php hit counter

Jaringan Islam Liberal

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Apa itu Islam Liberal

PROLOG

UMUMNYA, faktor kemunculan Islam liberal boleh disifatkan sebagai cetusan dari perkembangan modenisme dan serangan baru pemikiran selain terdapat beberapa faktor lain. Oleh kerana itu, adalah lebih elok terlebih dahulu kita memahami beberapa maklumat ringkas mengenai modenisme dunia dan serangan pemikiran.

DENISME DUNIA DAN SERANGAN PEMIKIRAN

Semenjak tercetusnya new world order (orde dunia baru) anjuran Amerika, seluruh negara melihat polis dunia ini menjuarai odenisme dan peradaban manusia. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang bertindak sebagai budak suruhan kuasa utama dunia ini telah memperluaskan cengkaman pengaruhnya, membentuk jaringan kerjasama antarabangsa antara negara-negara sebagai pengawal yang mengkoordinasi rawakan kemodenan materialistik dari sudut ekonomi, politik, sosiobudaya, pendidikan, kajian dan penyelidikan serta sains dan teknologi. Tuntas, kini segala perjalanan pembangunan dan kemajuan negara antarabangsa banyak bergantung harap kepada kestabilan Amerika sama ada dari sudut ekonomi, politik, dan sebagainya.

Bimbang reputasi dan autoriti kuasanya dicabar dan tidak berkekalan, Amerika mencipta berbagai alasan dan helah menggunakan piagam undang-undang antarabangsa bagi menundukkan negara-negara yang pada pandangannya mampu menggugat kedudukannya sebagai jaguh dunia. Akibatnya, bermula dari tragedi 11 September 2001, Afghanistan dan Iraq dicerobohi dengan alasan memerangi keganasan. Tidak cukup dengan itu, ia juga mencipta berbagai terminologi dan serangan pemikiran baru sebagai perangkap kepada dunia Islam.

Kenyataan ringkas di atas merupakan fenomena mutakhir dunia selepas Amerika dianggap sebagai ketua peradaban dunia dan ketuanan Islam dinafikan. Hakikatnya, perkembangan awal modenisasi dunia adalah lahir dari dunia Islam. Rujuklah lembaran sejarah, Eropah umumnya sebelum zaman

Renaissance telah dilanda zaman gelap (dark age) di mana masyarakat Eropah menghadapi kemunduran intelek dan kelembapan ilmu pengetahuan yang serius dalam masa yang
panjang. Masanya menurut Encyclopedia Americana ialah dalam tempoh 1000 tahun, bermula antara zaman kejatuhan Kerajaan Roman dan berakhir dengan kebangkitan intelektual pada kurun ke-15 Masihi. Zaman di mana tindakan dan cengkaman kuat pengaruh gereja mengongkong pemikiran masyarakat dan juga politik sehingga golongan cendekiawan sentiasa memberontak terhadap kongkongan gereja 0 tersebut. Sedangkan pada masa tersebut, dunia Islam di Timur iaitu Timur Tengah telah mengalami perkembangan kebudayaan bangsa dan ilmu pengetahuan yang lebih maju dan pesat berbanding Eropah yang masih diselimuti kegelapan dan kemunduran. Sebagai contoh, beberapa ibu kota di Timur Tengah telah menjadi kota ilmu pengetahuan seperti Iskandariah, Harran, Antiok, dan Baghdad. Diskusi akademik yang melibatkan tajuk-tajuk besar seperti metafizik, perubatan, astronomi, etik, politik, fizik, dan seumpamanya dibahaskan secara buka dan ilmiah. Semasa pemerintahan khalifah-khalifah Abbasiah yang masyhur, Harun al-Rashid (786-809M) dan al-Makmun (813-833M), wilayah-wilayah Islam khasnya di Baghdad telah disuburkan dengan kemunculan ahli-ahli fikir agung seperti al-Kindi, al-Farabi, lbnu Sina, al-Biruni, lbnu Miskawayh al-Razi, al-Khawarizmi, Ibnu Haitham, lbnu Rusyd lbnu Bajja, lbnu Masarrah, lbnu Tufail, dan lbnu Khaldun. Mereka menjadi pemikir-pemikir dalam bidang-bidang falsafah, meta?zik, fizik, matematik, etik, politik, psikologi, perubatan, geografi, astronomi, kimia, optik, muzik, dan sejarah. Sebuah perpustakaan besar bernama Baitul Hikmah juga wujud dan secara langsung membantu operasi ilmiah ini dengan jayanya. Begitulah, dunia telah diperlihatkan dengan kehebatan perkembangan intelektual dan ilmu pengetahuan dunia Islam antara kurun ke-9 hingga kurun ke-1 2.

