php hit counter

Aqidah yang Teguh

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Aqidah yang Teguh

Asas utama dalam pembentukan generasi awal Islam ialah ‘aqidah. Ayat-ayat al-Qur’an turun dengan tema-tema utama di sekitar permasalahan rububiyyatillah dan uluhiyyatillah. Surah-surah awal seperti surah-surah al-‘Alaq, al-Qalam, at-Takwir, al-A’la membincangkan berkenaan rububiyyah dan uluhiyyah Allah.

Sebagai contoh permulaan surah al-‘Alaq menerangkan beberapa sifat rubiyyyah Allah seperti mencipta manusia daripada segumpal darah, memberi ‘ilmu kepada manusia melalui perantaraan membaca dan menulis serta menanamkan ke dalam dada manusia ‘ilmu yang sebelumnya mereka tidak ketahui. Dalam ayat-ayat yang berikutnya pula Allah menjelaskan kekuasaan-Nya terhadap makhlukNya dan akhirnya menutup surah ini dengan sifat uluhiyyahnya:

“Sekali-kali jangan, janganlah kamu patuh kepadanya, dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Allah). ”(A-‘Alaq: 19)

Di dalam bahagian awal surah al-Qalam pula Allah menggariskan beberapa tindakan yang mesti dilakukan oleh kaum muslimin dalam menghayati pengertian uluhiyyatillah. Ayat-ayat pada awal surah ini menunjukkan cara untuk merealisasikan penerimaan terhadap uluhiyyah Allah. Langkah pertama ini ialah agar kaum msulimin tidak mengikuti kehendak-kehendak golongan musyrikin‘. Ini kerana kepatuhan terhadap kehendak-kehendak mereka akan men jadikan penerimaan mereka terhadap perintah dan hukum Allah berbelah bagi. Hakikat utama uluhiyyatillah ialah tiada sekutu dan perserikatan dalam kuasa mutlak Allah. Dengan yang demikian orang-orang yang benar-benar beriman tidak boleh sama sekali membiarkan dirinya dipandu menurut kehendak-kehendak orang-orang yang mendustakan Allah. Allah berfirman:

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

“Maka janganlah kamu ikuti orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah)”. (Al-Qalam: 8)

Kemudian selepas mengasaskan dasar utama hakikat uluhiyyah Allah ini, maka ALlah men jelaskan pula beberapa sifat rububiyyahnya melalui ibarat-ibarat seperti Allah berkuasa penuh terhadap tanaman dan kebun yang subur yang dimiliki oleh pemilik-pemiliknya.

Selepas itu sekali lagi Allah menjelaskan sifat-sifat uluhiyyahnya dengan mencabar orang-orang yang ingkar sekiranya mereka sanggup mendatangkan sekutu-sekutu mereka bagi mempertahankan hujjah mereka.

Firman Allah:

“Atau apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu? Maka hendaklah mereka mendatangkan sekutu-sekutunya jika mereka adalah orang-orang yang benar. ” (Al-Qalam: 41)

Demikianlah seterusnya surah-surah awal yang diturunkan di Makkah yang membicarakan permasalahan rububiyyah dan uluhiyyah Allah sehingga para sahabah dirangkumi dengan kefahaman, kesedaran dan suasana ‘ubudiyyah yang sebenarnya. Bahkan sekiranya ayat-ayat al-Qur’an menggariskan sifat-sifat rububiyyah dan uluhiyyah sebagai asas tauhidullah, maka tindakan-tindakan Rasulullah s.a.w pula adalah penterjemahan kepada cara yang sebenar untuk mentauhidkan Allah.

Ayat-ayat al-Qur’an dan tindakan-tindakan Rasulullah s.a.w itu sendiri adalah sumber utama dalam membina para sahabah agar menjadi anggota-anggota jama’ah Islam yang mempunyai ‘aqidah yang kuat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.