php hit counter

Cara Tambahkan Minat Belajar

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Belajar itu memang membosankan bagi siapa yang tidak menyukainya. Tetapi, harus di ingat, mahu tidak mahu kita harus belajar untuk masa depan yang lebih baik kerana ilmu adalah segala-galanya. Dengan itu, kita haruslah mempunyai minat untuk belajar. So, saya nak berkongsi cara untuk menambahkan minat tersebut:

1. Diri mesti gembira dan ceria

Kajian yang dibuat oleh orang barat mendapati memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja dapat menceriakan hidup tetapi dapat meningkatkan tahap kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa. Namun demikian, ketawa yang berlebihan akan menyebabkan lupa. Oleh itu bersederhana dalam setiap tindakan. Formulasinya, bergantung kepada individu untuk memilih cara hidupnya sama ada untuk gembira atau berduka.

2. Membuat persediaan awal sebelum belajar.

– Mengetahui tajuk yang akan belajar dan menguasai tajuk terlebih dahulu

– Buku dan nota yang lengkap disediakan

– Kerja sekolah yang diberikan mesti disiapkan

Apabila pelajar telah bersedia untuk belajar, telah mendapat gambaran awal perkara yang akan dipelajari, maka akan memudahkan anda untuk menerima ilmu yang akan disampaikan oleh guru. Jika anda bersedia untuk belajar dengan menyediakan buku, nota yang lengkap, perasaan dan pemikiran anda juga akan fokus untuk belajar.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

3. Sentiasa bertanya guru perkara yang susah untuk difahami.

Bertanya guru secara individu memberi lebih perhatian dan penerangan yang mendalam tentang sesuatu perkara. Tetapi pandai memilih waktu yang sesuai supaya guru itu betul-betul dapat meluangkan masa untuk kita.

4. Suka/ tanam minat kepada orang yang mengajar (guru).

Hormati dan sayang guru. Guru merupakan orang yang paling berperanan dalam memberi ilmu kepada kita. Tanpa guru, tiada insan bergelar pelajar. Apabila kita minat dengan seseorang penyanyi, kita tampal gambar di bilik, semua lagunya dapat kita hafal. Jika anda minat guru, anda minat menghafal semua pelajaran, maka anda akan menjadi pelajar yang cemerlang. Untuk menanam minat pada guru, elakkan dari mengumpat guru kerana tindakan ini akan membuatkan pelajar hilang minat dan susah untuk menerima ilmu yang diajar.

5. Berkawan dengan orang yang minat untuk menimba ilmu.

Jika kita berkawan dengan orang yang tidak suka belajar, kita juga akan terikut sama kerana kita takut tidak diterima oleh rakan. Sedang kita tidak berfikir bahawa kesan daripada tindakan mengikut kawan itu akan merugikan diri kita sendiri. Begitu juga sebaliknya jika kita berkawan dengan orang yang suka belajar, jika kita tidak belajar, kita takut kita tidak diterima. Kawan memainkan peranan yang sangat penting terutamanya golongan remaja. Oleh itu, carilah kawan yang membina ke arah kebahagiaan bukan kehancuran.

6. Sentiasa memotivasikan diri untuk berjaya.

Setiap individu adalah pemimpin pada dirinya sendiri dan harus bertanggungjawab pada diri untuk memilih kejayaan atau pun kegagalan, kebahagiaan ataupun kehancuran…..tepuk kepala tanya minda…

Individu yang sentiasa bertindak untuk membuat perubahan dalam diri ke arah positif adalah individu yang sangat bermotivasi. Motivasi juga boleh ditingkatkan dengan berfikir atau muhasabah diri tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan hasil tindakan kita pada hari ini. SEMOGA BERMANFAAT>>

xpresi.org

4 thoughts on “Cara Tambahkan Minat Belajar”

  1. saya ade seorang guru mt…guru ni la wa sangat …….tapi…saya ade satu masalah….saya tidak pernah mendapat A dalam matapelajaran guru itu…..jadi bila saya tanya guru tu ape yg say tak fhm dia mcm marah ngan saya….kalau kwn saya yg pandai tu …selalu dpt A ckg tu tak pernah mrh dia lagsung…….dia sombong kalau dpt A…….apakah yg harus saya buat…….untuk meyelesaikan masalah saya….????????????????

    1. erm..berat masalah tu…macam ni..awk kenalah banyak bersabar..sebagai seorang guru tidak patut untuk memilih kasih dalam menyampaikan ilmu.. jadi cara terbaik awak berusaha utk belajar bersungguh2..belajar lah dgn kawan2 atau family sebagai tambahan tapi dalam masa sama hendaklah hormat kepada guru itu kerana dia yg memberi kita ilmu..

      belajar bersungguh2 dan buktikan pada dia yang awak juga mampu mendapat A dalam mata pelajaran nya itu.. All The Best !!

  2. saya ni adalah masalah .. saya ni saya xtau nk pilih jurusan apa selepas spm .. ckgu2 saya kata klau nk target kne tau nak jadi apa lepas spm .. smpi skrg sya still xtau .. mcm mne ? ada cadangan x ? atau bgi link tntng krjya ?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.