ibu menyuruh saya melakukan kerja-kerja rumah apabila beliau melihat saya sedang sibuk membaca. Apabila saya meminta untuk dibelikan kamus Arab, beliau tidak teragak-agak untuk memberikan saya wang. Padahal seingat saya, usia saya pada saat itu belum mencecah 12 tahun. Semua ini membuatkan saya lebih terdorong untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu-ilmu agama yang lain. Namun apa komen seorang ustaz apabila ayah saya menceritakan semua ini kepadanya? Ustaz itu berkata: “Jangan biarkan anak kamu membaca kitab sendiri. Orang yang membaca tanpa guru, maka gurunya ialah syaitan!” Alhamdulillah, ustaz itu bukan guru saya. Ucapannya tidak dapat menghalang saya daripada meneruskan bacaan. Namun saya boleh membayangkan, jika saya menurut ucapannya, nescaya pada saat ini saya tidak akan mampu membaca kitab-kitab Arab dan tidak mengetahui ilmu-ilmu agama melainkan perkara-perkara asas sahaja. Tokoh Besar Tokoh-tokoh besar tidak pemah memadamkan semangat orang lain. Sebaliknya, mereka selalu memberi sokongan dan galakan kepada setiap orang yang menuju ke arah perbaikan diri dan masyarakat. Salah seorang tokoh itu ialah Syeikh Tahir al-Jazairi (w.1920M), seorang ulama besar dan sasterawan terbilang di Syria. Fikiran dan aktiviti dakwahnya berjaya melahirkan kebangkitan agama Islam di negeri Syam. Syeikh al-Jazairi tidak pernah sekalipun melemahkan semangat orang lain. Malah beliau selalu menemukan cara untuk membakar semangatnya menjadi lebih membara. Suatu hari beliau berpesan kepada seorang muridnya yang mengajar bahasa Arab. Beliau berkata: “Jika seseorang yang datang kepada kamu dan ingin menguasai ilmu nahu dalam masa tiga hari, maka jangan katakan kepadanya: ‘Itu tidak mungkin!’ Ini kerana ucapan ini akan melemahkan semangatnya. Akan tetapi, ajarkan dia dan tanamkan kepadanya kecintaan kepada ilmu nahu. Mudah-mudahan setelah itu ia menjadi semakin tekun mempelajarinya.” Mudahkan, jangan Disusahkan Sungguh indah sekelompok umat yang setiap anggota dan ahlinya saling membantu dalam kebaikan dan nasihat-menasihati dalam kesabaran. Setiap kali seseorang antara mereka melangkah kepada kebaikan, semua orang memberi sokongan dan galakan, sehingga setiap kebaikan yang terlaksana, pahalanya akan dikongsi oleh semua umat. Sikap inilah yang diinginkan oleh Nabi s.a.w. kepada umat Islam. Setiap kali mengutus seseorang untuk suatu urusan, Baginda selalu berpesan: “Sebarkanlah kegembiraan, bukan kesempitan. Mudahkanlah urusan dan jangan disusahkan.” (Riwayat Muslim) Semoga kita menjadi orang yang selalu menebarkan kemudahan dan kegembiraan di hati saudara-saudara kita. Amin ya Rab al-’alamin.
Buku Pertama dan Terakhir