Akhirnya, pada kurun ke-12, gerakan intelek di Eropah mula berjalan. Golongan cerclik pandai Eropah mula berminal dan ghairah untuk mengetahui kebudayaan dan perkembangan intelektual dunia Islam. Maka bermulalah usaha menterjemah terhadap bahan-bahan ilmiah dan mereka mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam. Rentetan daripada itu, Eropah berjaya melepasi zaman gelap meluncur menuju zaman Renaissance dan ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepacla bangsa mereka. Eropah menerima ilmu-ilmu dari dunia Islam sewaktu umat Islam berada dalam kekuatan dan kemajuan. Kerana itu ilmu-ilmu yang disifatkan sebagai akademik berkembang pesat di Eropah dan akhirnya peradaban dunia berada di tangan mereka.

Rentetan sejarah perkembangan peradaban Barat pernah bermula dari sifar dan amat nemalukan, kini mereka mula mencorak aliran baru pementasan dunia dengan mencipta ideologi dan serangan pemikiran menurut acuan mereka supaya sumber peradaban dan perkembangan tidak kembali berpihak kepada Islam. Dalam hal ini, Barat mula melancarkan serangan istilah dan terminologi kepada Islam termasuklah apa yang dikenal dengan istilah yang sangat asing (absurd) Islam Liberal sebagai topik utama perbincangan kita di sini.

APA ITU ISLAM LIBERAL

Islam Liberal merupakan dua istilah yang antagonis, saling bertentangan dan tidak mungkin akan bersatu. Islam dari sudut bahasa bererti tunduk, patuh dan berserah diri kepada Allah s.w.t, sedangkan liberal dari sudut bahasa menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pada erti yang kedua ialah bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya). Dalam erti kata lain, Islam Liberal bermaksud Islam yang bebas dan tidak terikat dengan ajaran-ajaran agama (al-Quran dan as-Sunnah), bebas memberikan pandangan dan pentafsiran pada sumber-sumber syariat (al-Quran dan as-Sunnah) dan bebas untuk tidak atau mengamalkan ajaran-ajarannya. Masakan seseorang yang menganut Islam bebas untuk ticlak terikat dengan ajaran agamanya, sedangkan seseorang itu dikira Muslim apabila patuh dan taat mengerjakan ajaran agamanya! Juga masakan seorang Muslim itu bebas mentafsirkan sumbar-sumber syariat sedangkan di dalam Islam terdapat minhaj dan garls panduan pentafsiran dan kaedah pengambilan hukum yang tidak dapat tidak wajib diikuti dan difahaminya! Tidakkah ia merupakan satu kontradiksi yang jelas membingungkan dan menyesatkan apabila liberalisme ini dikaitkan dengan Islam?

Islam adalah satu agama yang syumul, merangkumi semua aspek kehidupan umat manusia dari sudut duniawi dan ukhrawi. Bahkan Islam tidak wajar dikaitkan ldan dikepilkan bersama dengan istilah-istilah lain seperti fundamentalis, moderate, hadhari, dan sebagainya yang merupakan sebahagian kecil dari ruang lingkup pemikiran manusia. Islam tetap Islam, tiada satu dan dua. Firman Allah s.w.t yang bermaksud,

“Sesungguhnya agama (yang diredai) di sisi Allah hanyalah Islam.” (Surah Ali-Imran: 19)

*Manusia yang berakal adalah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat Saidina Umar Al-Khattab

ASAL USUL ISLAM LIBERAL

Bermula pada abad ke-18 dari kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniah, dua fenomena utama telah banyak mempengaruhi psikologi umat dan negara Islam. Pertama, hampir keseluruhan negara-negara Islam telah dijajah dan ditakluki oIeh kuasa-kuasa Barat. Manakala fenomena kedua pula ialah kemunduran dan ketinggalan umat dan negara Islam dalam aspek kemajuan dan kemodenan dari sudut ekonomi, politik serta sains dan teknologi. Akibatnya, pendirian dan pandangan umat Islam mula berubah dan terbahagi kepada empat kelompok utama. Kelompok pertama adalah mereka yang merasa putus asa secara keseluruhan dan duduk diam menerimanya sebagai satu duduk diam menerimanya sebagai satu ketentuan yang sememangnya merendah dan memundurkan mereka.

