Takrif tabarruj dari sudut bahasa ialah berasal dari kata ‘BARAJUN’ bererti luas. Ada juga pendapaltyang mengatakan ia berasal dari kata BURJUN yang bererti tinggi. Dikaitkan dengan wanita yang suka meninggi diri dan cuba menarik perhatian. Manakala Tabarruj dari sudut istilah pula ertinya memperlihatkan perhiasan, kecantikan atau keelokan yang wajib ditutup kepada yang tidak berhak melihatnya. Tabarruj bukan sahaja menggunakan alat solek tetapi juga bersolek dengan tujuan untuk diperlihatkan kepada mereka yang bukan mahram.
Hukum bertabrruj jelas haram di si agama Islam. Tabarruj katakan juga sebagai berjalan dengan berlenggang-lenggok sekalipun telah menutup aurat dengan memakai tudung kepala tetapi masih memperlihatkanperhiasan yang ada seperti rantai leher, anting-anting dan kulit lehernya.
Tabarruj yang dilarang di dalam Islam ialah membuka aurat berdasarkan kepada siapa dia berhadapan. Sekiranya berhadapan dengan lelaki asing. Islam telah menggariskan batas-batas aurat yang harus dijaga. Islam memberikan hak kepada wanita untuk menyelenggarakan hal-hal perhiasan diri menurut mahuan mereka sendiri, tanpa terkeluar daripada batas-batas akhlak dan ajaran Islam. Wanita perlu sedar. Islam sentiasa mahukan kebaikan buat diri mereka, malah Islam tidak pernah mengabaikan sifat keperempuanan mereka dan keperluan untuk menghias diri dan mengawasi peribadi wanita agar sifat keperempuanan ini tetap tinggal subur dan terpelihara dengan baik.
Islam menghargai wanita dan menganggap wanita sebagai unsur penyempurna bagi kaum lelaki sebagaimana lelaki juga penyempurna bagi wanita. Maka bukanlah di antara merekaitu musuh dan bukan pula sebagai saingan. akan tetapi wanita sebagai penolong bagi lelaki untuk menyempurnakan keperibadian mereka begitu juga sebaliknya. Apa yang merisaukan ialah kaum wanita sendiri yangmembiarkan diri mereka dibawa arus dan meniru apa sahaja tanpa berfikir sewajarnya. Sepatutnya mereka mesti tahu memilihcontoh yang baik dan berfikir dengan baik sebelum mélakukan tindakan yang tidak sepatutnya. Wanita yang bertabarruj adalah sama dengan orang yang menawarkan kecantikannya untuk dinikmati oleh orang lain dan menjajakannya di jalanan. di pasar dan di pelbagai tempat pertemuan. Laksana seorang penjual gula-gula yang menghiasibarang dagangannya dengan warna-warni yang menarik dan kertas-kertas yang berkilat,sehingga mengundang perhatian dan membangkitkan selera.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya mereka menahan penglihatan, menjagakehormatan dan tidak menampakkan kecantikan mereka kecuali mana yang kelihatan daripadanya dan hendaklah mereka sampaikan selendang mereka sehingga menutupi dada mereka dan tiada memperlihatkan perhiasannya. kecuali kepada suaminya, bapanya, mertuanya, anak-anaknya, anak-anak tirinva, saudara-saudara lelakinya, anak-anak saudara lelakinya dan anak-anak saudara perempuannya, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankankewajipannya tetapi tidak mempunyai keinginan terhadap perempuan atau kanak-kanak yang tidak mengerti tentang aurat perempuan dan janganlah menghentakkan kaki mereka menghentakkan kaki mereka sehingga diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (Surah an-Nur:3 1)
Keburukan-keburukan tabarruj (berhias).
1)Tabarruj adalah maksiat kepada Allah dan Rasul. Barangsiapa yang melakukan maksiat kepada Allah dan RasulNya maka ia hanya akan mencelakakan dan merugikan dirinya sendiri sahaja sedangkan Allah tiada rugi sedikit pun. Rasulullah s.a.w bersabda kepada sahabat yang bermaksud: “Semua umatku akan masuk syurga kccuali orang yang menolak. Mereka bertanya: “Ya Rasulullah! Siapakah orang yang menolak itu?” Beliau menjawab: “Siapa yang taat kepadaku akan masuk syurga dan siapa yang melakukan maksiat kepadaku maka ia telah menolak.”
2) Tabarruj menyebabkan laknat dan dijauhkan dari rahmat Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan ada pada akhir umatku nanti wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, kepala mereka bagaikan pundak unta, laknatlah mereka kerana mereka adalah wanita-wanita yang boleh dlaknat.”
