php hit counter

5 Manfaat Jus Lemon

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Manfaat-Jus-Jeruk-Lemon-Untuk-Kesehatan-dan-Kecantikan
Air lemon sememangnya merupakan minuman diet yang berkesan. Minuman sarapan pagi bagi mereka yang berdiet ialah minuman teh lemon, selain lemon mengandungi vitamin c.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
  1.  Salah satu sumber besar vitamin C. Lemon mengandungi vitamin C yang tinggi, dan memberi ransangan badan imun yang diperlukan dalam badan kita. Jika paras vitamin C dalam badan kita rendah, metabolism badan rendah. Air lemon mengandungi kalium yang tinggi yang dapat meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan mengawal tekanan darah. Ianya juga dapat meransang saraf otak, lebih bertenaga, anti-penuaan, serta mengurangkan tekanan.
  2. Mengimbangkan paras pH. Air lemon dapat mengimbangkan paras pH dalam badan kita, iaitu antara alkali dan asid. Jika badan kita mengandungi lebihan asid, ini memudahkan badan kita dijangkiti penyakit. Oleh itu, badan kita memerlukan alkali untuk pembaikan dan pemulihan tisu-tisu badan. Lemon merupakan salah satu makanan yang paling beralkali.
  3. Membantu dalam menurun berat badan. Salah satu cara paling cepat dalam menurunkan berat badan ialah dengan minuman lemon. Lebih sesuai diminum pada waktu pagi. Hal ini kerana lemon menghapuskan asid dalam badan dan dapat membakar lemak yang berlebihan dalam badan.
  4. Menigkatkan proses penghadaman. Jus lemon dapat membantu menghapuskan bahan-bahan yang tidak diingini  dalam usus kita dan menggalakkan pengeluaran hempedu di dalam badan kita. Ianya membantu untuk menormalkan proses pencernaan badan.
  5. Membantu menghapuskan tabiat meminum kopi. Menghapuskan tabiat suka minum kopi adalah sangat sukar. Membuat perubahan secara mendadak dalam peralihan untuk tidak meminum kopi sangat sukar, cara yang lebih sesuai ialah menambah jus lemon ke dalam minuman kopi anda.

Tiada amalan pemakanan yang lebih cepat dalam menjaga kesihatan badan, tetapi pilihan dengan meminum jus lemon secara perlahan-lahan boleh dipraktikkan, malah ianya amalan pemakan yang semulajadi berbanding menjaga kesihatan dengan pil-pil kesihatan yang belum pasti akan kandungannya.

1 thought on “5 Manfaat Jus Lemon”

  1. I just couldn’t depart your web site before suggesting that I actually enjoyed the
    standard info a person supply to your guests? Is gonna be back contiuously in oorder to inspect new posts

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.