php hit counter

Hiburan Islam

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

HIBURAN SEJATI : Bagaimana memilikinya?

Syarat bagi ketenangan hati ialah keperluan asasinya diisi oleh sesuatu  iaitu iman. Orang yang beriman akan mendapat kepuasan dengan hiburan yang bertapak dihatinya.

Sekuat mana pun jiwa, fikiran dan fizikal seorang manusia, ada masanya akan tergugat juga dengan ujian hidup. Manusia tetap lemah, ia perlukan kerehatan dan ketenangan. Bukan hanya kerehatan badan, tetapi juga kerehatan jiwa dan fikiran.

Bayangkan kalau badan dibanting dengan kerja berat tanpa rehat apa akan jadi? Begitulah manusia kalau dihimpit oleh ujian-ujian hidup tanpa hiburan. Resahlah jiwa dan kusutlah fikirannya. Untuk berhibur, manusia melakukan berbagai cara. Tetapi kerap berlaku, apa yang dicari dan ditemui bukanlah hiburan sejati. Hiburan sejati bertapak di hati. Inilah hiburan yang hakiki. Hiburan sejati menjadi ubat kepada diri. Kesan sembuhannya berpanjangan.

Sifatnya menenangkan dan membahagiakan. Ia bertunjang pada realiti. Sekiranya ada masalah, hiburan sejati akan menyelesaikan bukan melupakannya. Sebaliknya hiburan palsu bertapak pada nafsu. Ia bertentangan dengan fitrah manusia. Sifatnya bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah tetapi menambah masalah yang sedia ada. Ia melalaikan dan mempesonakan buat sementara. Selepas itu kesusahan akan timbul semula.

Betapa ramai manusia yang masih gelisah dengan apa yang dikatakan ‘hiburan’ termasuk para penghibur itu sendiri. Di dunia sekarang ini para penghiburlah yang paling tidak terhibur. Tanpa perlu membuat kajian dan penyelidikan pun, kita boleh menyenaraikan nama para penghibur terutama artis-artis Barat yang terlibat dengan dadah, krisis rumahtangga, AIDS, sakit jiwa dan bunuh diri. Hiburan yang sejati berpunca dari hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati ialah keperluan asasinya diisi iaitu iman. Orang yang beriman akan mendapat kepuasan dengan hiburan yang bertapak dihati. Ertinya, jika hati benar-benar disuburkan dengan iman, ia akan terhibur dari dalam hati.

Oleh itu orang yang beriman akan mendapat hiburan dengan ;

1. Berhubung Dengan Allah.

Dengan mendengar laungan azan hati mereka mampu terhibur.

Sabda rasulullah s.a.w. : ” wahai Bilal, tenangkan kami dengan azanmu.”

Hanya dengan sembahyang, hati orang yang bertaqwa sudah terhibur sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. : “Sejuk mataku di dunia dengan solat.” Hati muttaqin terhibur dengan sembahyangnya kerana mereka merasa seolah-olah sedang berbisik-bisik, bermesra, mengadu dan merintih dengan kekasih hatinya. Ah..siapa pula yang tidak merasa terhibur kalau sudah bersama kekasih?

 2. Melaksanakan Perintah Allah.

Apabila melaksanakan perintah Allah, mereka terhibur kerana merasakan perintah itu datangnya dari kekasih hati. Kalau yang menyuruh adalah kekasih, apa lagi yang ingin disusah-susahkan? Kalau sudah cinta, lautan api sanggup diduga. Puncak Himalaya sanggup didaki. Mereka rasa seronok dengan ibadah. Orang yang tidak tahu menyangka mereka menderita tetapi sebenarnya mereka bahagia.

3. Bergaul Dengan Manusia Orang yang telah mendapat hibuan sejati, tenang sikapnya.

Bila bergaul dengan manusia, mereka terhibur dan menghiburkan. Kasih sayang terpancar pada wajah, sikap dan tutur katanya.Bagi orang beriman, kasih sayang dalam pergaulan memberi hiburan yang sangat bernilai. Dia menyayangi dan disayangi. Sebaliknya, manusia yang tidak mendapat hiburan sejati menjadi seorang pemarah, pendendam, emosional dan kesunyian. Mereka tidak terhibur dan tidak dapat menghiburkan. Dalam pergaulan, mereka selalu menyakiti orang lain kerana cuba mendapatkan ‘hiburan’ dengan melepaskan keresahan yang terbuku dihatinya.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

4. Menerima Ketentuan Hidup Dari Allah

Orang mukmin juga rasa terhibur dengan warna kehidupan yan dicorakkan oleh Allah. Hatinya sentiasa bersangka baik dengan Allah, membuatkannya tidak pernah merasa resah. Apabila diberi nikmat, mereka terhibur lalu mereka bersyukur. Diberi kesusahan mereka juga terhibur lalu mereka bersabar. Bila sakit, terasa diberi keampunan. Hanya badan yang sakit, tetapi hati tetap kuat dan sihat untuk mengingati Allah. Bila sihat, terasa diberi rahmat.

