Di dalam Al-Quran disebutkan:
Ertinya : “Maka tidak lama kemudian , lalu ia berkata: “Aku telah mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahuinya dan kubawa kepadamu dari negeri Saba suatu berita penting yang diyakini. Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgasana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan , sehingga mereka tidak dapat petunjuk.“ ( Surah An-Naml [27] : 22-24)
Berita yang dibawa burung Hud-Hud menggerakkan Nabi Sulaiman untuk menyerukan Ratu Saba’ (sebahagian sejarawan menyebut bernama Bilqisatau Balqis) dan kaumnya agar masuk Islam. Hal ini membuktikan kedekatan kedua negeri tesebut walaupun terpisah jarak geografi ribuan kilometer.
Nabi Sulaiman menyeru Balqis untuk menerima ajaran Islam, menyembah Allah Yang Esa. Perintah Nabi Sulaiman:
ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ
Ertinya : “Pergilah dengan suratku ini, lalu jatuhkan kepada mereka, kemudian berpalinglah dari mereka, lalu perhatikanlah apa yang mereka bicarakan”. (Surah An-Naml [27] : 26)
Sampai kemudian Balqis sendiri beserta rombongannya datang ke negeri Sulaiman, di kawasan Al-Aqsha, Palestina. Hingga akhirnya Sang Ratu Bilqis menerima ajaran Islam yang ditawarkan Nabi Sulaiman.
رَبِّ إِنِّى ظَلَمۡتُ نَفۡسِى وَأَسۡلَمۡتُ مَعَ سُلَيۡمَـٰنَ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
Ertinya : “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam”.
(Surah An-Naml [27] : 44)
Dengan terjalinnya hubungan Sulaiman-Balqis, Palestina-Yaman, yang diikat tali iman, maka bersatulah dua wilayah tersebut di bawah naungan Islam dan di bawah naungan Kerajaan Nabi Sulaiman ‘Alaihi Salam.
Al-Quran menyebut sepanjang kawasan dua negeri tersebut Allah berikan keberkahan bagi penduduk dan alam sekitarnya.
وَجَعَلۡنَا بَيۡنَہُمۡ وَبَيۡنَ ٱلۡقُرَى ٱلَّتِى بَـٰرَڪۡنَا فِيہَا قُرً۬ى ظَـٰهِرَةً۬ وَقَدَّرۡنَا فِيہَا ٱلسَّيۡرَۖ سِيرُواْ فِيہَا لَيَالِىَ وَأَيَّامًا ءَامِنِينَ
Ertinya : “Dan Kami jadikan antara mereka dan antara negeri-negeri yang Kami limpahkan berkat kepadanya, beberapa negeri yang berdekatan dan Kami tetapkan antara negeri-negeri itu perjalanan. Berjalanlah kamu di kota-kota itu pada malam hari dan siang hari dengan aman.” (Surah Saba [34] : 18)
Pada Surat Quraisy, Al-Quran mengabadikan kawasan Yaman sebagai daerah yang sering dikunjungi para pedagang kafilah Jazirah Arab Quraisy.
*لِإِيلَـٰفِ قُرَيۡشٍ * إِیلَـٰفِهِمۡ رِحۡلَةَ ٱلشِّتَآءِ وَٱلصَّيۡفِ
Ertinya : “Kerana kebiasaan orang-orang Quraisy, kebiasaan mereka pergi pada musim dingin dan musim panas.” (Surah Quraisy [106] : 1-2)
Para mufassir menyebut, perjalanan dagang pada musim dingin adalah ke kawasan Yaman, dan pada musim panas ke wilayah Syam (termasuk di dalamnya Palestina).
Sebagai natijah dari perjalanan dagang tersebut maka penduduk Yaman bertanggungjawab atas keselamatan para kafilah Arab demi kesinambungan perjalanan dagang tersebut. Demikian juga halnya dengan penduduk Syam melakukan hal yang sama demi menjaga kepentingan mereka di Jazirah Arab.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Itulah yang memberikan suasana aman dan keamanan yang memadai, penuh persaudaraan, persatuan dan kesatuan. Suasana luar biasa dibandingkan kafilah-kafilah lain di Jazirah Arab saat itu yang diwarnai dengan perampokan, permusuhan dan bahkan peperangan antara suku/kabilah masa jahiliyyah, yang kunjung usai.
Dr. Musthafa Luthfi dan N. Hasanah Mustofa,Lc dalam buku Perjuangan Palestina Masa Kini, Longmarch Lintas Bangsa: Indonesia, Yaman, Al-Quds (AWG Press, 2009), menghuraikan, Kedudukan ini menjadikan bangsa Quraisy sebagai rujukan bangsa Arab bila menghadapi persoalan-persoalan penting. Hal ini terlihat pula saat diutusnya Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul dan Nabi penutup, dimana bangsa Arab memberi maklum balas dan secara beramai-ramai masuk agama Allah.
