php hit counter

Adab Bangun Tidur

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

 

b0010

Tidur ialah keadaan rehat badan semula jadi yang dialami seluruh dunia fauna. Tidur diamalkan oleh semua mamalia dan burung, dan turut diperhati pada kebanyakan reptilia, amfibia dan ikan. Bagi manusia, mamalia-mamalia lain, dan kebanyakan besar haiwan-haiwan lain yang pernah dikaji  seperti ikan, burung, semut, dan bari-bari   tidur secara kerap adalah penting untuk kemandirian. Namun, tujuan tidur tidak jelas sepenuhnya, sebaliknya masih menjadi titik tengah kaji selidik yang berterusan.
 
1. Menyapu Tangan ke Muka
 
Hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Rasulullah bangun tidur, kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangannya.” (Riwayat Muslim)
 
2. Berdoa
 
Huzaifah meriwayatkan: “Dan setiap kali bangun tidur, Baginda berdoa:
الْحمْدُ الله الَّذِىْ أَحْيَانَا بَعْدأَمَتَنَا وَاِلَيْةِ النٌّشُورُ 
 
Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah sebelumnya mematikan kami dan kepadanyalah (kami) dibangkitkan.” (Riwayat al-Tirmizi)
 
3. Bersugi (Membersihkan Gigi)
 
Dalam sebuah hadis (yang bermaksud) ada menyebut: “Apabila Rasulullah s.a.w. bangun daripada tidur, Baginda akan membersihkan mulutnya dengan bersugi.” (Muttafaq ‘alaih)
 
4. Membasuh Kedua-Dua Tangan Sebanyak Tiga Kali
 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Apabila salah seorang daripada kamu bangun daripada tidur, maka basuhlah tangan kamu terlebih dahulu tiga kali sebelum memasukkan kedua-dua tangan ke dalam bekas, kerana kamu tidak tahu di mana tangan kamu berada ketika sedang tidur.” (Mutaffaq ‘alaih)
 
5. Beristinthar (Menghembus air selepas menyedut ke hidung)
 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang antara kalian bangun tidur, maka berwuduklah dan kemudian beristinthadah sebanyak tiga kali kerana syaitan bermalam di batang hidungnya.” (Riwayat al-Bukhari)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.