Cara Membuat Popia

Popia Mini

 

Bahan-bahan:

  • 300 gram udang kering
  • bawah merah (ikut suka) ditumbuk
  • serbuk cili kering (ikut suka)
  • air asam jawa (ikut suka)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam, gula & serbuk perasa (secukup rasa)
  • *resipi ni perlu guna gula lebih sedikit
  • Kulit popia

Cara-cara:

1)Rendam sebentar udang kering. Cuci dan toskan. Selepas itu dikisar halus.
2)Tumis bawang sehingga naik bau. Kemudian masukkan udang kering yang telah dikisar. Gaul.
3)Masukkan air asam jawa, garam, gula & serbuk perasa. Gaul hingga udang agak kering.
4)Bila dah kering, tutup api dan sejukkan sebentar. Kemudian kisar lagi supaya udang tidak berketul-ketul.
5)Cara membungkus popia: Kulit popia dipotong segi 4 dan bungkus macam popia biasa. Atas potong segi empat panjang,isi udang ditengah dan gulung.Kemudian temukan kedua-dua hujungnya dan simpul sekali (macam simpul tali kasut).
6)Goreng guna minyak yang banyak. Kalau bungkus cara popia biasa, masa menggoreng api kena perlahan. Kalau tak popia akan liat di bahagian dalam. Kalau jenis yang 1 lagi tu, api sederhana tapi kena jaga-jaga sebab mudah hangus.

*Tips :tutup kulit popia yang belum dibungkus dengan kain untuk elakkan kulit popia jadi keras.

 

 

Popia Goreng

Bahan-bahan (20 biji popia)

  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 200 mg isi ayam atau daging
  • 2 biji telur
  • Taugeh
  • Sayur campur
  • 1 kiub pati ayam
  • 3 sudu besar paste tom yam
  • Lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Kulit popia

Cara-cara

  1. Bawang besar dan bawang putih dipotong dadu. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam/daging dan telur. Gaul hingga sekata.
  3. Masukkan kiub pati ayam, paste tom yam dan lada sulah. Masukkan sedikit garam.
  4. Masukkan sayur campur dan taugeh. Kacau hingga sekata.
  5. Ambil sekeping kulit popia, letakkan inti dan gulung. Letakkan sedikit air di hujung kulit popia sebagai gam. Buat sehingga habis kulit popia.
  6. Goreng popia dalam kuali panas sehingga warna kekuningan.

Selamat Mencuba… Kalau jadi dan sedap share lah di sini 🙂

Jom tengok kejap !! Untung-untung nasib dapat barang murah, rm 1.90 pun ada...

3 thoughts on “Cara Membuat Popia”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.