mereka. Seperti Makkah, Madinah akan menjadi sekadar suatu peninggalan sejarah. Daripada Umar bin al-Khattab, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Seorang pengendera nanti akan melalui pinggir kota Madinah dan dia berkata: ‘Tempat ini dahulunya dipenuhi ramai kaum Mukminin.” (Riwayat Ahmad dalam Musnadnya) Seperti Keldai Darjat keimanan sering kali beriringan dengan darjat moraliti. Apabila keimanan kepada Allah merosot, maka sifat malu dan kesopanan akan turut lenyap. Budaya dan gaya hidup hedonisme tersebar dalam segenap Iapisan masyarakat. Kenikmatan jasadi menjadi tujuan utama hidup mereka. Fenomena ini memang telah berlaku kini, namun ia akan semakin parah pada akhir zaman nanti. Dek menjadi hamba hawa nafsu, mereka bukan lagi manusia, malah lebih buruk daripada haiwan. Zina, homoseksual dan pelbagai seks sumbang
berlaku saban hari tidak kira masa atau tempat. Daripada Abdullah bin Amr, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Tidak akan berlaku kiamat sehingga kamu (manusia) berzina di tengah- tengah jalan seperti keldai.” Abdullah berkata “Adakah perkara sebegitu akan berlaku?” Baginda s.a.w. menjawab: “Ya, itu pasti berlaku.” (Riwayat Ibn
Hibban) Perilaku yang menjijikkan ini menjadi fenomena global. Ia berlaku di mana-mana dan dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal usia. Pada waktu itu, manusia yang terbaik antara mereka ialah orang yang masih memiliki sedikit perasaan malu. Mereka memang tidak dapat melarang kemungkaran, namun hanya dapat berkata kepada pasangan yang sedang berzina: “Cubalah menghindari jalan. Jangan halang orang yang sedang lalu-lalang.” Memperlambat Kiamat Segala yang diberitakan oleh Rasulullah s.a.w. ini pasti akan berlaku. Ini kerana Baginda telah melihat masa depan dan pelbagai kejadian yang bakal berlaku dengan izin Allah s.w.t. Baginda kemudiannya memberitahu umatnya bukan dengan tujuan untuk menanamkan rasa putus asa, sebaliknya untuk satu hikmah yang Allah kehendak. Kita memang tidak dapat mengubah realiti ini. Kita juga tidak mampu menahan perjalanan masa. Namun, ini bukan bermakna kita pasrah begitu sahaja tanpa melakukan sesuatu. Paling tidak, kita masih berkesempatan untuk memastikan zaman yang buruk itu tidak berlaku pada masa dan zaman kita. Saya pernah mendengar muhaddith dari Syam, Syeikh Dr. Nuruddin ‘Itr berkata: “Para penuntut ilmu ialah orang yang memperlambatkan kedatangan kiamat. Merekalah yang berjasa menyelamatkan dunia ini hingga ke hari ini. Kalau bukan kerana mereka, dunia ini telah lama hancur.” Sebagai umat yang beriman dengan Baginda s.a.w., kita wajib membekalkan generasi penerus dengan ilmu dan iman agar mereka dapat menghadapi pelbagai masalah pada masa depan yang semakin mencabar. Kenalkan mereka dengan Allah dan tanamkan dalam hati mereka dengan penghormatan terhadap syiar-syiar keagamaan. Sungguh, setiap kali saya melihat orang yang menyebarkan rasa cinta kepada Nabi s.a.w., hati saya dipenuhi kegembiraan. Bagi saya, kita mesti menggalakkan para pemuda mencintai Rasulullah. Perkenalkan mereka kepada sunnah dan akhlak Baginda. Selagi cinta Rasul berada dalam hati para pemuda, kedatangan kiamat dapat diperlambat. Mabuk Apabila dunia telah semakin rosak, maksiat dan dosa telah memenuhi seluruh pelosok dunia, Allah menjadi semakin murka kepada semua makhluk yang berada di muka bumi. Pada waktu itu, Allah s.w.t. memerintahkan malaikat Israfil untuk meniupkan sangkakala tanda kiamat. Alam semesta mulai hancur berkecai dan bintang-bintang berguguran. Tidak terbayang ketakutan yang dirasakan setiap manusia pada waktu itu. Mereka lari lintang-pukang dan memekik bagaikan orang yang sedang mabuk, walhal mereka tidak
mabuk. Mereka berkeadaan demikian disebabkan azab Allah yang sangat pedih. Daripada Ibn Mas‘ud, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Antara manusia-manusia yang paling buruk ialah mereka yang masih hidup sewaktu berlakunya kiamat.” (Riwayat al-Bukhari) Semoga Allah menjauhkan diri kita dan orang yang kita cintai daripada kemurkaan dan azabnya. Amin ya Rab al-‘a!amin!