php hit counter

Adakah Kopi Sangat Berkhasiat Kepada Badan Kita ?

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

kopi

Selalunya kita mendengar orang ramai mengatakan bahawa kopi tidak baik untuk kesihatan kita kerana kopi mengandungi kafein yang sangat tinggi. Malah, kopi adalah tidak sesuai kepada remaja dan kanak-kanak kerana ianya mmeberi kesan yang negative kepada kesihatan mereka. Dr. Rob van Dam dari Harvard juga menyatakan bahawa kafien ini selalunya digunakan untuk kenderaan.

Kopi mengandungi berates-ratus bahan kimia yang berbeza. kopi juga ditanam di lebih daripada 70 buah Negara di seluruh dunia. Kajian baru telah dilakukan bahawa kopi memberikan khasita kepada kesihatan jika diminum tanpa gula dan tanpa krim susu. 

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
  1. Kopi membantu menentang kemurungan
    Satu kajian bersama dari Institut Kebangsaan Kesihatan dan AARP yang mendapati bahawa mereka yang mengambil minuman kopi empat atau lebih cawan sehari berkemungkinan kurang mendapat tekanan sebanyak 10%. Akan tetapi, mereka yang minum minuman berkafein iaitu cola tidak menyatakan kesihatan mental sama seperti mereka yang minum kopi. Malah mereka yang minum cola berisiko lebih tinggi mendapat kemurungan. Hal ini kerana kandungan gula yang tinggi dalam minuman cola. Oleh itu, penyelidik mencadangkan mereka minum kopi tanpa gula dan krim susu, ini juga disebabkan kopi mengandungi antioksidan yang boleh menaikkan semangat seseorang.
  2. Kurang berkemungkinan untuk membunuh diri
    Kajian awam telah dilakukan secara besar-besaran yang dilakukan di Harvard School of Public Health mendapati statistik yang menakjubkan bahawa mereka yang minum dua hingga empat cawan kopi sehari mengurangkan risiko bunuh diri dalam 50%. Melalui data kesihatan lebih daripada 100,000 lelaki dan wanita menunjukkan bahwa kafein adalah sebagai penambah mood utama dalam kopi. Namun, sati kajian yang dilakukan di Finland membuat kesimpulan  bahawa mereka yang minum kopi lapan hingga Sembilan cawan sehari berisiko lebih tinggi untuk membunuh diri berbanding mereka yang minum kopi dalam jumlah sederhana.
  1. Berkemungkinan baik untuk kesihatan hati anda
    Telah banyak kajian telah mencadangkan bahawa kafein baik untuk hati kita dan membantu seseorang untuk mengawal diri. Kajian yang dilakukan oleh Klinik Mayo juga mendapati peminum kopi biasa boleh mengurangkan risiko seseorang menghidap Sclerosing Cholangitis (PSC) iaitu penyakit cirrhosis hati, kegagalan hati dan juga kanser hati. Satu kajian juga mendapati bahawa peminum kopi secawan sehari kurang berisiko untuk menghidap cisshosis alcohol.
  2. Membantu anda menurunkan berat badan (Sementara)
    Kopi membantu membakar lemak lebih cepat tanpa tambahan diet atau senaman. Biji kopi hijau adalah benih yang belum digoreng mengekalkan sebatian dalam kopi tersebut yang dikenalis sebagai asid klorogenik yang hilang apabila dipanaskan. Asid ini tidak memberikan sampingan serius kepada peminum kerana asid ini akan hilang apabila dipanaskan. oleh itu, apabila badan menghasilkan haba dan tenaga daripada mencerna kopi tersebut akan membakar lemak dalam badan.
  3. Mengurangkan risiko Alzheimer dan Parkinson 
    kopi boleh mambantu menjaga fikiran anda dengan melambatkan permulaan penyakit neurodegenerative. Kajian telah mennunjukkan bahawa mereka yang minum kopi kurang berisiko menghidap Alzheimer dan demensia sebanyak 60% manakala Parkinson sebanyak 32 – 60%. Chuanhai Cao seorang neuroscientist di Universiti of South Flordia menunjukkan bahawa kafein menghalang pengeluaran beta-amilod yang menyebabkan penyakit Alzheimer. beta- amilod ini merupakan protein. Protein yang berlebihan akan menyebabkan kesesakan log dalam otak yang boleh menyebabkan Alzheimer.
  4. Menghalang daripada menghidap kanser kulit
    Mngurangkan risiko mendapat kanser kulit. Kajian bersama dilakukan pada tahun 2012 oleh Brigham, Hospital Wanita dan Harvard School of Public Health, menunjukkan bahawa wanita yang minum tiga atau lebih cawan sehari kurang berkemungkinan untuk mendapat kanser kulit berbanding mereka yang tidak minum kopi.

 Anda suka kopi ? – Kopi Pak Belalang Murah

1 thought on “Adakah Kopi Sangat Berkhasiat Kepada Badan Kita ?”

  1. Pingback: Kopi oh Kopi - HafizAmri.Com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.