. Sa’id bin Zaid berkata: “Ketika Abdullah bin Ghalib terbunuh, kami meletakkannya di dalam kubur lalu menanamnya. Tiba-
tiba keluar dari tanah kuburannya wangian daripada pelbagai minyak wangi.” Malik bin Dinar berkata: “Aku pergi mengambil sebahagian daripada tanah itu lalu meletakkannya di dalam kantung.
Aku terus-menerus mencium bau wangi tersebut meskipun selepas beberapa hari.” Indahkan Rumah di Akhirat Saya selalu berpesan: “Jangan meninggal dunia sebelum kita pasti rumah yang akan kita diami di akhirat benar-benar selesa
untuk kita tinggal. Sebab kehidupan akhirat kekal abadi. Jika rumah akhirat itu tidak selesa untuk kita, maka kita akan hidup kekal dalam ketidakselesaan.” Untuk itu, marilah kita memperbanyak ibadah sunnah dan zikir. Setiap kali mengucapkan tasbih, pada hakikatnya, kita sedang menanam sebuah pokok di taman syurga. Semakin banyak zikir yang kita ucapkan, semakin hijau dan rendang taman-taman tersebut. Semoga Allah meringankan lidah-lidah kita untuk berziKir’ menyebut namanya agar semakin indah dan hijau kediaman kita di syurga abadi kelak. Amin ya Rab al-‘alamin.