php hit counter

Akhlaq yang Tinggi

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Akhlaq yang Tinggi

Dalam Surah al-Qalam, iaitu di antara surah yang paling awal diturunkan di Makkah, dari mula lagi Allah telah menonjolkan kepentingan kedudukan akhlaq yang tinggi. Bahkan, akhlaq yang tinggi ini dikaitkan dengan diri peribadi pemimpin dakwah itu sendiri.

Firman Allah:

‘Dan sesungguhn ya bagi kamu benar-benar pahala yang besar yang tidak putus-putus. Dan sesungguhnya kamu benar-benar mempunyai akhlaq yang agung.

Oleh kerana besarnya peranan akhlaq yang tinggi, maka Rasulullah s.a.w melaksanakan program pembinaan akhlaq yang berterusan di kalangan para sahabahnya. Pembinaan akhlaq yang luhur ini dilaksanakan melalui contoh-contoh sifat-sifat mulia para anbiya’ yang dinyatakan di dalam ayat-ayat al-Qur’an yang diturunkan sepanjang perjuangan di Makkah, qudwah hasanah Rasulullah s.a.w sendiri, tunjuk ajar dan nasihat Rasulullah s.a.w terhadap para sahabah serta teladan-teladan mulia daripada sebahagian para sahabah itu sendiri. Di samping itu selain daripada bentuk-bentuk yang disebutkan tadi, pembinaan akhlaq ini juga melalui satu proses yang dinamis. Proses pembinaan ini berlaku apabila para sahabah sendiri mengharungi segala tekanan dan penderitaan di dalam jalan dakwah dan kemudian berjaya menghadapinya dan menghasilkan kemantapan iman dan keteguhan syahksiyah.”(Al-Qalam: 3-4)

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Dalam proses pembinaan ini, pembentukan akhlaq para sahabah berkisar di sekitar pembentukan sifat-sifat utama seperti ta’at, sabar, al-wafa’, istiqamah, rahmah dan hazar. Sifat ta’at menjadikan mereka tidak melakukan sebarang tindakan selagi ianya tidak bersumber daripada wahyu Allah ataupun perintah Rasulullah s.a.w.

Sifat sabar pula menjadikan mereka berkeupayaan untuk menanggung segala kesulitan di atas jalan dakwah. Sifat wafa’ menjadikan mereka berpegang kepada segala janji yang mereka berikan, terutama janji setia untuk bersama-sama Rasulullah s.a.w dalam semua keadaan. lstiqamah pula menjadikan mereka tetap pendirian di atas kebenaran. Sifat rahmah menjadikan mereka berusaha untuk menyebarkan hidayah demi kesejahteraan manusia sejagat. Sedangkan sifal hazar men jadikan mereka sentiasa berwaspada agar tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh merosakkan risalah dan perjuangan Islam.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.