Kelompok kedua pula adalah mereka yang berpendapat agama sebagai faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan. Justeru untuk menjadi umat yang berkuasa dan maju, Islam perlu dipisahkan daripada pemerintahan. Formula pemisahan yang digelar sekularisme ini merupakan cedokan dari pengamalan Barat yang memisahkan ajaran gerejya Kristian dari kerajaan ekoran kongkongan gereja yang begitu berpengaruh padazaman gelap sebagaimana yang telah dibincangkan terdahulu.

Manakala kelompok ketiga pula adalah mereka yang juga berpendapat bahawa agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekua.an dan kemajuan. Namun untuk menyelesaikan faktor penghalang lni, mereka berpendapat caranya ialah membuka dan membebaskan agama daripada ajaran dan tafsirannya yang sekian lama telah menjadi pegangan umat Islam. Kelemahan dan kemunduran umat lslam dianggap berpunca daripada belenggu kejumudan umat dalam mentafsir dan mempraktikkan agama Islam. Kelompok ketiga inilah yang digelar sebagai aliran Islam Liberal.

Kelompok terakhir adalah mereka yang mengakui akan haklkal kelemahan dan kemunduran yang dialami umat Islam. Namun hakikat ini tidak mereka persalahkan kepada agama atau selainnya kecuali terhadap diri mereka sendiri dan umat Islam seluruhnya yang telah leka daripada berpegang dan
mempraktikkan ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu untuk kembali kuat dan maju, umat Islam perlu mempelajari, memahami dan mempraktikkan semula sepenuhnya ajaran Islam yang sebenar. Sekularisme atau liberalisme tidak menjadi pilihan kelompok keempat ini kerana ia bukan cara terbaik untuk mencapai Kekuatan dan kejayaan yang sebenar. Kekuatan dan kejayaan yang sebenar diukur dengan neraca wahyu Ilahi iaitu Islam yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah, bukan neraca peradaban Barat yang berteraskan materialisme dan hawa nafsu. Golongan keempat inilah yang benar.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Kesimpulannya, kelompok Islam Liberal adalah aliran yang muncul kerana kesan psikologi kekerdilan diri (inferiority complex) yang dihadapi oleh sebahagian umat Islam hasil penjajahan dan kemunduran yang dihadapi oleh mereka. Sebilangan intelektual yang mengagungkan peradaban Barat dari kumpulan ini seterusnya mencipta dan mencedok pemikiran dan formula peradaban yang dipraktikkan Barat di samping membuat tafsiran ideologi baru di dalam agama.

Sebab kernunculan Islam Liberal tidak hanya berpunca dari sikap dan tindakan umat Islam sendiri yang mengagungkan peradaban Barat, bahkan Charless Kurzman, seorang profesor sosiologi agama di Universiti Utara Carolina, telah memperkenalkan istilah atau gerakan baru-ini di dunia Islam di dalam
bukunya, Islamic Liberalism (telah diterjemahkan oleh Penerbit Paramadina, Jakarta dan diberi judul Wacana Islam Liberal: Pemikiran Islam Terkini (Contemporary) tentang Isu-isu Global). Sebenarnya, Kurzman bukan orang pertama, kerana sebelumnya telah muncul Leonard Binder yang juga cuba menyebarkan fahaman tersebut di dalam bukunya, Islamic Liberalism: A Critique of Development Ideologies.

Menurut Charless Kurzman, Islam Liberal muncul sekitar abad ke-18 ketika kerajaan Turki Uthmaniah sedang berada di gerbang keruntuhan. Pada ketika itu tampillah para ulama untuk mengadakan gerakan pemurnian kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah. Lalu muncullah fahaman liberal awal melalui Syah Waliyullah (India, 1703-1762). Menurutnya Islam harus mengikut adat setempat sesuai dengan keperluan penduduknya. Hal ini juga terjadi di kalangan Syiah. Muhammad Bihbihani (Iran. 1790) mulai berani membuka pintu ijtihad selebar-lebarnya.

