php hit counter

Seimbas Lalu Piala Afrika 2012

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Kegagalan Cameroon, Nigeria dan Afrika Selatan layak menyertai Piala Negara- negara Afrika tahun ini, pentas kini terbuka untuk pasukan yang lebih kecil untuk turut memberikan cabaran. Begitupun lihat saja kedudukan mereka dalam kumpulan yang sama- sama kita nantikan siapa bakal bergelar juara, sebaik saja sepak mula awal pagi esok.

Kumpulan A

1. Equatorial Guinea

Negara tuan rumah bersama, Equatorial Guinea tidak pernah beraksi dalam pusingan akhir kejohanan itu dan pastinya mengharapkan tuah undian dan sokongan setempat. Dengan Senegal yang hamper pasti memenangi kumpulan A, anak buah Gilson Paulo mempunyai peluang untuk menduduki tempat kedua jika berjaya menewaskan lawan mereka. Perlawanan persahabatan dengan Afrika Selatan dan Cameroon pada akhir musim 2011 pasti menaikkan semangat pasukan tuan rumah dan penyerang veteran, Rodolfo Bodipo akan menjadi senjata utama pasukan itu.

2. Libya

Skuad Libya beraksi dengan baik untuk layak ke kejohanan itu dengan keadaan politik di negara itu sejak setahun lalu tetapi akan menyertai kejohanan ini sebagai pasukan bukan pilihan. Hampir seluruh skuad Marcos Paqueta bermain di negara sendiri melainkan pemain tengah, Djamal Mahamat yang mewakili pasukan Portugal, Braga.

3. Senegal

Skuad kendalian Amara Traore dilihat sebagai pilihan menjuarai kumpulan A dan dikatakan menjadi pencabar utama menjulang trofi. Pasukan Teranga Lions menang lima perlawanan terakhir mereka dan menyertai kejohanan itu dengan penuh momentum. Senegal mempunyai ramai pemain yang beraksi dengan kelab terkemuka Eropah tetapi gandingan penyerang Newcastle, Demba Bad an Papiss Cisse serta peladak Lille, Moussa Sow akan menjadi ancaman utama buat skuad lawan.

4. Zambia

Zambia akan bersaing dengan Equatorial Guinea untuk menduduki tempat kedua di belakang Senegal, tetapi hanya menang satu daripada lima perlawanan terakhir mereka menjelang kejohanan itu. Penyerang skuad Golden Arrows, Collins Mbesuma akan mengetuai jentera serangan pasukan kendalian Herve Renard dan pernah bermain di Eropah bersama Portsmouth, Bursaspor dan Maritimo.

 

Kumpulan B

1. Ivory Coast

Skuad Ivory Coast dibarisi pemain berbakat yang mewakili kelab  Eropah dan Francois Zahoui diberikan mandate untuk misi memenangi kejohanan itu. Mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Sembilan perlawanan, skuad Elephants mengharapkan kejayaan dalam kejohanan itu.  Apatah lagi pasukan Ivory Coast dabarisi bintang berkualiti seperti Yaya dan Kolo Toure, Didier Drogba, Gervinho, Cheik Tiote dan Salomon Kalou lebih daripada mana- mana pasukan lain.

2. Sudan

Sudan layak ke Piala Negara- negara Afrika buat kali kedua dalam tempoh 35 tahun dan boleh sianggap sebagai pasukan bukan pilihan dalam kumpulan B. Pasukan itu diketuai pemain berusia 34 tahun, Haitham Mustafa, yang membuat 120 penampilan mewakili negara itu.

3. Angola

Pernah beraksi dalam Piala Dunia 2006, Angola dianggap sebagai pasukan Afrika yang menunjukkan kebangkitan dalam tempoh 10 tahun terakhir dan dijangka mampu melepasi kumpulan ini. Dengan rekod tanpa kalah dalam enam perlawanan, anak buah Lito Vidigal terkenal dengan gaya bola sepak menyerang. Angola mempunyai ramai pemain mewakili kelab Portugal tetapi pemain terbaik mereka adalah Manucho, yang pada satu ketika pernah mewakili Machester United.

4. Burkina Faso

Burkina Faso akan menjadi pencabar utama Angola untuk menduduiki tempat kedua kumpulan dengan peningkatan sejak beberapa tahun lalu. Skuad muda itu dibarisi pemain yang bermain di Eropah, manakal penyerang Auxerre, Alain Traore yang menjaringkan gol penting dalam pusingan kelayakan dilihat sebagai pemain paling menyerlah.

