php hit counter

Suprima S vs Toyota Vios 2013

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

suprima-rear-600x292Proton Suprima S yang dilancarkan hari sabtu lalu ternyata menjadi cerita hangat ketika ini. Ada sesetangahnya membuat perbandingan dengan kereta model lain. Disini kita memb uat perbandingan dengan model Toyota Vios.  

banding-640x365
Harga:

Suprima S :

  • Proton Suprima S 1.6 Executive (Metallic) RM 76, 688
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (Solid) RM 76, 338
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (Metallic) RM 79,988
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (Solid) RM 79,638

Toyota Vios 2013:

  • Toyota 1.5 TRD Sportivo -RM 93,200.00
  • Toyota Vios 1.5 G – RM 88,500
  • Toyota Vios 1.5 E – RM 82,900
  • Toyota Vios 1.5 J (Automatik) – RM77,300
  • Toyota Vios 1.5 J (Manual) – RM73,200

Rekaan Luaran:

Suprima S : secara mudahnya model ini adalah Proton Preve versi hatchback. Daripada komen yang diterima, ramai yang kurang berpuas hati dengan rekabentuk belakang Suprima S.

Toyota Vios 2013: Seperti tidak ada kajian mendalam yang dilakukan oleh Toyota untuk model terbaru ini. Hal ini berkemungkinan kerana keyakinan Toyota untuk menjual prosduknya kepada rakyat malaysia. Lampu belakang Vios juga dilihat kurang menarik dan tidak mengikut perkembangan seperti model-model kereta daripada Korea.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

 

dalam4-457x640

 

Rekaan Dalaman: 

Suprima S: REkaan dalaman yang kurang menarik. Namun, ciri-ciri seperti dikuasakan Android, wifi, i inci LCD untuk pemain DVD dan 4-6 speaker berdasarkan model, memang menampkkan kecanggihan yang ditawarkan.

Toyota Vios 2013: Rekaan yang lebih kemas dan menarik jika dibandingkan dengan Suprima S. Tambahan pula, disediakan skrin sesentuh 5.8 inci secara pilihan, Blurtooth, kamera undur belakang dan pemain DVD.

Keselamatan: 

Suprima S: Mempunyai enam beg udara, tingkap kuasa anti-perangkap, Sistem anti kekunci membrek (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) serta disertakan park Assist dan kamera undur.

Toyota Vios 2013: mempunyai dua beg udara, Sistem Anti Kkeunci Memberek (ABS) dengan EBS.

Enjin: 

Suprima S: 1.6 liter dengan Pro Tonic Continuous Variable Transmission (CVT), 7 kelajuan automatik yang menawarkan kuasa maksimum 140 PS pada 5,000 revolusi per minit (rpm) dan kuasa kilas 205 Newton meter (Nm) pada 2,000 hingga 4,000 rpm berkuasa sama seperti enjin 2.0 liter.

Toyota Vios 2013: Enjin 1NZ-FE 1.5 liter dengan kuas 109ps bersama-sama tork maksimum 141Nm. Sistem transmisinya juga masih mengekalkan kotak gear automatik empat kelajuan, termasuk versi manual lima kelajuan.

Pemanduan: 

Suprima S: Pihak promosi menyatakan pengalaman pemanduan adalah sama dengan memandu kereta Volkswagen.

Toyota Vios 2013: Secara umumnya pemanduan kereta Toyota tidak pernah mengecewakan.

Nilai Jual Balik :

Suprima S: Nilai jual balik model Proton tidaklah sehebat kereta-kereta syarikat Jepun. Boleh dikatakan nilai jual balik Suprima S akan berada di tengah-tengah. Namun ia turut sama bergantung kepada jualan semasa dan permintaan ketika itu.

Toyota Vios 2013: Nilai jual balik Vios 2013 akan lebih tinggi daripada Suprima S. Rakyat Malaysia begitu sinonim dan gembira untuk membeli kereta Toyota biarpun spesifiknya kurang memuaskan hati.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.