 5. Melihat Ciptaan Allah

Orang yang beriman juga akan terhibur dengan melihat alam ciptaan Allah. Timbul rasa tenang, gembira dan bahagia melihat pantai-pantai yang bersih, bukit-bukau yang menghijau, laut yang berombak dan sebagainya. Melihat, mendengar dan berfikir itu sudah cukup untuk merasai keindahan Penciptanya. Sebaliknya mereka yang tidak beriman atau lemah imannya memerlukan hiburan luar yang sangat banyak. Walaupun sudah bermacam-macam jenis hiburan yang dinikmati tetapi hidup masih menjemukan. Mereka tidak pernah puas kerana apa yang mereka nikmati hanyalah hiburan yang palsu.

Jika iman sudah disuburkan di dalam hati, manusia tidak memerlukan hiburan yang banyak seperti sekarang ini. Memadailah berhibur dengan membaca al-quran, nasyid, lagu-lagu tanpa muzik yang melalaikan, berselawat dan ibadah-ibadah yang lain. Semua itu sudah cukup untuk memuaskan hati. Namun ini tidaklah bererti orang beriman menolak langsung hiburan-hiburan dari luar diri. Bagi mereka, hiburan luaran itu boleh menyuburkan lagi hiburan dalaman yang datang dari iman dengan syarat ia mematuhi syariat. Alunan ayat suci al-Quran, nasyid yang mengagungkan Allah, selawat yang memuji nabi, puisi yang menghaluskan rasa kehambaan kepada tuhan, pasti akan menyuburkan lagi iman sumber hiburan utama di dalam hati orang yang beriman.

Inilah garis pemisah antara hiburan sejati yang dinikmati oleh orang beriman dengan hiburan palsu yang melalaikan orang yang tidak beriman. Inilah hakikat yang masih belum tersurat di mata masyarakat. Masih ramai yang menganggap, jika Islam diamal dan dihayati, akan murunglah kehidupan. Tidak ada cerianya lagi kerana mereka beranggapan bahawa Islam menolak hiburan. Tetapi kini sudah terjawab bahawa Allah s.w.t. telah menyediakan satu hiburan yang sejati kepada para hamba-Nya.Hiburan yang dapat dirasai di dunia lagi sebelum hamba-Nya menikmati hiburan yang hakiki di Syurga abadi. Sesungguhnya, tidak ada hiburan tanpa iman!

LAGU MENURUT IMAM AL GHAZALI

Imam Al Ghazali dalam bukunya Ihya’ Ulumuddin mengklasifikasikan lagu yang dibenarkan kepada tujuh jenis: ·

  1. Lagu yang membangkitkan kerinduan untuk menziarahi tempat suci seperti Mekkah dan Madinah.
  2. Lagu yang menaikkan semangat untuk berjuang mempertahankan negara.
  3. Lagu yang membicarakan tentang pertarungan dan sikap tabah yang sukar mengalah walaupun pada saat-saat akhir.
  4. Lagu yang mengenangkan masa lampau yang menimbulkan kesedihan yang positif. Menginsafkan diri tentang hakikat hidup yang sebenar.
  5. Lagu yang menerangkan keadaan diri yang menghargai seseorang dan mengembalikan kenangan manis.
  6. Lagu bercorak ghazal yang sopan yang menceritakan tentang kisah cinta dan membayangkan hasrat untuk bertemu pada masa akan datang.
  7. Lagu yang menceritakan keagungan sifat-sifat Tuhan, memuji dan mentahmidkanNya.

1 thought on “Hiburan Islam”

  1. Bagaimana caranya utk merasa terhibur dalam beribadah? Terutama selepas terkena ujian yg bertalu2 hingga hampir2 insan tersebut berputus asa sehingga merasakan doanya, amalannya semuanya terasa sia2. (sekadar bertanya)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.