 

Kumpulan C

 1. Gabon

Tauan rumah bersama, Gabon mempunyai tugas mencabar untuk melepasi pusingan kelayakan dan perlu menewaskan sama ada Maghribi atau Tunisia untuk layak. Pasukan itu pastinya mengharapkan sokongan penonton tuan rumah dan memberikan persembahan hebat ketika menentang Brazil dalam perlawanan persahabatan, November lalu. Bekas penyerang Rangers, Danial Cousin adalah pemain paling dikenali di negara itu dan mengharapkan jaringan bagi memastikan pasukan tuan rumah melepasi peringkat kumpulan.

2. Niger

Niger juga kali pertama dalam kejohanan itu dan dijangka tersingkir awal. Moussa Maazou adalah pemain penting dalam skuad itu dan dengan pengalaman beraksi dengan CSKA Moscow, Monaco dan Bordeaux pastinya dituntut menghasilkan jaringan untuk negaranya.

3. Tunisia

Juara 2004 dijangka bersaing sengit dengan pasukan utara Afrika, Maghribi untuk mendahalui Kumpulan C tetapi menyertai kejohan itu berbekalkan aksi kurang konsisten. Kebanyakan daripada skuad Sami Trabelsi berpangkalan di negara sendiri tetapi pertahanan Hannover, Karim Haggui yang berpengalaman dalam aksi Bundesliga dan Ligue 1, akan menjadi watak penting untuk mengawal kubu pasukan itu.

4. Maghribi

Maghribi adalah pasukan yang sukar diramal dan biarpun mempunyai kualiti untuk beraksi cemerlang tetapi perlu beraksi sebagai satu pasukan jika ingin Berjaya. Pasukan kendalian Eric Gerets berdepan masalah pemainan tidak konsisten menjelang kejohanan itu tetapi dengan adanya beberapa pemain hebat di dalam pasukan mereka, skuad itu boleh dianggap sebagai antara pasukan pilihan kejohanan itu. Bintang Liga Perdan Inggeris, Adel Taarabt dan Marouane Chamakh pastinya berhasrat membantu Maghribi meraih kemenangan manakala pertahanan Udinese, Mehdi Benatia menjadi watak penting di bahagian pertahanan.

 

Kumpulan D

 1. Ghana

Ghana mengharapkan tuah mereka dalam Kumpulan D yang dianggap mudah dan dengan dua kekalahan daripada 13 perlawanan terakhir mereka, sudah pastilah ia membuatkan mereka begitu yakin. Goran Stevanovic mempunyai ramai pemain berbakat untuk dipilih dengan dua pemain adik beradik dari Marseille, Andre dan Jordan Ayew begitu juga dengan pemain tengah Udinese, Kwadwo Asamoah yang bakal membentuk gandingan di bahagian tengah dengan pemain Inter Milan, Sulley Muntari.

2. Botswana

Botswana adalah satu lagi negara yang dijangka tersingkir awal dalam Piala Negara Afrika tahun ini dan pastinya mengejutkan jika pasukan kerdil itu mampu melepasi peringkat kumpulan. Dengan majoriti skuad itu masih muda dna tidak berpengalaman, penyerang Diphetogo Selolwane diberi tanggungjawab menjaringkan gol memandangkan pemain berusia 33 tahun itu pernah beraksi menentang Afrika Selatan, Denmark dan Amerika Syarikat sepanjang kariernya.

3. Guinea

Guinea dijangka mara ke suku akhir kejohanan itu sama seperti yang dilakukan mereka pada tahun 2004, 2006 dan 2008 tetapi menyertai kejohanan itu tanpa senarang kemenangan daripada empat perlawanan terakhir mereka. Penyerang berusia 27 tahun, Ismael Bangoura diberi mandat untuk menjaringkan gol bagi negara itu, berbekalkan pengalaman pernah beraksi dengan pasukan Rennes dan Dinamo Kiev.

4. Mali

Mali hanya menang dua daripada tujuh perlawanan terakhir mereka tetapi dengan ramai pemain berbakat dan berpengalaman di Eropah, pastinya jurulatih Alain Giresse mahukan skuad kendaliannya sekurang-kurangnya mara ke peringkat suku akhir. Pemain tengah Barcelona, Seydou Keita adalah pemain paling menyerlah dalam skuad Mali malah ramai dikalangan pemain Mali juga beraksi di Perancis.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.