Separuh akhir menjadi sasaran Malaysia pada pusingan akhir Kejohanan Badminton Piala Thomas 2012 di Wuhan, China Mei depan.
Pengerusi Kejurulatihan dan Latihan (C&T) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai berkata, jika dibuat penilaian berdasarkan prestasi barisan pemain negara pada kempen kelayakan kali ini, sasaran tersebut adalah yang paling realistik.
Bagaimanapun, Chin Chai menjelaskan bahawa keputusan penuh berhubung sasaran di Wuhan nanti hanya akan diputuskan selepas mesyuarat ahli-ahli majlis BAM pada 28 Februari ini.
“Saya akan bawa perkara ini dalam mesyuarat ahli-ahli majlis nanti dan kemungkinan ketika itu presiden BAM (Datuk Seri Mohd. Nadzmi Salleh) akan mengumumkannya sendiri.
“Apa yang saya lihat, separuh akhir adalah sasaran paling realistik berdasarkan prestasi pemain-pemain di sini (Macau) dan siapa tahu kita juga ada peluang untuk mara sehingga ke final,” kata Chin Chai.
- Rahsia suri rumah dapat barang murah setiap hari LIHAT SINI <<==
Pada Khamis lalu, skuad negara membuktikan bahawa tanggapan segelintir pihak yang meragui kemampuan mereka tidak tepat apabila mengesah-kan slot ke pusingan akhir Piala Thomas 2012 di Wuhan, China, Mei depan.
Kejayaan itu hadir selepas Malaysia mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas India pada aksi suku akhir sekali gus menempah slot secara automatik apabila menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik.
Tambah Chin Chai, berkemungkinan besar kesemua pemain yang beraksi pada kempen kelayakan kali ini akan kekal bagi menghadapi cabaran di Wuhan bermula 20 hingga 27 Mei depan.
“Dalam tempoh hanya tinggal lebih kurang tiga bulan sahaja lagi adalah sukar untuk kita melakukan pemilihan pemain. Jadi, saya rasa berkemungkinan besar pasukan yang ada ini akan kekal.
“Melainkan ada pemain yang mengalami kecederaan, itu kita tidak boleh buat apa-apa dan terpaksa menggantikan dengan pemain lain,” tambahnya.
Agak-Agak boleh ke Malaysia lepasi sasaran tu???