Idea ini terus berkembang. Rifa’ah al-Thahtawi (Mesir, 1801-1873) memasukkan unsur-unsur Eropah dalam pendidikan lslam. Shihabuddin Marjani (Rusia, 1818-1889) dan Ahmad Makhdun (Bukhara, 1827-1897) memasukkan mata pelajaran sekular ke dalam kurikulum pendidikan Islam. (Charles Kurzman: xx-xxiii)

Di India muncul Sir Sayyid Ahmad Khan (1817) yang memujuk kaum Muslimin agar bekerjasama dengan penjajah lnggeris. Pada tahun 1877 ia membuka sebuah kolej yang kemudiannya menjadi Universiti Aligarh (1920). Sementara Amir Ali (1879-1928) melalui buku The Spirit of Islam berusaha mewujudkan seluruh nilai liberal yang dipuji lnggeris pada masa Ratu Victoria. Amir Ali berpandangan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah pelopor agung rasionalisme. (William Montgomery Walt
132)

Di Mesir muncul Qasim Amin (1865-1908), seorang kakitangan Eropah dan pelopor emansipasi (kebebasan) wanita serta penulis wanita serta penulis buku Tahn’r at-Marah. Kemudian muncul Ali Abd. Raziq (1888-1966). Dialah yang menghancurkan sistem khilafah. Menurutnya Islam tidak memiliki dimensi politik kerana Muhammad s.a.w hanyalah pemimpin agama. Lalu diteruskan oleh Muhammad Khalafullah (1926-1997) yang mengatakan bahawa apa yang dikehendaki oleh al-Quran hanyalah sistem demokrasi, tidak perkara lain. (Charless: xxi, 18).

Di al-Jazair muncul Muhammad Arkoun (lahir 1928) yang menetap di Perancis. Dia memulakan tafsiran al-Quran model baru berdasarkan perbagai disiplin Barat seperti dalam lapangan semiotik (ilmu berkaitan fenomena tanda), antropologi, filsafat, dan linguistik. Intinya, dia ingin menelaah Islam berdasarkan ilmu-ilmu pengetahuan Barat moden dan ingin mempersatukan keaneka ragaman pemikiran Islam dengan keanekaragaman pemikiran di luar Islam. (Mufadz, Muhammad Arkoun: Karangan tentang Cara-cara Tafsir al-Quran, Jurnal Salam Bil.3, No. 1/2000 hal. 100-111, Abd. Rahman al-Zunaidi: 180; Willian M Watt: 143).

Di Pakistan muncul Fazlur Rahman (lahir 1919) yang menetap di Amerika dan menjadi guru besar di Universiti Chicago. Ia memulakan tafsiran kontekstual, satu-satunya model tafsir yang adil dan terbaik menurutnya. Ia mengatakan al-Quran itu mengandungi dua aspek: legal spesi?k dan ideal moral. Apa yang dituju oleh al-Quran adalah ideal moralnya kerana itu ia lebih bagus untuk diterapkan. (Fazlur Rahman: 21; William M. Walt 142-143).

Di Indonesia muncul Nurcholish Madjid (murid dari Fazlur Rahman di Chicago) yang mempelopori gerakan Islam Liberal bersama dengan Djohan Efendi, Ahmad Wahid dan Abdurrahman Wahid. (Adiyan Husaini dalam  makalah Islam Ljberal dan misinya yang dinukilkan dari Greg Barton, no. 15: 88). Nurcholish Madjid telah memulai gagasan pembaharuannya sejak tahun 1970-an. Ketika itu dia telah menyuarakan pluralisme agama dengan menyatakan: ‘Rasanya toleransi agama hanya akan tumbuh di atas dasar fahaman kenisbian (relativisme) bentuk-bentuk fonnal agama ini dan pengakuan bersama akan kemutlakan suatu nilai yang universal yang mengarah kepada setiap manusia, yang juga
merupakan inti sefiap agama.’ (Nurcholis Madjid: 239) Lalu sekarang muncullah apa yang disebut sebagai JIL (Jaringan Islam Liberal) yang mengusung idea-idea Nurcholish Madjid dan para pemikir Iain yang sealiran dengan fikkannya.

Demikian asal usul Islam Liberal menurut Hamilton Gibb, William Montgomery Watt, Charless Kurzman dan lain-lain.