Dengan demikian tidaklah hairan, bila mana Allah mengistimewakan kedua wilayah ini pada saat menjelaskan peran ekonomi dan logistis bagi kemudahan kedatangan Risalah Muhammad s.a.w. Tidaklah aneh pula ketika Rasulullah s.a.w juga mengkhususkan doa bagi penduduk Syam (Palestina) dan Yaman agar mendapatkan berkat kerana hubungan erat antara dua tempat berkat tersebut dengan kota Mekkah dan Madinah.
Doa Nabi s.a.w untuk keberkatan negeri-negeri di kawasan Syam dan Yaman dalam doanya,
اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ شَامِنَا اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ يَمَنِنَا
Ertinya : “Ya Allah, berkatilah kami di negeri Syam kami, Ya Allah, berkatilah kami di negeri Yaman kami.” (H.R. At-Tirmidzi).
Sahabat Zaid bin Tsabit juga pernah menyampaikan, bahawasanya Nabi s.a.w suatu ketika mengarahkan pandangannya ke arah negeri Yaman. Kemudian beliau berdoa, “Ya Allah, jadikanlah di hati mereka kelapangan dalam menerima Islam”. (H.R. At-Tirmidzi).
Doa Nabi ini mengiringi banyaknya penduduk Yaman yang saat itu beramai-ramai memasuki agama Allah, Islam.
Ini seperti dikemukakan sahabat Abu Hurairah, bahawa tatkala diturunkan ayat :
إِذَا جَآءَ نَصۡرُ ٱللَّهِ وَٱلۡفَتۡحُ * وَرَأَيۡتَ ٱلنَّاسَ يَدۡخُلُونَ فِى دِينِ ٱللَّهِ أَفۡوَاجً۬ا * فَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ وَٱسۡتَغۡفِرۡهُۚ إِنَّهُ ۥ ڪَانَ تَوَّابَۢا
Ertinya : ”Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berkumpul-kumpul”. (Surah An-Nashr [110] : 1-2).
Menjelaskan ayat tersebut, Rasulullah s.a.w mengemukakan, bahawa penduduk negeri Yaman telah datang, mereka adalah orang-orang yang paling lembut hatinya. (H.R. Ahmad).
Berkata Imam Al-Baghawi di dalam kitab Syarhus Sunnah ketika menerangkan hadits di atas, bahwa yang demikian itu merupakan pujian Nabi s.a.w kepada penduduk Yaman, dikeranakan mereka adalah kaum yang bersegera dalam beriman kepada Rasulullah s.a.w, dan baiknya keimanan mereka kepada Allah s.w.t.
Utusan Sahabat
Memperhatikan kesungguhan penduduk Yaman yang secara beramai-ramai memeluk Islam. Maka, Nabi s.a.w mengutus beberapa sahabat untuk berdakwah di sana. Di antaranya adalah ‘Ali bin Abi Thalib ke Shana’a (ibu kota Yaman), Mu’adz bin Jabbal ke Taiz (Yaman Selatan) dan Abu Musa Al-Asy’ari ra ke Zabid.
Sampainya di sana, mereka bersama penduduk setempat kemudian mendirikan masjid sebagai tempat ibadah dan tempat belajar Islam. Peninggalan bersejarah masjid-masjid itu hingga kini masih berdiri dengan kokoh, iaitu Jami’ Khabir yang didirikan oleh Ali, Masjid Janad oleh Mu’adz, serta Masjid Asya’ir oleh Abu Musa.
Khusus kepada Mu’adz bin Jabbal, yang masuk Islam pada usia 28 tahun, Rasulullah s.a.w berkenaan memberikan petuahnya, melalui pertanyaan-pertanyaan beliau, “Ketika Nabi s.a.w mengutus Mu’adz ke Yaman, beliau bertanya, ‘Bagaimana kamu menetapkan hukum jika ada suatu perkara yang kamu hadapi?’ Mu’adz menjawab, ‘Aku akan menetapkan hukum berdasarkan Kitabullah. ‘Jika tidak ada dalam Kitabullah?’ Lanjut Mu’adz, “Maka aku akan menetapkan dengan hadits Rasulullah’. Rasulullah s.a.w bertanya lagi, ‘Bagaimana jika tidak ada dalam Sunnah Rasulullah?’ Mu’adz menjawab, ‘Aku akan berijtihad dengan pendapatku dan tidak berlebihan’. Setelah itu Rasulullah s.a.w menepuk dadanya dan bersabda, ‘Segala puji bagi Allah yang telah menyelaraskan utusan Rasulullah dengannya, sebagaimana yang diredhai oleh Rasulullah’.”*(Ali Farkhan Tsani. Alumni Mu’assasah Al-Quds Ad-Dauly Shana’a, Yaman.