php hit counter

Tomato dan Kesihatan

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Zemanta Related Posts Thumbnail

Tomato merupakan buah yang tidak mengenal musim, dan mudah di perolehi dimana sahaja. Tomato atau nama saintifiknya Lycipercisum esculentum pertama kali dijumpai dikawasan Peru, Ekuador dan Bolivia. Orang Perancis memanggil tomato ini sebagai Pomme D’amor atau apel cinta kerana mereka yakin tomato dapat meningkatkan jumlah sperma bagi kaum lelaki.

Tomato yang berwarna merah mengandungi lycopene iaitu zat anti oksidan yang dapat menghancurkan radikal bebas dalam tubuh akibat rokok, dan sinar ultra violet. Selain itu, lycopene diketahui dapat mencegah kerosakan sel yang dapat mengakibatkan kanser leher rahim, prostet, perut dan pankres. Bagi orang yang mengalami demam, tomato mempunyai khasiat yang dapat mengurangkan demam, sementara seratnya dapat mengatasi gangguan pencernaan seperti sembelit dan buasir.

  • Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==

Bagi wanita yang ingin kelihatan cantik, mengambil tomato adalah digalakkan kerana dapat menyembuhkan jerawat, membuang kotoran pada kulit, mengurangkan lemak pada kulit dan berperanan dalam pembentukan kolagen. Oleh itu, dalam dunia kecantikan ini, tomato sering digunakan sebagai masker atau pil anti penuaan.

Tomato juga dapat menghaluskan kulit. Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka tidak perlu risau dan dengan bantuan tomato dapat mengatasinya. Cara menggunakan tomato sebagai bahan untuk mengatasi jerawat ialah pertama tomato yang berwarna merah tua dihiris, dan hirisan tomato tersebut diletakkan dikulit yang berjerawat  dan biarkan dalam beberapa saat. Dan kemudian, cuci dengan air bersih. Lakukan setiap hari pada waktu pagi dan selama seminggu. In Shaa Allah, wajah akan menjadi lebih halus.

Selamat Mencuba.

 

2 thoughts on “Tomato dan Kesihatan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.