ISLAM LIBERAL ANJURAN BARAT

Islam Liberal dianggap trend baru pemikiran umat Islam yang memberikan tentangan hebat terhadap ajaran Islam yang sebenar. Ia sebenarnya mendukung liberalisme Barat yang berselindung di sebalik prinsip kebebasan dan keterbukaan. Mereka cuba mengambii khazanah terbaik dari masa lalu dan menghidupkannya kembali dengan persoalan terkini. Tema-tema umum yang terkandung dalam Islam Liberal mencakupi masalah politik, kenegaraan, demokrasi, hak-hak perempuan (persamaan taraf), hak-hak non-Muslim (piuraiisme), kebebasan ber?kir (freedom of thought) dan gagasan tentang kemajuan (modenisasi). Pandangan tokoh-tokoh seperti Ali Bula (Turki), Mohammad Talbi (Tunisia), Humayun Kabir dan Syed Wahiduddin (India), Nurcholish Madjid dan Abdurrahman Wahid (Indonesia), Abdul Karim Soroush (Iran), Farid Esack (Afrika Selatan), Hassan Hanafi (Mesir), Amina Wadud Muhsin (Amerika Syarikat), Abdullah an-Na’im (Sudan), Mehdi Bazargan (Iran), Muhammad Arkoun (al-Jazair, menetap di Perancis), Ali Shari‘ati (Iran), dan Fatima Mernissi (Moroko) dianggap sebagai pandangan yang mewaklli tafsiran baru Islam atas isu-isu kontemporari.

Liberal yang pada asalnya adalah olahan formula intelektual Barat, telah diambil dan dikaji oleh pemikir-pemikir Islam yang ingin  menggali dan menelusur sendiri pemikiran ini sehingga akhirnya dinlsbahkan kepada agamanya membentuk satu istilah asing Islam Liberal.

Jika dihalusi dari perspektif sejarah, gagasan liberalisasl dalam wacana pemikiran Islam sebenarnya bukan masalah baru. Penelusuran terhadap asal-usul kemunculannya akan menemukan kita pada pokok permasalahannya, iaitu ketika kelemahan dan kemunduran taraf berfikir bermaharajalela di tengah-tengah umat Islam. Ketika inilah Barat mengambil peluang mempermainkan istilah bagi memesongkan pemahaman umat Islam.

KESIMPULAN

Islam Liberal merupakan serangan pemikiran yang amat berbahaya terhadap dunia Islam. Kebebasannya daripada menurut acuan ajaran Islam yang sebenar boleh merosakkan pegangan akidah dan menjatuhkan seseorang di dalam kekufuran. Sesetengah dari kelompok Ini mendakwa tafsiran dan pandangannya terhadap sesuatu hukum adalah merupakan ijtihad baru yang lebih sesuai dengan konteks kehidupan masa kini. Sedangkan dalam masa yang sama jauh sekali mereka meraikan atau mengikut garis panduan yang ditetapkan syarak di dalam kaedah pengambilan hukum.

Sepanjang abad ke-20 para pemikir Islam telah menemui sifat progressive-revolusioner sejarah dan dinamika kehidupan umat manusia dalam ajaran al-Quran. Konsep terpenting dalam pertemuan tersebut adalah manusia tidak hidup dalam suatu blok universal, suatu alarn yang sudah ada atau natural (semula jadi) dan tidak berubah sejak diciptakannya hingga datangnya kiamat. Justeru kerana sifat sejarah dan kehidupan yang progressive-revolusfoner itulah maka ijtihad menjadi suatu keharusan. ljtihad dalam konteks ini, bererti melaksanakan gerakan jihad keimanan dan kelangsungan syariat melalui keupayaan mengistinbatkan hukum bagi menghadapi tentangan-tentangan baru yang dilahirkan oleh pemikiran manusia dan evolusi kehidupan.

Dalam pemikiran lslam, tidak ada satu ideologi intelektual atau ilmuwan yang bersifat mutlak dan abadi. Semuanya bersifat relatif. Suatu pemikiran Islam boleh jadi hanya berguna pada satu kondisi dan zamannya, tetapi tidak pada satu situasi dan kondisi Iainnya. Ini kondisi kerelatifan dan hasil pemikiran. Justeru itu laungan terhadap kepercayaan terhadap apa saja ideologi dan pembawaan prinsip yang dibangunkan manusia adalah terdedah kepada perubahan dari aspek nilai dan pengaruhnya yang menanti masa akan terkubur pada suatu masa dan zaman yang tertentu. Begitu juga
dengan Islam Liberal hasil pemikiran sempit manusia ini. Lambat Iaun akan dltinggalkan dan ditongsampahkan. Pada masa ini, hanya Islam acuan Allah dan RasulNya sahaja yang tetap berdiri kukuh dan kekal hingga ke hari akhirat.

Akhirnya, bersama kita mempertahankan ajaran Islam yang sebenar dari diselewengkan dan dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu sama ada secara ilmiah, teori dan praktikal. Dalam hal ini, persediaan ilmu yang mapan, iman yang kuat dan amal yang berterusan adalah bekalan utama yang mampu mendepani sebarang cabaran yang mendatang. Seklan, salam mujahadah sejagat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.