قال الله تعالى :
وَإِذْ قُلْتُمْ يَامُوسَى لَنْ نَصْبِرَ عَلَى طَعَامٍ وَاحِدٍ فَادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُخْرِجْ لَنَا مِمَّا تُنْبِتُ الْأَرْضُ مِنْ بَقْلِهَا وَقِثَّائِهَا وَفُومِهَا وَعَدَسِهَا
وَبَصَلِهَا قَالَ أَتَسْتَبْدِلُونَ الَّذِي هُوَ أَدْنَى بِالَّذِي هُوَ خَيْرٌ اهْبِطُوا مِصْرًا فَإِنَّ لَكُمْ مَا سَأَلْتُمْ
Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya”. Nabi Musa menjawab: “Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu”.
Makanan yang mana bani Israel tidak bersabar dengannya lalu mereka memohon kepada Allah agar menukarkan dengan makanan lain sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Allah Taala di dalam Al Quran Al Karim iaitu “Al Mann” dan “As salwa”. Al Mann merupakan salah satu jenis madu seperti madu lebah manakala As salwa pula merupakan sejenis burung seperti burung puyuh.
Orang Israel telah meminta agar dikurniakan sayur-sayuran, mentimun, bawang putih, adas (kacang dal) serta bawang merah, Allah menggambarkan dengan lisan Nabi Allah Musa a.s dengan makanan yang diminta itu merupakan makanan yang lebih rendah darjatnya dari yang telah dikurniakan kepada mereka sebelum ini iaitu makanan yang telah dipilih oleh Allah taala yang lebih baik dari apa yang diminta.
Berkata ahli tafsir di dalam titik perselisihan ini, “Sesungguhnya ‘Al Mann’ dan ‘As salwa’ merupakan pilihan dari Allah Taala, ianya amat baik daripada apa yang diminta oleh bani Israel sebagai ganti, kerana barang yang seumpamanya itu tidak boleh tidak mestilah lebih rendah darinya.
Maka sesungguhnya benarlah apa yang telah nyatakan oleh ahli tafsir kerana Allah taala adalah ‘Mantiqul salim’. Tetapi kita mestilah cari apakah kebaikan atau kelebihan makanan yang telah dipilih oleh Allah Taala iaitu ‘Al Mann’ dan ‘As salwa’ dari makanan yang rendah darjatnya yang dipilih sendiri oleh mereka.
Asas sesuatu makanan yang diperlukan serta membina tubuh badan dan menjaga kehidupan agar menjadi cergas dari segi mental dan fizikal ialah produk yang perlu ada dari dua unsur iaitu protien dan tenaga (energy). Benar!! walaupun di sana ada dua unsur lain yang penting iaitu vitamin dan garam galian tetapi disebabkan bidang yang sempit untuk penafsiran yang teliti maka kita hanya tahu mengenai permakanan itu setakat nilai atau quantiti dan jenis sahaja yang terkandung di dalam protien dan tenaga (energy) sebagaimana yang diperkatakan oleh ilmu sains.
Walaupun tidak disebut secara terperinci dari segi ilmiahnya, kita tahu tentang kelebihan antara makanan yang mengeluarkan tenaga (energy) iaitu terdiri dari yang mudah hadam, mudah dihisap, sedikit risikonya terhadap anggota penghadaman dan penyerapan, banyak kelebihannya untuk jentera penyerapan makanan dalam badan dan tidak menyebabkan kegemukan yang melampau atau saluran nadi kurang berfungsi dan sebagainya.
Manakala kelebihan makanan yang mengeluarkan protien pula terdiri dari quantiti yang cukup dan seimbang dari sudut asid amino (asid organik yang terdapat dalam protien) merupakan quantiti seimbang yang mempunyai nilai yang tinggi bagi protien. Empirkal yang disepakati bahawa asid amino ini adalah penting.
Para mufassirin telah menggambarkan bahawa ‘al mann’ merupakan salah satu dari jenis madu seperti madu lebah yang dikeluarkan atau diambil dari tumbuhan di bumi. Bani Israel telah mendapatinya dari titisan di waktu pagi. Manakala ‘as salwa’ pula merupakan sejenis burung yang ma’ruf (seperti burung puyuh). Jelas ! penafsiran dari nas Al Quran ini menunjukan ‘al mann’ merupakan sejenis madu yang sumbernya dari binatang melata seperti lebah ataupun apa jua jenis binatang yang meninggalkannya di daun-daun atau dahan-dahan pokok. Kemungkinan kita boleh ambil istifadah dari kata-kata mereka di dalam surah al baqarah:61
( فَادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُخْرِجْ لَنَا مِمَّا تُنْبِتُ الْأَرْض )
Menunjukkan apa yang dimakan oleh Bani Israel bukanlah dari jenis tumbuhan.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Kalau kita amati dengan teliti kelebihan kejadian makanan iaitu antara ‘al mann’ dan ‘as salwa’ kita dapati ‘al mann’ satu unsur yang sama dengan tenaga (energy) dan ini jelas menunjukan bahawa ia mempunyai nilai yang tinggi dari sudut tenaga (energy) kerana ia terdiri dari kandungan gula yang mudah dihadam, mudah disedut.