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
3) Taharruj adalah sifal penghuni neraka. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sebaik-baik wanita kalian adalah yang memiliki kasih sayang, subur (banyak anak), suka menghibur dan siap melayani, bila mereka bertakwa kepada Allah. Dan menjelek-jelek wanita kalian adalah wanita pesolek dan pengkhayal mereka itu adalah wanita-wanita munafik, mereka tidak akan masuk syurga kecuali seperti ghurab a’sham.” Iaitu terlalu sedikit yang masuk syurga.
4) Taburruj adalah ajaran iblis.
Firman Allah yang bermaksud: “Hai anak Adam! Janganlah kamu sekali-kali dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga. ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya aurat.” (surah al-A’raf’:27)
Judi iblislah yang mengajak kepada tabarruj dan ia juga adalah pemimpin ulama bagi perintis ‘Tuhrirul Mar’ah’ (pembebasan wanita).
5) Tabarruj adalah jalan hidup orang-orang Yahudi.
Orang-orung Yahudi memiliki peranan yang sangat besar dalam menghancurkan umat ini melalui wanita, sebagaimana Rasulullah s.a.w’ bersabda: “Takutlah pada duniu dan takutlah pada wanita kerana fitnah pertama pada Bani Israel adalah pada wanita.”
6) Tabarruj adalah kemunduran.
Buku-bukuan dan telanjang adalah fitrah haiwan tiada seorangpun yang cendcrung kepadanya kecuali dia akan jatuh ke darjat yang paling rendah daripada darjat manusia yang dimuliakan Allah.
7) Tabarruj adalah pintu kepada azab.
Seseorang yang memperhatikan nas-nas syariat dan sejarah Islam pasti akan meyakiti adanya kerosakan yang ditimbulkan oleh tabarruj dan bahayanya atas agama dan dunia sebagaimana. Ia mengundang ikhtilat dan zina.
Akibat dan bahaya tabarruj yang menakutkan.
Wanita-wanita yang bertabarruj pasti akan berlumba-lumba menggunakan perhiasan yang diharamkan untuk menarik perhatian ramai kepadanya lantas merosakan akhlak dan harta serta menjadikan wanita sebagai barang hina yang boleh dijual beli. Tabarruj juga mengundang kerosakan akhlak di kalangan lelaki khususnya muda-mudi yang terdorong melakukan zina yang diharamkan, pihak yang tidak bertanggungjawab akan sewenangnya memperdagangkan wanita sebagai bahan promosi untuk meningkatkan usaha perdagangan dan sebagainya. Malah mencelakan diri wanitasendiri, kersna tabarruj mendorong niat jahat dengan menggoda orang-orang jahat dan berpeleseran.Antara lain keburukan tabarruj yang mengundang zina ialah tersebarnya penyakitpenyakit ganjil seperti sabda Rasulullah s.a.w: “Tidaklah suatu perbuatan Zina itu nampak pada sualu kaum hingga mereka mengumumkannya kecuali akan tersebar di antara mereka penyakit menular dan penyakit-penyakit lain yang belum pernah ada pada orang-orang terdahulu.”
Apabila perlakuan zina berleluasa maka akan rosaklah struktur kekeluargaan dan keturunan akan bercampur aduk malah ini akan mengundang bala dari Allah s.w.t.
Musuh-musuh kebangkitan Islam berusaha dengan sekuat tenaga untuk menggelincirkan wanita Islam, lalu Allah s.w.t menggagalkantipu daya mereka dan meneguhkan orang-orang mukmin di atas ketaatan kepada Tuhannya. Banyak wanita yang lupa tentang kecantikan sejati. Kecantikan yang hakiki adalah kepunyaan Allah. Zat yang mencipta segala sesuatu secara cermat dan sempurna. Adapun wanita muslimah, mereka sentiasa bertudung, berbungkus dan menyembunyikan kecantikan dan perhiasannya. Tidak ada yang kelihatan daripadanya selain telapak tangan dan wajahnya. Allah mensyariatkan jilbab (tudung) agar menjadi benteng bagi wanita dari gangguan orang lain. Jilbab adalah lambang ketakwaan dan pagar kehormatan dan kesucian juga merupakan bukti masih adanya rasa malu dalam diri muslimah. Jilbab merupakan identiti wanita suci dan terhormat. Wahai ukhti muslimah! Tidakkah anda memperhatikan hadits Nabi s.a.w: “Buanglah duri dari jalan kaum muslimin.” Apabila membuang duri dari jalan termasuk cabang iman. maka duri manakah yang lebih berat, batu di jalan atau fitnah yang merosak hati, menerbangkan akal dan menyebarkan kekejian di antara orang-orang mukmin. Sesungguhnya tidaklah seorang lelaki muslim terkena filnah pada hari ini kerana anda yang telah memalingkannya dari mengingat Allah dan menghalanginya dari jalan yang lurus sedangkan anda sebagai wanita sanggup mencegahnya dari fitnah itu kecuali di hari esok nanti Allah akan menghukum anda dengan azab yang sangat pedih.
Wallahu A’lam.