Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini
Rasulullah s.a.w. sendiri sebagai contoh teladan terbaik seorang suami yang mencintai dan menghargai isteri, banyak menunjukkan kasih sayangnya dalam bentuk nonverbal ini. Situasi ini dapat dilihat daripada hadis-hadis Baginda, antaranya:
1. Bersegera Menemui Isteri Jika Tergoda
Daripada Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah melihat seorang wanita, Ialu Baginda masuk ke tempat Zainab, Iantas menunaikan keinginan Baginda kepadanya. Setelah itu, Baginda keluar dan bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang antara kamu melihat seorang wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya itu ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita tersebut.” (Riwayat al-Tirmizi)
2. Bergilir Minum pada Tempat yang Sama
Daripada Aisyah r.ha., beliau berkata: “Aku biasa minum dari cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya di tempat aku meletakkan mulutku, lalu Baginda minum. Kemudian aku mengambil cawan, lalu aku menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya daripadaku, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat aku meletakkan mulutku, Ialu Baginda pun menghirupnya.” (Riwayat Abdul Razzaq dan Sa‘id bin Mansur)
Hadis di atas menggambarkan betapa indah kemesraan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada isteri Baginda, sekali gus menunjukkan bahawa Islam mementingkan komunikasi nonverbal ini. Sememangnya bahasa tubuh dalam banyak situasi dan kondisi, lebih efektif bagi menyatakan cinta dan kasih sayang antara suami isteri.