Gula ini terdiri dari dua unsur iaitu glukos dan fructuse Ia merupakan asas bagi setiap jenis gula dan ia juga mempunyai kandungan gula yang boleh menukarkannya kepada semua jenis tenaga (energy) selepas melakukan pergerakan atau kerja harian dalam tubuh badan. Sekiranya kita mengambil pemakanan ini, ia boleh mengurangkan keletihan tubuh badan serta menjauhkan apa yang biasanya boleh dihabiskan apabila mengambil makanan yang lain.
Manakala ‘as salwa’ pula mempunyai unsur protien dari binatang. Ia terdiri dari kandungan asid amino yang agak baik. Dua jenis makanan ini merupakan makanan yang mempunyai nilai yang tinggi dari makanan yang lain di sudut protien dan tenaga (energy).
Lima jenis makanan yang disebut oleh bani Israel iaitu sayur-sayuran(البقل) : merupakan tumbuhan yang tidak mempunyai dahan seperti gargil, bakdunis atau seumpamanya terdiri dari jenis sayuran berdaun, mentimun (القثاء): merupakan jenis tumbuhan yang ma’ruf, bawang putih (الفوم): pandangan yang paling rajih ialah gandum, adas (العدس)(kacang dal) serta bawang merah (البصل): merupakan makanan yang dimaklumi bersama.
Lima jenis makanan ini merupakan jenis dari tumbuhan, kemungkinan ia merupakan jenis yang terbaik dari jenis tumbuhan. Tumbuhan ini mempunyai dua bahagian: pertamanya, tumbuhan yang terangkum pada lima bahagian yang berbeza iaitu :
1- Sayuran berdaun seperti terdapat dalam ayat di atas (البقل).
2- Buah-buahan hijau seperti labu, tembikai, syamam dan timun serta seperti terdapat dalam ayat di atas (القثاء)
3- Bijian seperti gandum, padi, oat dan sebagainya serta seperti terdapat dalam ayat di atas (الفوم)
4- Tumbuhan melata seperti terdapat dalam ayat di atas (العدس) iaitu kacang dal, kacang panjang, dan sebagainya.
5- Sayuran perahan seperti terdapat dalam ayat di atas (البصل) iaitu bawang merah, bawang putih dan sebagainya.
Keduanya, kita lihat pada makanan dari tumbuhan yang terdiri dari sumber-sumber untuk permakanan. Ia terdiri dari enam bahagian:
1- Sumber sabutseperti bawang merah.
2- Sumber kanji seperti gandum.
3- Sumber protein seperti kacang dal (adas).
4- Sumber vitamin dan mineral seperti mentimun.
5- Sumber yang diperolehi dari makanan dan bau seperti bawang.
6- Sumber minyak seperti biji kapas, ia merupakan bijian yang tidak boleh dimakan tetapi apabila dihancurkan ia memberi faedah secara tidak lansung seperti sisa dari kapas.
Dari sudut yang lain pula, lima jenis makanan tadi terkandung di dalamnya sumber protien dan tenaga (energy). Di sudut tenaga (energy), terdapat padanya samada dari sumber kanji seperti gandum dan bawang atau sumber sabut seperti tumbuhan, mentimun dan bawang.
Ianya merupakan makanan yang payah dihadam serta kurang khasiat. Manakala protien pula terdapat pada makanan seperti adas (kacang dal), gandum dan sayuran berdaun yang merupakan sedikit nilainya kerana di dalamnya kurang kandungan kemasaman dan kandungan asid amino adalah kurang, ia boleh memberi kesan kepada persimbangan di antaranya dengan apa yang menjadikannya nilai yang rendah di dalam tumbesaran tubuh badan.
Lalu menggantikannya dengan makanan yang bukan dari tumbuhan seperti daging yang bersifat umum, yang paling baik adalah daging burung dan lebih baik lagi spesis burung ‘as salwa’.
Inilah yang dapat kita lihat sekarang ini, sesungguhnya ilmu dapat menyingkap kepada kita tentang apa yang tersurat dan apa yang tersirat di dalam kitab Allah yang dapat dilihat seperti alam ini iaitu kejadian Allah Taala, juga di dalam kitab Allah yang tertulis iaitu Al Quran pada keistimewaan keterangannya yang mana dijamin oleh Allah kebenaran dan keterangannya selamanya. Wallahu alam.
bagi informasi yang lebih terang boley x?
apakah kepentingan makan makanan berkhasiat?
banyak kepntingan nya, disamping sihat tubuh badan panjang umur, dan melambatkan proses penuan
Makanana sunnah rasulullah juga makan yang terbaik
apa maksud makanan berkhasiat?
good blog