keluar daripada kedudukan selesa kita. Apakah contoh wilayah atau zon aman ini? Contohnya seperti kita senang dan suka saat mendapat imbuhan atau wang poket daripada kedua-dua orang tua tanpa perlu berusaha memperoleh pendapatan sendiri. Itu contoh dari segi material. Contoh lain pula seperti kita hanya “berkulat” dengan berita dan isu yang terjadi di persekitaran kita tanpa menjengah ke dunia luar. Kita prihatin dengan nuansa politik negara, namun “ngah” dengan keadaan saudara seislam di negara lain yang kebuluran dan kelaparan. Tanda-tanda zon selesa antaranya ialah kita suka melakukan hal-hal yang disukai atau dalam erti kata lain relaks dan santai. Zon selesa juga sangat sinonim dengan keamanan dan ketenteraman. Jadi, Palestin, Iraq, Afghanistan dan Somalia bukanlah zon selesa atau wilayah aman yang dimaksudkan kerana pergolakan, peperangan dan kebuluran sedang terjadi disana. Tanda lain bagi zon selesa, setiap suatu yang kita lakukan ada kemudahan dan kepastian. Apa yang dialami oleh Hasanah di perantauan saat beliau tidak pasti apa yang akan dimakan olehnya pada keesokan hari, menunjukkan beliau tidak berada di zon selesa. Zon selesa juga bebas daripada risiko dan merupakan hal-hal yang biasa kita lakukan. Zon selesa ialah perkara-perkara yang telah kita ketahui, tempat-tempat biasa yang sering kita kunjungi, kawan-kawan yang telah kita kenali dan kegiatan yang kita lakukan secara rutin. Zon selesa ini mudah, kita tidak perlu ber?kir panjang dan berusaha lebih untuk melakukannya. Jika kita perhatikan keadaan ini dan kita bandingkan dengan kehidupan para ulama terdahulu yang sering mengembara mencari ilmu, bertukar ganti guru, maka kita akan sedar bahawa untuk menjadi manusia yang luar biasa, kita perlu berani keluar dari zon selesa.
Air Paip dan Roti 5000 Rupiah